Pages

Monday, 31 May 2010

Cinta illahi

6 comments

''klik the image"
“Cukuplah sudah aku dipermainkan selama ini. Cintaku kini hanya untuk Ilahi. Bukan untuk mana-mana lelaki!”, ungkap seorang siswi yang putus cinta.
“Cinta manusia adalah palsu belaka. Cinta Allah, itu yang utama”, kata seorang yang lain.
Termenung saya membaca ungkapan-ungkapan seperti ini. Semakin banyak kedengaran di dalam lirik-lirik nasyid. Semakin banyak kelihatan di blog tempat orang muda meluahkan kekecewaan.

Fahamkah mereka dengan apa yang mereka ungkapkan?
Cinta Ilahi?
Tiada lagi cinta lelaki?
Wanita gila harta?
Hanya Allah sahaja yang ’setia’?
Seperti yang pernah saya ungkapkan di dalam artikel Anti Slogan, saya memang tidak suka mendengar orang bercakap benda yang dia sendiri tidak faham. Mumbling… kata orang Putih.
Apakah ada konflik antara cinta Allah, cinta lelaki, dan cinta perempuan? Cinta hanya satu. Pilih sama ada buayafriend mahu jatuh hati kepada gelifriend, atau menyerahkan cintanya hanya kepada yang Esa?
Saya tidak suka orang bermain dengan kata-kata.
Jika sudah kecewa dengan si dia, tiada lagi cinta kepada penggantinya?!
BERTAPA?
Habis, mahu ke mana? Ke puncak gunung bertapa seperti rahib? Enggan berumahtangga kerana mahu mendedikasikan diri kepada Dia dan bukan dia? Fikiran apa ini? Islamkah yang mengajar kita berfikir begitu?
Tidakkah kita sudah dinasihati tentang kisah segelintir sahabat yang tersilap memahami cara melihat Ibadah Nabi SAW yang begitu sederhana?

“Sesungguhnya salah seorang daripada sekumpulan sahabat Nabi sallallahu alayhi wa sallam telah berkata, “Berkenaan dengan diriku, maka aku akan berpuasa dan tidak berbuka. Berkata seorang yang lain: Aku akan berQiyam di malam hari dan tidak akan tidur. Dan berkata lagi seorang yang lain: Aku pula, aku tidak akan mengahwini perempuan. Seorang lagi berkata: Aku pula, sekali-kali aku tidak akan memakan daging. Lalu Baginda Sallallahu alayhi wa sallam bangun dan berucap, lantas Baginda berkata, “Apa halnya dengan pemuda-pemuda yang setiap seorang mereka ini berkata begini begitu? Aku sendiri berpuasa dan berbuka, bangun malam dan aku juga seorang yang mengahwini perempuan juga aku memakan daging. Barangsiapa yang tidak ingin kepada Sunnahku maka dia bukan dari kalangan (pengikut)ku” (Dari Sunan al-Nasaa’ie, no. 3217)
Janganlah bermain-main dengan kata-kata yang kosong dari makna, jauh sekali dari yakin dan percaya. Belajarlah untuk menyelami makna dan menyebut perkara yang kita jelas tahu akan makna dan maksudnya.
Ungkapan cinta Ilahi bukan ungkapan yang kosong, jauh sekali abstrak dan penuh misteri.
Cinta Ilahi bukan inspirasi untuk mengungkapkan syair-syair yang bertepek di sana sini di blog siswa siswi.
Jangan berlakon menjadi Rabiatul Adawiyah. Tidak perlu memakai kasutnya. Rabiatul Adawiyah itu insan yang tersendiri.
Bagi kita di sini, bercintalah dengan Allah secara realiti.



CINTA ILAHI ADA CARANYA
Tidak pernahkah kita merenung ingatan dari Allah sendiri terhadap orang yang mendakwa mereka itu cinta kepada-Nya?
tuhibbunallah.JPG
“Katakanlah: Jika sesungguhnya kamu itu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya kamu juga akan dikasihi oleh Allah, dan akan diampun-Nya kesalahanmu. Dan Allah itu Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Aal Imraan 3: 31)
Jika cintakan Allah, contohilah Rasulullah SAW. Hiduplah macam Rasulullah, buatlah kerja macam Rasulullah.
Sibukkan diri dengan belajar dan mengajar, berdakwah dan memberi peringatan, membela agama dan bekerja untuk ummah, sibukkan diri dengan segala kebajikan demi cinta kita kepada-Nya.
Berhentilah berpuisi, andai puisi itu datang dari sebuah khayalan tentang cinta Ilahi sambil memicit jerawat di tingkap pagi.
Jika mahu mengungkapkan Cinta pada madah dan kata, luahkan ia dari rohani dan jasmani yang bekerja untuk kekasih-Nya. Hiasilah blog kalian dengan catatan amal dan muhasabah diri, bukan retorik dan angan-angan terhadap CINTA ILAHI.

Thursday, 27 May 2010

Persahabatan

0 comments



Di jalan Allah persahabatan ini bukan milikku
dan bukan milikmu jua
persahabatan ini adalah perancangan Allah yang maha Esa
yang mengetahui segala rahsia..
kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA juga telah
menetapkan kita mengukir 1000 kenangan bersama..
Persahabatan ini sudah pasti terisi dengan  Kasih Sayang..
Moga persahabatan ini berkekalan untuk selamanya..
Ingatlah Allah, maka Allah akan sentiasa mengingatkanmu
Jagalah dan peliharah Allah, maka ia akan sentiasa menjagamu
Ingatlah Dia di waktu lapang,maka Dia akan mengingatimu ketika di waktu susah
Teruskanlah perjuanganmu dalam mencari keredhaan dan kerahmatan dariNya..



Contest

0 comments







Kuiz akan bermula pada 12.02 pagi 23 Mei 2010 dan ditutup pada 11.59 mlm 1 Jun 2010

Hadiah-Hadiah Yang Agak Menarik Untuk Dimenangi 
1 x Tempat Pertama :  Baucer KFC bernilai RM70
1 x Tempat Kedua : Baucer KFC bernilai RM50
1 x Tempat Ketiga : Baucer KFC bernilai RM30
5 x Tempat Saguhati : Baucer KFC bernilai RM10


Memang mencabar soalan2 yang dikemukan ala2 peperiksaan besar gitu..^^,
semua jawapan terdapat dalam blog kak mia ni..carilah jawapan walau hingga ke lubang cacing..=)

bagaimana pula dengan syarat2 penyertaannya??
untuk maklumat lanjut here
 soalan2 kuiz here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...