Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t semoga semua pembaca sihat sejahtera. Entry ke 2 untuk bulan April. Pada tahun 2013, merupakan tahun keramat dan bermakna bagi aku yang bergelar mahasiswa tahun akhir di UKM. Sungguh! mengapa aku katakan keramat? Pada tahun 2013 merupakan tahun PRU 13 bagi negara Malaysia tercinta. Aku kini berumur 22 tahun. Dengan itu, umur aku sudah melayak menjadi pengundi tegar yang dapat menyumbang kepada pimpinan Negara akan datang.
PRU13, banyak perkara yang berlaku di dalam fasa ini, antaranya sidang PARLIMEN bermain tarikh dengan rakyat. Teka-teki ini bermain dengan penuh 'tricky'. Dato' Seri Najib Razak merupakan Perdana Menteri Malaysia yang tidak berani mengumumkan tarikh pembubaran PARLIMEN. Alasannya, mereka mahu bermain-main dahulu. =_='
PRU13, bahang kempen dan general elections ini berlaku dengan rancak dan sengit sekali. Kesemua parti yang bertanding, cuba menonjolkan kewibawaan Parti dan Calon masing-masing. Manifesto demi Manifesto dibentangkan dengan hanya satu tujuan iaitu untuk mendapatkan sokongan dan meyakinkan Rakyat akan kepimpinan mereka akan datang.
Isu Manifesto juga menjadi satu persaingan yang sengit, kerana muncul pula isu menciplak manifesto yang telah dibuat oleh Pihak Lawan. Pihak yang menciplak cuba memberikan hujah dan penjelasan mengenai manifesto yang di bawa namun hujah yang diberikan masih tidak mantap dan tidak mendatangkan keuntungan kepada rakyat dan menaikkan kembali ekonomi Negara yang sudah jatuh dan memiliki nilai defisit yang tinggi jika dibandingkan dengan pemerintahan Perdana Menteri sebelum-sebelum ini. Semula.
Tidak kurang juga, pelbagai tawaran dan hadiah cuba disalurkan kepada rakyat demi meraih UNDI.
Banyak lagi telatah dan ragam sempena kempen PRU13 ini.
Dan paling penting, aku termasuk dalam kategori FIRST VOTER!.
Undilah Parti dan Pemimpin yang amanah, tidak mempunyai masalah akhlak dan rasuah.
Demi Negara Malaysia dan ISLAM yang tercinta!.
Semoga Hukum Allah dapat ditegakkan dan dilaksanakan di Negara tercinta.
Hukum Allah itu bukan terhad untuk Umat Islam sahaja, tetapi ia 'valid' kepada seluruh umat manusia yang hidup di muka bumi ini.
Penganut yang setia kepada agama masing-masing, pasti menjadi hamba dan rakyat yang baik moral dan akhlaknya. Setiap agama mengajar penganutnya tentang kebenaran dan kebaikan, tidak sesekali mengajar dan mengajak penganutnya kepada kebatilan dan keburukan.
- 1 UNDI begitu BERNILAI! -