Pages

Monday, 10 June 2013

Oh Dosaku!



[Apa khabar dengan DosaMu?]


" Dosa telah memisahkan manusia itu dari TuhanNya.." 

* Dosa itu pelbagai macam bentuk dan jenisnya. Dosa besar dan dosa kecil.
Dosa besar itu sememangnya diketahui umum. Akan tetapi dosa kecil ramai yang tidak menyedari kewujudannya dan selalu melakukannya. 

Dosa bermaksud; “Setiap perkara yang menyalahi perintah Allah sama ada kerana meninggalkan apa yang disuruhNya atau melakukan apa yang ditegahNya”. Dosa kerana meninggalkan yang disuruh seperti dosa orang yang mengabaikan solat, tidak berpuasa, tidak mengeluarkan zakat, tidak menutup aurat dan sebagainya. Dosa kerana melakukan tegahan Allah seperti dosa berzina, minum arak, mencuri, mengumpat, menipu dan sebagainya.

Dosa mengikut takrifan di atas merangkumi semua jenis dosa sama dosa-dosa besar atau dosa-dosa kecil. Sebahagian ulamak tidak bersetuju dengan pembahagian dosa kepada besar dan kecil. Antara mereka ialah Abi Ishaq al-Isfaraini, Qadhi Abu Bakar al-Baqilani, Imam al-Haramaian dan Abi Nashr al-Qusyairi. Bagi mereka semua dosa dan larangan Allah adalah besar belaka. 

Sebagaimana Ibnu Abbas r.a. pernah berkata;

كُلُّ مَاْ نَهَى اللهُ عَنْهُ فَهُوَ كَبِيْرَةٌ
“Setiap yang dilarang/ditegah Allah adalah besar”. (Riwayat Imam at-Thabrani)

Namun mengikut pandangan majoriti ulamak, dosa terbahagi kepada dua iaitu dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil. Pandangan majoriti ulamak inilah yang menepati al-Quran dan hadis kerana Allah berfirman;

“Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, niscaya Kami hapuskan kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (surga)”. (An-Nisa’:31)


- JANGAN MEMANDANG RINGAN TERHADAP DOSA KECIL-
Daripada Anas r.a katanya, “Sesungguhnya kamu mengerjakan perbuatan yang pada pandangan kamu ianya lebih halus daripada rambut pada hal kami di zaman Rasulullah SAW mengira perbuatan itu di antara perkara-perkara yang mencelakakan (dosa besar).” - [Riwayat Bukhari]

Huraian Hadith: 
1. Memandang ringan terhadap dosa-dosa kecil menunjukkan seseorang itu kurang takut kepada Allah dan lebih-lebih lagi memandang ringan pada dosa besar.

2. Orang yang paling mengenal Allah selepas nabi dan rasul adalah sahabat-sahabat Rasulullah SAW kerana pengetahuan mereka luas yakni tidah menganggap remeh kepada sesuatu perkara.

3. Para sahabat begitu perihatin akan sesuatu perkara dan tidak pernah ia menganggap ringan.

Namun harus diingat, walaupun dinamakan dosa kecil, tetapi ia bukanlah perkara yang boleh dipandang mudah atau remeh kerana Rasulullah s.a.w. bersabda;

إِيَّاْكُمْ وَ مُحَقَّرَاتِ الذُّنُوْبِ فَإِنَّهُنَّ يَجْتَمِعْنَ عَلَى الرَّجُلِ حَتَّى يُهْلِكْنَهُ
“Awasilah kamu sekelian dari dosa-dosa yang kecil/remeh. Sesungguhnya ia akan berkumpul pada diri seseorang sehingga akan memusnahkannya (dengan menjatuhkannya ke dalam dosa besar)”. 
(Riwayat Imam Ahmad, at-Thabrani dan al-Baihaqi dari Abdullah bin Mas’ud r.a.)

Berdasarkan Firman Allah s.w.t pula :
Katakanlah (wahai Muhammad): " Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. - [Surah al-Zumar :53]

* Hindarkan diri dari melakukan dosa2 kecil, Nescaya dosa besar kau akan dijauhkan dan dihindarkan darinya. Insaf!.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...