Assalamualaikum w.b.t.. semoga para pembaca dan blogger sentiasa sihat dengan kehendakNya..
Alhamdulillah diri ini masih diberi peluang untuk bernafas dan berkata-kata.. serta punyai kudrat untuk melafazkan kata-kata yang hendak diungkapkan dan dikongsikan bersama..
Pernah diri ini, bermimpi, nikmat bernafas tidak lagi ku miliki..
walaupun dalam tempoh 10 saat..
nikmat itu diambil seketika olehNya.. impaknya amat mendalam..
kerana diri ini tidak bisa bernafas dan bergerak..
Namun dengan kekuatan untuk bergerak itu kuat, lalu diri ini tersentap,
dengan serta merta nikmat yang aku hilang seketika telah dikembalikan..
tetapi di dalam fikiranku masih lagi bingung memikirkan.
tatkala aku baring dan melelapkan seketika mataku, aku tidak bisa bernafas
seperti biasa, bahkan aku seperti kehilangan Oksigen yang amat bernilai itu..
Namun bila aku bangun dan duduk, peredaran nafasku kembali berfungsi dengan lancar..
Namun aku tetap runsing memikirkannya..jika selesema tidak mungkin!..
kerana aku tidak menghidapi selesama, jika hendak dikatakan hidungku tersumbat..pun tidak juga..
itu yang merunsingkan aku..
Hanya satu yang aku fikirkan.. adakah berkaitan dengan saluran pernafasanku, dan jantungku?
Adakah saluran pernafasanku sempit?.. apakah puncanya?.. Adakah jalan penyelesaiannya..
Sememangnya jika difikirkan kembali.. Nikmat,Nikmat,Nikmat..
jika hendak dihitung nikmatNya memang tidak terkira..
Namun.. selagi kita masih merasai dan menikmati Nikmat yang datang dari Allah s.w.t
Berhak ke atas setiap manusia untuk bersyukur, sebanyak2nya..
Kerana selagi kita mempunyai peluang untuk terus beribadah dan berdoa di kala kudrat masih gagah dan kuat.. Nah!.. inilah masanya..
Namun, kita sering saja terleka dan terlupa, tatkala nikmat yang kita kecapi, jarang sekali kita mensyukuriNya.. bila tiba kesusahan dan kesukaran, yang bermain di Minda hanyalah Dia,
Kalaulah ... Mesti tak kan jadi macam ni..
Kalaulah... Mesti tak kan jadi...
Namun semuanya sudah terlambat.. Akan tetapi selagi kita masih bernyawa dan masih diberi peluang untuk menjejakkan kaki di Bumi yang nyata ini..
Ingatlah! pintu untuk kembali (bertaubat) masih terbuka..
kekadang kita merasakan diri kita sudah punya segala2nya
dan tidak memerlukan pergantungan kepada sesiapa..
Namun kita masih banyak kekurangan dan kelemahannya..
Kekadang kita merasakan diri kita ini, sudah punya kira2 dan ramalan yang cukup hebat
dan tepat..
Namun segala kira-kira dan perhitungan yang kita lakukan jauh meleset sama sekali dengan realitinya..
Aduh.. Jika begini sikap kita sebagai manusia, bisa saja dunia ini semakin
suram dan kelam dan bisa saja
kita semua ini kian jauh dari rahmat dan Kasih sayangNya..
Janganlah Malu dan segan,
Kita bisa saja berubah ke arah kebaikan,
kerana fitrah manusia itu sememangnya suka akan kebaikan,
dan membenci segala kezaliman dan penindasan serta perlakuan yang tidak adil..
Namun, pilihan itu terletak di tangan kita untuk melakukan suatu anjakan paradigma (perubahan) atau masih berada di takuk yang lama..
Sememangnya iman manusia itu ada naik dan turunnya.. tetapi ingatlah jika kau tekadkan diri mu dan meletakkan benteng yang kuat dalam dirimu agar suka, senang dan sentiasa mendekati kebaikan, maka Allah akan kabulkan dan akan memeliharamu agar senantiasa berada dalam keadaan yang diinginkan.. Yakinlah.. InsyaAllah.. Segalanya dalam Qudrat dan IradatNya..
Allah itu mengikut sangkaan hamba-hambanya.. Jika hambaNya menyangka yang buruk-buruk mengenaiNya.. maka keburukan akan datang dalam hidupNya..
Jika hambaNyan menyangka yang baik-baik belaka mengenai Allah s.w.t.. maka kebaikan dan kebahagiaan akan dikecapi..
" Jika kau dekati Aku sejengkal, aku akan menghampirimu sehasta, jika kau dekati aku sehasta, aku akan dekati kau sedepa, jika kau mendekati Aku dengan berjalan, Aku akan mendekatimu dengan berlari.."
" Jika sekali kau berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w (kekasih Allah) akan ku balas dengan 10 kebaikan (ganjaran pahala)"
* Jangan Lupa Pada Pencipta Yang Maha 'Azim.. dan kekasih yang sering disebut-sebut oleh Al-Khaliq yang mana menjadi butir perbualan di antara makhluk-makhluk di langit (para malaikat)..
Betapa bermaknaNya Rasulullah s.a.w disisi Allah s.w.t
- hasil Nukilan saeidah
(perkongsian ilmu, dan iktibar bersama, ambillah 'ibrah (oengajaran) drnya..)