Assalamualaikum w.b.t...
alhamdulillah wa syukur lillah..segala puji2an hanya padaNya..
segala nikmat dan segala apa yang kita kecapi terlalu besar pemberiannya,,alangkah rugi dan hinanya diri,,
jika tidak pernah bersyukur padanya...ingatlah..syukur bukan sahaja lahir dari kata2,,,
tetapi pembuktian syukur juga terdapat dalam perbuatan,,,cthnya cara utk kita bersyukur melaui perbuatan adalah perbanyakkan amal kepadanya dan semakin berkejar2 utk mendekatkan (mentaqarrub) diri kepada Allah..dengan banyakkan solat,puasa dan amalan2 sunat yang lain...dan sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki yang kita dapat...
“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahkan nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah keras” [Ibrahim 14: 7]
sekiranya kita sentiasa bersyukur,maka Allah akan tambahkan kesyukuran itu dengan menambahkan lebih banyak lagi kebaikan kepada kita, tidak kira dalam apa jua bentuk/keadaan..
sekiranya kita sentiasa mengeluh dan tidak bersyukur, maka Allah akan menambahkan lagi keresahan dan perasaan tidak bersyukur itu..jangan pula kita menganggap miskin itu satu benda yang patut di syukuri,,,
seharusnya kita harus keluar dari kepompong kemiskinan itu,,kerana Islam itu hebat dari pelbagai sudut/'aspek..jika umat Islam sendiri miskin dan tidak mampu,,bagaimana umat Islam hendak maju,,dan dapat sumbangkan hartanya di jalan Allah...Umat Islam itu adalah agama yang mulia di sisi Allah..
" ان الدين عند الله الاسلام "
"sesungguhnya agama yang diredhai Allah adalah agama Islam.."
cara menambahkan kesyukuran:
1) sekiranya seorang peniaga mendapat keuntungan hari ni rm 100, maka kita perlu berazam utk mendapatkan keuntungan lebih dr rm 100 pula keesokannya dan hari2 mendatang..ini adalah cara kita bersyukur padaNya,,kerana kita sentiasa hendak bergerak ke hdapan/ke arah yang lebih baik..
2) jika kita sebelum ni tidak pernah lulus dalam sesuatu subjek,,cara kita hendak bersyukur padaNya adalah berusaha utk mencapai A dalam mana2 subjek..dan seterusnya semua subjek mendapat A.
konsep syukur di sini adalah jika kita bersyukur akan segala nikmat dan pemberiannya..cara kita bersyukur padaNya ialah mengucap alhamdulillah, selain itu perlu kepada pembuktian dengan fe' liah (perbuatan) iaitu sentiasa mencapai keadaan yang lebih baik,baik dan lebih cemerlang dalam kehidupan..bukannya hanya mengucap pada bibir dan duduk diam dalam keadaan yang sama,,(dengan tindakan kita itu secara tdk langsung menunjukkan bahawa perbuatan kita itu menggambarkan kita seorang yang tidak bersyukur..)...sesungguhnya nikmat Allah itu luas..maka kita perlu kecapi nikmat itu..
manusia mempunyai pilihan utk berjaya/gagal..kaya/miskin,, cerdik/tidak cerdik..
maka kita perlu berubah dan merebut perkara2 yang lebih baik..itulah syukur
sebenar2nya ..
jika seorang kaya hendak menambahkan harta kekayaannya maka itu tanda kesyukuran..dengan syarat harta yang diperoleh itu disumbangkan dengan menunaikan segala hak2 dan tanggungjawab/kewajipan tentang hartanya itu. Ini perlu dijalankan kerana dalam harta yang kita miliki itu sebahagiannya adalah hak orang lain dalam harta kita itu.bukannya harta itu milik kita seorang...cthnya kita perlu mengeluarkan zakat harta..dan sedekah jariah sebahagian harta kita kepada golongan yang memerlukan dan infak di jalan Allah.. malah membantu dengan menyumbang dari segi kewangan untuk kelengkapan perang,atau utk menuntut ilmu bagi seluruh umat Islam..sumbangan lain pula, menubuhkan masjid, rumah anak yatim yang mana membantu umat Islam y lain dari segi tempat beribadat dan tempat perlindungan...
"Segala usaha dan tindakan kita itu adalah balasannya..Jika baik yang kita lakukan,maka kebaikan yang kita akan peroleh..
Jika keburukan yang kita lakukan,,maka keburukan yang akan kita kecapi kemudiannya.."
"kebaikan dan keburukan kita akan dihitung, walau sebesar zarah.."
wallahua'lam...
hakciptaterpelihara_saiedah2011
2 comments:
nce entry.
Ermmmmmm stuju sangat dengan saiedah....mari kita sama2 muhasabah diri samaada kita di kalangan orang yang sentiasa bersyukur (^^)
Post a Comment