Syiah : Wajarkah Pengikut Mazhab ini di fitnah dan diperangi ??
Beberapa minggu lalu, media melaporkan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menggempur Markas Syiah di Gombak, menggeledah dan menangkap mereka yang berada disitu. Media arus perdana mencatatkan kenyataan pihak JAIS melabelkan mereka itu sebagai ‘sesat’ dan antara alasan kesesatan mereka itu ialah, salah seorang dari mereka mempunyai ‘Tatoo’ bertulis ‘Allah’ dilengan mereka.
Beberapa minggu lalu, media melaporkan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menggempur Markas Syiah di Gombak, menggeledah dan menangkap mereka yang berada disitu. Media arus perdana mencatatkan kenyataan pihak JAIS melabelkan mereka itu sebagai ‘sesat’ dan antara alasan kesesatan mereka itu ialah, salah seorang dari mereka mempunyai ‘Tatoo’ bertulis ‘Allah’ dilengan mereka.
Bukti kesesatan lain antaranya ajaran Syiah ini ialah:
a- Terlalu menyanjung Ali Bin Abi Talib (RA),
b- Tidak mengiktiraf Khulafaurrashidin,
a- Terlalu menyanjung Ali Bin Abi Talib (RA),
b- Tidak mengiktiraf Khulafaurrashidin,
c- Tidak menghormati isteri Nabi Muhammad (SAW),
d- Tidak mengiktiraf sebahagian Hadith Nabi (SAW)
d- Tidak mengiktiraf sebahagian Hadith Nabi (SAW)
yang diriwayatkan oleh perawi tertentu
e- Dan lain-lain lagi seumpamanya.
Benarkah ini bertentangan dengan Rukun Islam dan Rukun Iman??
teruskan membaca..
e- Dan lain-lain lagi seumpamanya.
Benarkah ini bertentangan dengan Rukun Islam dan Rukun Iman??
teruskan membaca..
Bila diperhatikan segala kenyataan itu, saya tidak nampak ada yang bertentangan dengan Rukun Islam yang lima atau yang bertentangan dengan Rukun Iman. Bercakap soal ‘Syiah’ ini saya teringat semasa saya membuat temuramah khas dengan pemimpin tertinggi Iran Ayatullah Ruhullah Khumaini di Bandar Qom (sebuah tempat yang dimuliakan oleh rakyat Iran, kerana banyak ulama dan ilmuan berada di kota ini) , pada tahun 1978 selepas revolusi yang melucutkan kuasa Shah Iran yang menjadi Boneka kepada Barat khasnya Kerajaan Amerika Syarikat.
Ratusan wartawan dari seluruh dunia mengunjungi Bandaraya Tehran pada masa itu, dan saya Alhamdulillah merupakan satu-satunya wartawan yang dibenarkan bertemu secara bersemuka dengan Imam Khumaini, manakala yang lain hanya ditempatkan ke dalam sebuah bilik seminar untuk mengikuti kenyataan Imam Khumaini kepada para wartawan luar negara menerusi alat Audio Visual, yang dirakamkan terlebih dulu.
Begitupun, saya tidak dibenarkan membawa sebarang peralatan elektronik seperti Alat Perakam suara (Tape Recorder), Kamera dan lain-lain. Pen yang dibawa pun diminta dibuka untuk dilihat isinya secara halusi oleh Pengawal Revolusi (Pasdoran).
Persoalan utama yang saya kemukakan kepada Imam Khumaini ialah mengapa perlunya Raja Shah Iran di lucutkan kuasa (kandungan jawapannya, akan saya paparkan di sini pada tulisan saya yang lain), ajaran Syiah yang melebihkan Ahlulbait (keluarga dan darah daging Rasulullah SAW ) .
Persoalan akhir saya kemukakan secara terus terang, benarkah terdapat ajaran Syiah yang mengatakan kononnya Melaikat Jibrail tersilap bawa Wahyu kepada Nabi Muhammad (SAW) , yang sepatutnya diberikan Wahyu itu kepada Ali Bin Abi Talib RA untuk menjadi Nabi…!
Imam Khumaini tersenyum simpul mendengar persoalan terakhir saya ini, dan memilih untuk menjawab persoalan saya yang terakhir ini terlebih dahulu .
Imam Khumaini tersenyum simpul mendengar persoalan terakhir saya ini, dan memilih untuk menjawab persoalan saya yang terakhir ini terlebih dahulu .
Kata Allahyarham Imam Khumaini ; '' Tetamuku yang dihormati, terdapat satu kumpulan di Iran ini yang berpegang kepada pendapat begitu, yang menggelarkan diri mereka kononnya Penganut Mazhab Syiah, memang mereka ini adalah golongan pelampau …saya dan semua ulama di negara ini termasuk majoriti rakyat Iran, menentang pendapat mereka yang menyebut kononnya, Jibrail tersilap memberi wahyu kepada Nabi Muhammad (SAW) , dan kami telah mengklasifikasikan mereka ini sebagai terkeluar dari agama Islam yang maha suci ini. Mereka dianggap kufur (kafir) dan sekali lagi saya tegaskan , bahawa mereka ini telah terkeluar dari agama Islam yang maha suci ini…mereka perlu bertaubat jika ingin kembali kepada agama Islam. Alhamdulillah bilangan golongan ini tidak ramai.
“Banyak sekali fitnah dan kata-kata rekaan dilemparkan kepada kami di Iran ini yang kononnya kami mengikut Mazhab Syiah yang bertentangan dengan ajaran Islam…Tetamuku yang dihormati, awaslah musuh Islam khasnya Kuasa Barat yang melaga-lagakan kita agar berpecah, dengan menggunakan senjata Syiah, Wahabi, Sunni (Ahlissunnah Waljamaah) dan lain-lain…dan kesannya ada, kita berpecah kerana itu ...
“Mengapa mereka berjaya melaga-lagakan kita? Kerana mereka kaya, mereka mengumpankan material dan wang serta meletakkan syarat tertentu kepada umat kita yang miskin, yang memerlukan bantuan mereka. Dengan mudah mereka melagakan kita melalui syarat-syarat untuk kita bergaduh sesama sendiri. Yakinlah, kita sama-sama bertuhankan Allah (Azza Wajalla), berasulkan Nabi Muhammad (SAW) berpandukan Al Quran dan Hadith Nabi (SAW)..kita tak ada perbezaan , musuh-musuh kitalah yang membeza-bezakan, memisah-misahkan dan melaga-lagakan kita..” demikian kata Imam Khumaini.
Mengenai persoalan Ahlilbait yang saya kemukakan Imam Khumaini berkata: “ Tidakkah merupakan tanggungjawab semua umat Islam untuk mengikut semua ajaran Rasulullah SAW serta menyayangi Baginda yang dipilih oleh Allah Azza Wajalla sendiri untuk memberi rahmat kepada alam ini ? dan sesiapa yang menyayangi Rasulullah SAW tentulah menyayangi keluarga dan daging darah Baginda itu.
“Mana boleh kita sebagai umat Islam mengabaikan keluarga Rasulullah yang dikasihi baginda seperti Sayidina Ali RA , yang diakui sendiri oleh Nabi Muhammad SAW sebagai ‘Gedung Ilmu’ di mana beliau dididik sendiri oleh Rasulullah segala ilmu dunia dan akhirat . Beliau amat berani mempertaruhkan nyawanya demi melindungi Rasulullah SAW dan agama Islam.
“Begitu juga keturunan Rasulullah SAW yang dikasihi iaitu Puteri Baginda Fatimah yang juga dididik sendiri oleh Rasulullah SAW tentang tingkah lakunya, tuturkatanya, cara mendidik anak, cara menghormati orang tua, ilmu dunia dan akhirat dan lain-lain , tentulah seluruh umat Islam mengasihinya dan mengasihi anak-anaknya yang merupakan cucunda Rasulullah SAW sendiri !” tegas Imam Khumaini lagi.
Kalau kita baca buku-buku (kitab-kitab) yang ditulis oleh Ulama Ahlissunnah Waljamaah, tidak Nampak pun apa salahnya umat Islam menyanjung Khalifah Ali Bin Abi Talib (RA) kerana beliau adalah anggota keluarga dan daging darah Nabi Muhammad SAW sendiri . Mereka juga ada mempersoalkan kenapa dan mengapa Sayidina Ali Bin Abi Talib RA tidak diangkat menjadi Khalifah selepas kewafatan Baginda Rasulullah SAW , sehingga Khalifah Keempat baharulah Sayidina Ali dipilih, padahal beliau mempunyai segala kelayakan untuk jawatan itu...
Persoalan begini setahu saya, memang ada berlegar di kalangan para pengikut Mazhab Syiah. Bagaimanapun, hal ini tidak ada kena mengenai dengan akidah umat Islam. Saya tahu mereka juga ada mempersoalkan Isteri Rasulullah SAW iaitu Aishah RA semacam merestui bapanya sendiri Sayidina Abu Bakar, menjadi Khalifah menggantikan Rasulullah SAW untuk memimpin umat Islam, sedangkan Aishah RA lebih tahu bahawa Sayidina Ali Bin Abi Talib lebih layak..! .
Soal ini juga tidak menyentuh akidah dan Iman seseorang . Dan orang-orang yang bercakap hal ini tidaklah boleh dikatakan orang itu sebagai ‘SESAT’ dan terkeluar dari agama islam…kecuali pengikut Pelampau Syiah seperti yang dikafirkan dan diperangi sendiri oleh Imam Khumaini itu. Bagaimanapun negara kita Malaysia ini mengikut Mazhab Shafei .
Sungguhpun begitu dalam wacana-wacana ilmu dan diskusi antara mazhab di kalangan ahli ilmu khususnya di peringkat akademik di pusat-pusat pengajian tinggi negara ini, semua mazhab pun, termasuk Mazhab Syiah menjadi bahan kajian dan perbandingan . Mereka ini tidak bergaduh mempunyai pemikiran yang berbeda dalam kajian akademik masing-masing , asalkan adab dan susila perbincangan itu dijaga, agar tidak menyinggung mazhab yang menjadi ikutan rasmi negara ini.
Sebagai kesimpulannya, saya berpendapat, kalau pun ada di kalangan rakyat Malaysia yang memang anti Mazhab Syiah, adalah tidak wajar kita menafikan kemuliaan Sayidina Ali, menafikan kemuliaan puteri kesayangan Rasulullah (SAW) Fatimah , menafikan kemuliaan keturunan Rasulullah (SAW) yang telah dijamin oleh Allah tentang kesucian mereka (datuk nenek Rasulullah), menafikan kemuliaan cucu-cucu Rasulullah (SAW) serta keturunan mereka , kerana semata-mata membenci Mazhab Syiah.
Kembali kepada kenyataan pihak JAIS mengenai penangkapan terhadap kumpulan yang di katakana pengikut Syiah di Gombak itu , banyak sekali kenyataan media dibuat oleh pihak JAIS yang agak mengelirukan . Pihak JAIS mengatakan mereka ini membahayakan keselamatan negara, sedangkan Menteri dalam Negeri Dato’ Seri Hishamudin Hussein pula mengatakan mereka tidak membahayakan keselamatan negara.
Pihak JAIS seharusnya berbincang secara intelektual dengan mereka beri peluang mereka menyatakan pegangan dan pendapat mereka , bagi mereka peluang berhujah dengan Nas Al-Quran dan Hadith Nabi (SAW) terhadap pegangan mereka, asalkan mereka tidak menghina para pengikut mazhab lain . Para ulama negara ini dan Majlis Fatwa Kebangsaan harus dibawa berdepan untuk menilai pendapat dan pegangan mereka.
Mereka ada maruah dan perasaan, media menyiarkan mereka digari seperti penjenayah . Bagaimana sekiranya setelah diselidiki akhirnya mereka tidak seperti yang dituduh dan difitnah itu ? Tidakkah pihak JAIS terasa malu kelak kepada masyarakat negara ini kerana membuat tuduhan palsu terhadap sesama Islam ?
Pegawai JAIS dan polis hari itu sepatutnya memasuki tempat beribadat itu dengan membuka kasut , dan memanggil ketua mereka, tanyakan soalan yang dirasakan perlu penjelasan dalam soal pegangan dan akidah, kan elok dibuat secara tertib. Ingatlah Firman Allah dalam Surah Al baqarah ayat 191 berbunyi : “Alfitnatu Asyaddu Minalqatli” etinya memfitnah itu lebih kejam/dahsyat dari membunuh…!
Buat penutupnya, marilah sama-sama kita hayati Firman Allah dalam Surah An-nahlu ayat 125 yang bermaksud: “Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang bijaksana. Sesungguhnya Tuhanmu , Dialah yang lebih mengetahui sesiapa yang sesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk” Sadaqallahul- azim .
Wallahu A’lam Bissawab .
sumber : Yazid Othman
RUKUN ISLAM DAN RUKUN IMAN
sumber :Al- Bayyinat.net
sumber : Yazid Othman
RUKUN ISLAM DAN RUKUN IMAN
1. Ahlussunnah : Rukun Islam kita ada 5 (lima)
a) Syahadatain
b) As-Sholah
c) As-Shoum
d) Az-Zakah
e) Al-Haj
Syiah : Rukun Islam Syiah juga ada 5 (lima) tapi berbeda:
a) As-Sholah
b) As-Shoum
c) Az-Zakah
d) Al-Haj
e) Al wilayah
2. Ahlussunnah : Rukun Iman ada 6 (enam) :
a) Iman kepada Allah
b) Iman kepada Malaikat-malaikat Nya
c) Iman kepada Kitab-kitab Nya
d) Iman kepada Rasul Nya
e) Iman kepada Yaumil Akhir / hari kiamat
f) Iman kepada Qadar, baik-buruknya dari Allah.
Syiah : Rukun Iman Syiah ada 5 (lima)*
a) At-Tauhid
b) An Nubuwwah
c) Al Imamah
d) Al Adlu
e) Al Ma’ad
sumber :Al- Bayyinat.net
No comments:
Post a Comment