Pages

Thursday 10 February 2011

Dunia Siber



SKYPE,,,pertama kali aku mendengar namamu,,aku sungguh janggal dan pelik dengan namamu itu..
malah aku mengendahkan sahaja namamu itu..
Ramai sahabat aku yang sibuk bercerita tentangmu..
Namun aku tidak minat dengan ceritamu..
Setelah masa pantas berlalu..
aku dan kawan2ku berpisah buat sementara waktu..
dek kerana menuntut ilmu diperantaun orang..
Kerana kawan2ku sudah ramai yang berangkat ke sana..
aku mula rasa rindu untuk berbual dengan mereka, dan ingin menatap wajah mereka setelah sekian lama..
Sehinggalah pada suatu hari,,ada sahabatku yang bercerita tentang dia dan sahabatnya berkomunikasi dengan rancak melalui komputer sahaja..tanpa keluar wang ringgit yang banyak..
Lalu aku bertanya kepada dia,,apakah yang kau guna utk berkomunikasi dgn dia??
LALU kawanku menjawab bahawa SKYPE lah penghubung di antara mereka yang terpisah di antara jarak yang jauh...




SKYPE sangat bagus untuk interaksi dalam jangka masa yang lama..
malah boleh berhubung dengan sesiapa sahaja walau jarak yang memisahkan beribu batu..
VOTE for SKYPE..


SKYPE adalah salah satu komunikasi yang  paling baik setakat nie..jika nak dibanding dengan Yahoo mail dan Yahoo messanger..sebab skype nie lebih cepat loading dan lebih ringan ..
kerana fungsinya hanya fokus kepada video call dan chit chat shj..tetapi terdapat juga application yang lain..
Malah alat ini sangat berbaloi..jika nak telefon kawan2 yang berada di negara luar..
tak perlu menghabiskan kredit telefon dengan kadar yang mahal melampau2,,
malah dapat dijimatkan dengan banyaknya..
Malah sekarang nie,,ukhuwah antara saiedah dan kekawan tidak akan terputus dan hambar begitu sahaja..kerana kami dapat berinteraksi antara satu sama lain..tetapi sejak mula menuntut ilmu, tugasan itu yang utama maka, sudah lama tak berbual bersama mereka
yang berada nun di perantauan..Sehinggalah mereka kembali ke sini
setelah KRISIS besar yang sedang melanda DI MESIR..
maka bermulalah kembali berhubung 
tentang keselamatan mereka di sana..
sungguh merisaukan dan meresahkan hati ibu bapa dan sahabat2 mereka sendiri..
Alhamdulillah, sebahagian dr sahabat2 sudah pulang ke tanah air,,
terdapat sebahagian besar lagi dalam perjalanan ke mari..
semoga dipermudahkan segala urusan..dan berada dalam keadaan yang baik..
BARAKALLAHUFIKUM=INNALLAH HA MA'ANA..


Allah swt berfirman:
“Hanyalah orang-orang beriman yang bersaudara”. (QS Al-Hujurat :10).

Dan Nabi saw bersabda:

“Seorang muslim adalah saudara dengan muslim lainnya, tidak boleh menzaliminya, tidak membiarkannya, tidak merendahkannya dan tidak menghinakannya” . (Muttafaq alaih).
Dan Nabi saw juga bersabda:
“Perumpamaan orang-orang beriman dalam kasih sayang, cinta kasih dan empati adalah seperti satu tubuh, jika salah satu tubuh darinya mengadu pada suatu penyakit maka anggota tubuh lainnya akan merasa sakit dan demam”. (Muttafaq alaih)
Oleh kerana itulah di antara salah satu rukun dari rukun bai’ah kita adalah ukhuwah, dan di antara salah satu dasar perbaikan sosial secara universal yang dibawa oleh Islam adalah memproklamasikan adanya ukhuwah di antara umat manusia.
Makna Ukhuwah Menurut Kami
Imam al-Muassis (perintis) Hasan Al-Banna semoga Allah merahmatinya berkata:
“Yang saya maksudkan dengan ukhuwah adalah : mengikatnya hati-hati dan jiwa-jiwa ini dengan ikatan aqidah, dan aqidah merupakan ikatan yang paling kukuh dan paling mahal harganya, dan ukhuwah adalah saudara keimanan, sementara perpecahan adalah teman dari kekufuran, kekuatan yang utama adalah persatuan dan tidak ada persatuan tanpa cinta, dan cinta yang paling rendah adalah lapang dada, sementara yang paling tinggi adalah itsar(mengutamakan saudaranya).
“Dan mereka mengutamakan (orang-orang muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang orang yang beruntung”. (QS Al-Hasyr : 9)
Al-akh yang jujur adalah yang melihat saudaranya lebih utama daripada dirinya sendiri; kerana jika tidak dengan mereka maka dirinya tidak bersama dengan yang lainnya dan jika mereka tidak bersama dengannya maka mereka akan bersama dengan yang lainnya;
“Sesungguhnya serigala akan makan kambing yang tersesat sendirian”. (HR Abu Daud dan ditashih oleh Ibnu Hibban dan Al-Hakim)
dan nabi saw bersabda:
“Seorang mu’min terhadap mu’min yang lainnya seperti bangunan, saling memperkukuh sebahagiannya dengan sebahagian lainnya”. (Muttafaq alaih).
“Dan orang-orang beriman laki-laki dan wanita sebahagian mereka menguatkan sebahagian lainnya”. (QS At-Taubah : 71).





1 comment:

h o n e y said...

salam.
teknologi yang sentiasa up-to-date setiap hari membolehkan kita membina lagi ukhwah antara sahabat walaupun dengan jarak yang sangat jauh=)

semoga kita semua menggunakannya dengan cara yang bermanfaat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...