Pages

Saturday, 12 February 2011

Relationship between them


2P are related each other..
"Pengundi dan Pemimpin''




" Rakyat dan Pemimpin saling berkait antara satu sama lain..Sebagai rakyat yang bertanggungjawab dan amanah, PeRluLah MemaiNkaN PeRaNan. Semua Pengundi itu adalah Rakyat, tetapi tidak semua rakyat itu menjadi pengundi dan turun mengundi, Mengapa ini terjadi?."

Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (pemerintah) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Suami adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Khadam (orang gaji) adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu.” 

(Hadith riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)


Pemimpin bukanlah suatu jawatan yang perlu direbut-rebutkan dan dibangga-banggakan,sebaliknya ia perlu diinsafi dan digeruni akan tanggungjawab besar yang menanti.
"Daripada Abu Musa r.a. katanya: Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi s.a.w.. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah! Yang seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya.” 
(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)"

Saya ingin mengenegahkan isu mengenai pengundi atau penyokong....Memang penyokong dan pengundi nampak seperti satu peranan yang tampak seperti remeh,, tetapi sebenarnya ia merupakan peranan yang paling besar dalam menentukan seseorang pemimpin dalam sesebuah organisasi,, w'pun kita lihat pemimpin atau pengerusi itu merupakan satu jawatan yang besar dan gah,, tetapi, mereka2 ini tidak akan terpilih dan dipilih sekiranya tiada undian dan sokongn dari pengundi2 dan penyokong2 ini,,

Sekiranya kita ini sebagai penyokong atau pengundi dalam kalangan rakyat negara kita sendiri, haruslah memilih pilihan yang tepat, janganlah mengambil remeh tentang isu undian ,, jika terlantiknya seseorg pemimpin itu, selama mana jawatan yang dipegang olehnya saham tindakannya akan diperolehi sebahagiannya pada pengundi2 yang memilihnya..

Selama mana seseorg pemimpin itu menjalankan tanggungjwabnya sama ada ke arah kebaikan atau keburukan sessebuah organisasi,,tindakan yang dilakukan oleh pemimpin sahamnya akan juga ditanggung oleh pengundi2 juga,,

Maka tindakan yang terbaik adalah kita harus memilih pemimpin yang mempunyai fikrah Islam, dan benar2 ingin menegakkan syiar islam yang sebenar dengan melaksanakan perlembagaan yang sepenuhnya berdasarkan al quran dan as sunnah,, pemimpin itu juga akan membimbing rakyatnya serta menjaga kebajikan rakyatnya untuk kesejahteraan sejagat.


So, What's in ur mind??
kita harus memilih pucuk pimpinan yang sebenar2nya,,w'pun kita seagama islam,, kerana terdapat juga dikalangan kita tidak mempunyai matlamat yang sama  iaitu mentadbir negara dan masyarakat berlandaskan al quran dan as sunnah itu yang paling utama,,,

Justeru itu, di kalangan ulama’ Islam, mereka cuba menyenaraikan beberapa sifat kepimpinan yang dianggap perlu ada pada seorang pemimpin Islam seperti perbincangan di bawah.

Seorang pemimpin yang berada di barisan hadapan memimpin ummah memerlukan kualiti
yang tinggi dari segi kehebatan fizikal dan juga spiritual. Memandangkan pentingnya kualiti
seorang pemimpin dalam Islam, para ulama’ memberi perhatian yang mendalam
membincangkan pelbagai jenis karakter yang perlu wujud untuk menjadikannya berkesan.
Berikut dijelaskan pandangan beberapa orang ulama’ Islam berhubung dengan karakter
yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin utama:

1. al-Mawardi menetapkan tujuh syarat untuk menjadi seorang khalifah iaitu: Keadilan yang
meliputi segala syarat; Memiliki ilmu pengetahuan yang sampai ke peringkat boleh berijtihad; Memiliki kesejahteraan pancaindera, pendengaran, penglihatan dan lisan ; Memiliki kesejahteraan anggota badan dari kecederaan yang menjejaskan pergerakan
harian; Memiliki kecerdasan fikiran sampai kepada peringkat sanggup mempertahankan
kehormatan dan berjihad menentang musuh; dan, Berbangsa dan berdarah keturunan
Quraish.

2. Bagi Imam al-Qurtubi, beliau meletakkan sebelas syarat untuk menjadi seorang khalifah
iaitu: Berketurunan Quraish berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w. Maksudnya: “
Pemimpin hendaklah dari keturunan Quraish”; Terdiri dari seorang yang layak menjadi qadi, boleh berijtihad sendiri tanpa bergantung kepada orang lain untuk mengeluarkan sesuatu keputusan; Mempunyai kewibawaan dalam urusan ketenteraan dan dapat membenteras kezaliman dan menjaga kepentingan umat Islam; Mempunyai pendirian yang teguh dalam menjalankan hukum syariat tanpa gentar dan takut dengan mana-mana pihak; Hendaklah seorang yang merdeka dirinya; Seorang yang beragama Islam; Seorang lelaki; Sejahtera anggota tubuh badan dari sebarang kecacatan ; Seorang yang baligh; Seorang yang berakal sihat; Seorang yang adil di mana tidak layak bagi yang fasiq menjadi pemimpin .

3. Sementara itu, berbeza dengan yang lain, Ibn Khaldun menetapkan empat syarat sahaja
untuk menjadi khalifah iaitu: Memiliki ilmu pengetahuan sehingga sampai ke peringkat
berijtihad; Keadilan – di mana semua jawatan dalam agama mesti berlandaskan keadilan;
Kesanggupan dan berani menjalankan undang-undang hudud serta menghadapi peperangan dan boleh mengarah rakyat berperang; mengetahui hal ehwal diplomasi dan cekap dalam siasah; dan, Kesejahteraan pancaindera dan anggota badan dari kecederaan seperti gila, buta, tuli, bisu, cacat tangan, kaki dan sebagainya.



4. al-Baghdadi, sama seperti Ibn Khaldun menetapkan empat syarat untuk menjadi khalifah
dengan penekanan kepada sifat-sifat yang berbeza iaitu: Mempunyai ilmu sekurang-
kurangnya sampai ke peringkat mujtahid dalam soal halal dan haram dalam hukum agama;
Adil dan warak sekurang-kurangnya dirinya boleh menerima kesaksian; Mempunyai
kemampuan berpolitik serta bijak dalam pengurusan negara, mampu membaca kemampuan
rakyat sehingga tidak membebankan kerja-kerja kepada orang yang lemah serta bijak juga
dalam urusan ketenteraan; dan, Berketurunan Quraish. Jika diperhatikan kepada penentuan karakter kepimpinan berkesan yang diberikan oleh para ulama’ Islam, didapati mereka menekankan tentang kemampuan para pemimpin memimpin pengikut-pengikut menuju
kepada keradaan Allah dan memahami tujuan hidup sebenar. Aspek “quwwah” atau
keupayaan dari segi ilmu pengetahuan dan kesejahteraan fizikal merupakan syarat utama dalam memimpin ummah di samping pemimpin memiliki keperibadian yang unggul sehingga dihormati dan disanjungi oleh pengikut-pengikut. 

Hisham al-Talib (1992)
menggariskan tujuh faktor kepimpinan berkesan yang dibuktikan melalui penyelidikan
saintifik sebagai bandingan dengan apa yang disebut di atas seperti berikut:

a) Kemampuan Mental. Dia tidak semestinya mempunyai kecerdasan yang luarbiasa.

b) Minat dan Kebolehan yang Luas. Dia bukan saja aktif dalam satu bidang sahaja. Dia mempunyai kefahaman yang luas, kecenderungan yang banyak dan pelbagai. Dia seorang
yang peka, mempunyai minat yang luas terhadap kerja-kerja yang melibatkannya secara
langsung, termasuk pelbagai perkara dan aktiviti-aktiviti penting di persekitarannya.
Jelasnya dia seorang yang dikurniakan kelebihan yang luas.

c) Kemahiran Komunikasi. Salah satu gelaran yang diberi kepada Nabi Muhamamd s.a.w. ialah orang yang paling fasih bertutur bahasa Arab. Mengikut Cambrige History of America
Literature: ‘Bukan polisi dan tindakkannya yang menyebabkan kemenangan Lincoln
menerajui partinya pada tahun 1680, tetapi cara ianya menyampaikan sesuatu. Dalam
setiap revolusi orang yang dapat menyampaikan sesuatu dengan baik dapat memimpin.

d) Kematangan. Seorang pemimpin yang berjaya bebas dari sifat kebudakbudakkan; sikap dan tingkahlakunya adalah tindakan orang yang dewasa yang bertanggungjawab dan
matang. Dari segi psikologinya dia seorang yang stabil dan menggambarkan kestabilan
peribadi kepada pengikut-pengikutnya.

e) Kekuatan Motivasi. Dorongan, tenaga, inisiatif, ketabahan, keupayaan memuliakan diri sendiri, dan pendirian yang tetap telah lama diterima sebagai tanda pemimpin yang kuat. Pemimpin yang berjaya suka merancang, mengurus dan mengarah usaha yang lain. Dia mempunyai keinginan yang kuat untuk mencapai sesuatu. 

f) Kemahiran sosial. Kepimpinan pada dasarnya memperoleh sesuatu melalui orang lain, yang menunjukkan secara jelas bahawa pemimpin yang jelas mesti bergantung kepada kemahiran sosial. Dia mesti peka terhadap perasaan dan sikap manusia, sama ada jelas atau tidak ; Dia mesti tegas untuk mempengaruhi orang lain dengan berkesan. 

g) Keupayaan Mentadbir. Kebolehan membayang, memulakan, merancang, mengarah, menyelesaikan, menilai orang lain, memilih, mengajar, meransang, mengkaji, meneliti, memerhati, memperbaiki, melihat dengan pandangan yang jauh, meringkaskan, memutuskan, memastikan kerja dilaksanakan; perkara-perkara ini merupakan kemahiran
yang dipegang oleh pemimpin lebih daripada teknologi. Meskipun dalam situasi yang berlainan, sifat-sifat yang diutarakan oleh para ulama’ mempunyai signifikasi untuk melahirkan kepimpinan yang berkesan, iaitu bukan sahaja berkesan dari kacamata para
pengikut, tetapi juga pada pandangan Allah S.W.T. 

Konsep kepimpinan Islam perlu bergerak dalam semua lapangan kehidupan dan dipraktikkan oleh semua pihak dari para ustaz, ahli politik, jurutera, arkitek, ahli perniagaan, guru, peniaga dan sebagainya. Dalam konsep Islam yang syumul, apa sahaja bidang berkaitan profesion pekerjaan yang menyumbang kepada kebaikan rakyat dan negara perlu dianggap sebagai ibadat dengan mendahului niat kerana Allah sesuai dengan tanggungjawab sebagai khalifah Allah yang memakmurkan muka bumi.

Kesimpulan


Masyarakat yang cemerlang terbentuk dari kepimpinan yang cemerlang. Lebih ramai pemimpin yang memahami kepimpinan sebagai amanah dilahirkan dalam sesuatu masyarakat, akan lebih makmur dan sejahtera masyarakat. Oleh kerana setiap individu Muslim dianggap pemimpin, mereka mesti membina potensi kepimpinan masing-masing yang berkesan kepada orang yang dipertanggungjawabkan. Kepimpinan mesti dianggap sebagai melaksanakan amanah Allah. Ada yang mengatakan, untuk menjadi pemimpin, perlu diamalkan satu falsafah iaitu “think like a leader” atau sentiasa berfikir seperti ketua. Dengan cara itu, setiap tindakan akan dibuat dengan matang, dengan mengambil kira reaksi dan respons pengikut-pengikut. Kepimpinan berkait rapat dengan menjalankan tanggungjawab dan memberi hak yang wajar kepada yang berhak menerimanya. Negara dalam konteks Islam akan mencapai tahap terbilang apabila tahap cemerlang dan gemilang telah diperolehi. Semuanya banyak bergantung kepada kualiti modal insan yang dilahirkan oleh negara yang mampu bersaing di peringkat global.

sumber: kepimpinan islam (Prof Madya Dr Zulkiple Abd Ghani.)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...