Pages

Saturday, 12 March 2011

Surah Insyirah

6 comments


Assalamualaikum w..b.t  semoga pembaca sihat sejahtera..
semoga berada dalam rahmat dan berkat-Nya (Allah s.w.t) sentiasa...

Dengan lafaz Bismillah pemula bicara,,
Niat utama untuk berkongsi ilmu,,
ilmu diberi bukan tak bermakna
tapi memberi manfaat bersama...


Seperti yang kita ketahui, surah ini sering digunakan oleh kita untuk menerangkan dan 
menenangkan jiwa dan hati  kita yang berada dalam keadaan yang tidak tenang dan tenteram..tapi surah ini juga mempunyai fungsi untuk menghilangkan kemalasan dalam diri kita,,lagi2 untuk bangun subuh..dan malas melakukan kebaikan (menunaikan ibadah, sama ada solat, puasa, baca al-quran, dll).. dengan mengamalkan surah ini juga, dapat menaikkan seri pada wajah, dan menjadi hebat dan unggul di pandangan orang..
agar diri kita hebat dan unggul zahir dan batin (dalaman dan luaran)..
Itu yang terbaik dan disuruh oleh syariat Islam..utk menjadi Orang muslim yang Mukmin dan bertaqwa..

Kelebihan2 dan cara2 nya :-

Caranya : Tarik nafas sambil Membaca al fatihah, kemudian tiup (hembus nafas secara perlahan2 hingga habis nafas) pada tapak tangan dan sapu pada bahagian anggota badan yang dinyatakan..

ayat pertama : kelebihannya dapat melapangkan dada (sapu pada dada)
ayat kedua : dapat meringankan beban yang kita pikul (hadapi) (sapu pada kedua-dua bahu)
ayat ketiga : dapat menghilangkan malas dalam diri.. (sapu pada kedua2 pinggang)
ayat keempat : dapat menyerikan wajah dan menjadi hebat/unggul di pandangan orang.. (sapu pada muka)



"Hanya sampai kepada ayat yang ke 4 sahaja, yang ustaz sampaikan,, 
ayat seterusnya tidak diceritakan kelebihannya..disebabkan oleh kekangan masa"
"Pasang niat dan betulkan niat dalam setiap perkara yang kita lakukan,,
semua yang dilakukan adalah kerana Allah semata2.."

Cara menarik nafas yang betul :-

Baca al-fatihah dan surah/ ayat yang hendak kita baca 
tarik nafas...............................tahan..
hembus perlahan2 sehingga nafas habis pada tapak tangan kita 
dan sapu pada mana2 anggota yang hendak disapu ...


kaedah tarik nafas ini juga boleh diaplikasikan jika kita mengantuk sangat2,,
atau berada dalam keadaan berdebar2 dan jiwa tak tenang..
dengan menarik nafas,, oksigen dapat dikumpulkan sebanyak mungkin..
dan dapat disalurkan ke urat saraf yang kekurangan oksigen dengan sempurna..
InsyaAllah ..


Niat merupakan sesuatu yang penting dalam setiap pekerjaan dan amalan seharian kita..dan lebih-lebih lagi apabila kita ingin menjalankan satu-satu ibadah kerana Allah..di dalam mazhab syafi’i niat amalan ibadah yang dilakukan tanpa niat tidak dikira sebagai ibadah..dengan kata lain..sia-sia sahajalah amalan ibadah kita tersebut apabila kita tidak berniat.. Dalam hadis Rasulullah (s.a.w) ada bersabda :

إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى

( Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan atau disertai dengan niat dan sesungguhnya keatas setiap seseorang itu ( dibalas ) berdasarkan niat mereka )

wallahua'lam,,

p/s : ilmu dari Ustaz Nazeri bin Mustapa 
( Pegawai Pejabat Agama Islam,Hulu Langat)

Thursday, 10 March 2011

GROW or G.R.O ??

0 comments




Assalamualaikum pembuka bicara..
Di sini hendak berkongsi cerita dan rasa..
Setelah mendengar kuliah tentang halal dan haram,
Masa kini, tidak ramai yang dapat mengeluarkan Fatwa dengan tepat
malah terdpt segelintir drpd mereka sendiri  tidak arif dalam pemahaman agama
sebenar2nya..Hukum bukan mudah utk di hukumkan..
Malah perlu mengetahui sebenar2nya sesuatu situasi dan kes itu..
Tindakan segera perlu di ambil....lebih2 lagi pihak yang 
berkuasa dan pihak yang mem'bolehkan' GRO ini..
Walaupun isu ini lama tapi masih ada yang tidak mengetahui
sebab musabab mengapa  'kerjaya' ini di haramkan...
Terdapat pihak2 yang belum cukup ilmu keagamaan dalam 
mengetahui sesuatu perkara bahkan mereka hendak pula  
menetapkan sesuatu hukum,bagi sesuatu kes..
ketahuilah sesungguhnya..

Apa saja tugasan dan kerjaya haram mesti disebut sebagai ‘haram’,
 khususnya kerjaya GRO dan pelacur.

Luhur budi

3 comments




 ‎" keluhuran budi itu menjadi asas yang kukuh dalam persahabatan atau percintaan".. 

tanpa jiwa y murni,,maka tidak akan kekal lama ukhuwah dan sesuatu ikatan itu..

Wednesday, 2 March 2011

Riya'

0 comments



Riya'???? apa itu riya'??
riya' adalah perkara yang dilakukan bukan kerana Allah..tetapi kerana manusia..
contohnya..jika kita hendak pakai tudung..''alah malulah,,nanti orang kata aku alim sgt..." ayat y biasa diucapkan..bukankah tudung itu satu kewajipan..jikalau kita tidak pakai kerana malu itu juga dinamakan riya'..
contoh lain pula..seperti solat sunat di masjid atau surau (ditempat orang ramai).."aku nk solat sunat ni..tapi malulah nnt orang kata apa pulak"..ataupun ''tak naklah aku solat sunat kt sini..buat kt rumah/bilik aje la..nnt semua tgk aku solat..''..ketahuilah itu juga adalah riya'..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...