Pages

Tuesday, 29 October 2013

Usaha

0 comments

" Untuk menang itu payah, untuk mengekalkan kemenangan itu lebih payah.
Untuk menentang kezaliman itu payah, untuk membiarkan sahaja kezaliman di depan mata itu lebih payah, terseksa dan menyeksakan. Lebih banyak soalan yang akan diajukan oleh Allah s.w.t  kepada kita di akhirat nanti, mengapa membiarkan sahaja ia berlaku? Mengapa tidak menegahnya? Sedangkan kita mengetahui dan punya kudrat. Mengapa berdiam diri sahaja?  "

Terseksa kerana kita tidak melakukan apa2x tindakan untuk menegahnya. Sedangkan kita punya kemampuan untuk melakukan sesuatu tindakan walaupun kecil namun kita tetap bergerak melangkah. 

Menyeksakan kerana membiarkan kezaliman bermaharajalela tanpa belas ihsan sesama manusia. Di mana sifat insani?

Kisah burung kecil yang cuba memadamkan api dengan mengisi air di dalam paruhnya yang kecil semata2x untuk menyelamatkan Nabi Ibrahim a.s dari terbakar itu wajar menjadi pengajaran dan inspirasi. Walaupun tubuhnya kecil namun semangat dan jiwanya besar. Allah s.w.t melihat usaha kita, dan tidak melihat kepada natijahnya.

Bak kata burung itu, menjawab dengan penuh keyakinan ‘‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi AKU LEBIH TAKUT KEPADA ALLAH, KERANA ALLAH AKAN MENYOAL AKU NANTI , apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak”.

#usaha

:) 

Tuesday, 8 October 2013

Variety in Solah

0 comments

" Jangan lupa untuk mengulangi surah2x lazim atau surah2x yang pernah kita hafal sebelum ni, atau suatu ketika dahulu. Mengulanginya dalam solat merupakan salah satu jalan yang terbaik. Memberikan nilai kelainan dalam sembahyang, menambahkan kemanisan dalam sembahyang. 

Orang biasa2x :
Em, semalam dah baca surah al ghasyiyah. Hari ni baca an-naba' pula la.'
Em, selalunya tiga qul je berulang2x, upgrade sikit. surah al-kafirun, surah al-fil , surah al-ma'un ke. Sekali sekali, bertukar2x surah. 

Orang sederhana :
semalam surah luqman, hari ni yaasin la.
semalam al-insan, hari ni ar-rum pula la.

Orang bangsawan (al-hafiz/hafizah) 
Ha! Lagi2x la kan. Lebih banyak juzu' yang dihafal,
maka banyak pula yang kena diulang2x

Katanya, nak mencari HALAWATUL IMAN kan? 
Inilah di antara salah satu caranya.
Mari mencarinya dan merealisasikannya. InsyaAllah!

:) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...