Pages

Friday, 22 November 2013

Love : I'm Yours!

2 comments
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t 



Merenung ke luar jendela,
melihat kebesarannya,
Mensyukuri segala nikmat
yang dikurnia di dunia.

Semoga pembaca dan blogger semua sentiasa sihat dan dibawah naungan rahmat dariNya.
Sudah lama tidak mencoretkan kisah peribadi di dalam blog ini.
Alhamdulillah, syukur sebab dapat berenang di kolam renang tercinta!
iaitu PUSAT AKUATIK DARUL EHSAN, Shah Alam.

Selalu meluangkan masa bersama adik-adik di sana.
Moment paling heaven bila dapat berenang dengan adik-adik2x.
Adik paling kecil dah pandai berenang. Memang salute!
Siapa yang ajar?  Mestilah kakaknya ni.
Hehe, bagi garang sikit dengan adik supaya dia berani nak berenang.

Nak berkongsi,
cantik punya mood dah berenang happy2x, 
seperti kolam ni kita yang punya.
Sebenarnya ramai lagi makhluk Allah yang lain.
Sebab, kolam renang ni TERBUKA. (Untuk orang Awam)

Adik no 2, aka Angah.
Panggil aku dan menuding jari ke arah sekumpulan remaja yang tidak jauh dari kami,
Loving couple ada 3 pasang, dan ada dalam 3 orang lagi budak lelaki lain 
yang termasuk dalam kumpulan tu.
Nak jadikan cerita.

3 Pasang buaya ni (tak nak panggil merpati sejoli sebab 
macam baik je perbuatan tu sedangkan tak)
Boleh beradegan2x, ala-ala style orang putih tu. 
Ada 1 couple yang si Female nya bersinglet sahaja.
Paling membara dan meluatnya, 
Boleh pula berpeluk2xkan hidung laga hidung si Male + Female nya tu.
Siap cium2x pipi bagai, pastu boleh cium2x bahu pula tu. 
Tiup2x bahu kononnya berhabuk, pastu cium lama2x.
Couple lain pula, siap urut-urutkan kaki.
Adegan ala-ala di tepi pantai Hawai pula.

Siap angkat2x, dukung2x.
Oh! Banyaknya adegan 'mereka' yang aku perhatikan.
Siap mak2x dan ayah2x yang ada di sekeliling tu,
melihat juga aksi 'mereka' yang sungguh elok tu.
Tetiba terfikir, mak ayah diorang tahu tak?
Ataupun mak ayah diorang tahu?
Secara logiknya (logik sendiri)
Mak ayah mana yang sanggup biarkan anak2x dara diperlakukan macam tu,
dan membiarkan anak2x teruna menyentuh suka hati anak dara orang.
Tanpa sebarang 'lesen sebenar' yang menghalalkan perlakuan seperti di atas.

What the H***?
astaghfirullahalazhim3x.
Sabar, sabar, sabar,
Memang nak sabar.
tapi memang geram sungguh la.

Budak2x macam ni,
depan orang ramai pun berani,
Klu belakang orang ramai,
lebih dari tu lagi menyinga la kan.
Sebab tu 'hilang dara', bukan jadi masalah besar dah.
Sudah menjadi trend, kalau ada dara tu macam tak trendy la.
Kira kampung dan kuno sangat la. 
Bahasa lain macam tak laku la.
Perkara ni menjadi hal-hal biasa je, 
tak ada apa yang perlu dirisaukan.

Hello! Hello!... 
Inilah menunjukkan akhlak masyarakat sudah menjadi teruk, parah dan menjadi barah.
Filem2x di tv berlambak2x menyajikan cerita Fall in love, True Love, The Sweet Couple of the world.
keywordnya 'LOVE', menjadikan penonton yang menonton terasa ingin mempraktikkannya dengan pasangan yang dicintainya la sangat. Walaupun belum bernikah. 
Pengaruh2x yang tiada sekatan dan seperti tiada batasan ni. Sebenarnya, 
telah menjadi salah satu punca masalah moral, sivik dan akhlak semakin teruk dan menjadi2x.
secara langsung dan tidak langsungnya. Saham terbesar diberikan oleh pengaruh tv/cerita/media
terhadap pembentukan masyarakat sesebuah negara.

Ilmu agama, lagilah masyarakat pandang sebelah mata.
Apa la tutup- tutup ni, kena jaga sana kena jaga sini. 
Kena jaga itu kena jaga ini, tidak boleh buat itu 
tidak boleh buat ini.
Wowowo.. Semua yang dilarang dan ditegah untuk kebaikan umat/diri sendiri juga.

Bila dah hilang dara, mulalah nak pembelaan la, mana keadilan la.
What the F***?
What's going on?
Sendiri masuk ke lubang najis, pastu nak minta orang 
cucikan najis yang melekat pada diri tu.
Sendiri cuci la najis yang ada. Sendiri cari susah, sendiri nak gelabah.

Sekiranya kes teraniaya, itu lain kes.
Orang lain yang menyumbat kita masuk dalam lubang najis.
Bila diselidik2x semula,
Masalah2x remaja yang macam ni berlaku,
bila mak ayah sendiri bermasalah.
Rumah tangga haru biru,
mak ayah cerai berai, bergaduh.

Anak2x menjadi hidup tidak tentu arah,
Kurang kasih sayang.
Kurang perhatian, disebabkan oleh mak ayah sendiri bermasalah.
Remaja yang mempunyai background yang bagus mak ayahnya juga
terjebak dalam masalah2x macam ni, disebabkan oleh kurang perhatian 
dan kasih sayang dari mak ayah. 

Bila di selidik2x,
punca masalah utama adalah didikan AGAMA yang begitu kering kontang.
Disebabkan itu, anak2x ini menjadi tidak tentu arah.
AGAMA itulah menjadi penyelamat diri dan benteng diri daripada perkara2x mungkar, maksiat
dan membinasakan macam ni.

Masyarakat kini telah kehausan dan kontang dengan ilmu agama 
secara ilmu dan praktik yang sebenar-benarnya.
Mereka perluka bimbingan sebenarnya.
Tetapi jika sendiri yang tidak berusaha mencarinya,
Sendiri juga yang menempah binasa. 
Tiada siapa yang dapat mengubah diri sendiri
Melainkan diri sendiri yang bertindak.

Bak kata pepatah,
Kita boleh menarik kuda ke gigi air,
tetapi tidak boleh memaksanya untuk minum.

Maksudnya : 
Orang boleh tunjukkan jalan,
tetapi sendiri yang menentukan untuk melalui jalan yang sudah
ditunjukkan atau tidak. 

Iman tidak dapat diwarisi,
tetapi ia boleh dididik, dibimbing dan dibentuk dengan sebaik-baiknya.
Sesiapa sahaja boleh berusaha untuk mendapatkannya.
dengan izin Allah juga. Mereka boleh memiliki iman yang mantap dan kuat!
Untuk mendapatkan iman seperti ini ia memerlukan proses 
(latihan membentuknya) secara terus menerus yakni istiqamah. 

FORMULA mudah,
Hubungan dengan Allah renggang (kurang),
hati menjadi tidak tenang. 

Hubungan dengan Allah hilang,
Kehidupan menjadi tonggang-langgang.

Jika Hubungan dengan Allah ada,
InsyaAllah hidup menjadi terpandu.

Jika Hubungan dengan Allah mantap,
InsyaAllah Hidup menjadi berkat dan jiwa menjadi hebat!
Iman juga akan menjadi kuat!

Di sini saya sertakan Firman Allah s.w.t :
" dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. " - [Surah al-Baqarah : 195]

Saya juga menyeru kepada hadirin yang membacanya, 
serta memperingatkan kepada diri sendiri.
Jika ada yang hampir ke lembah kebinasaan ini kembalilah kepada Allah s.w.t
dan bertaubatlah kepadanya. Masa masih ada selagi kita tidak menutupkan mata buat selama-lamanya dan hari kiamat sudah tiba. Jika ada ahli keluarga/adik beradik sendiri
yang terjebak. Tariklah mereka, dan bimbinglah mereka ke jalan yang benar kembali.
Siapa lagi yang boleh menolong ahli keluarga dan kaum kerabat sendiri, jika bukan kita?

FirmanNya lagi :
" (Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata. " - [Surah al-Dzaariyat : 50]

" Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat."
- [Surah Ali Imran : 132]

Allah s.w.t juga menghendaki hamba2xnya menghadapnya dengan hati yang puas (bebas dari kemurkaannya dan penuh dengan ketaatan kepadaNya shj). Berdasarkan Firman Allah s.w.t :
 “Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya.” 
[Surah al-Fajr : 20]

Di dalam surah al- syu'ara ayat 213-214, Allah s.w.t berpesan kepada Nabi Muhammad s.a.w agar memberi peringatan dan amaran kepada kaum kerabatnya supaya tidak menyembah berhala.  Jelaslah di sini, bahawa kaum kerabat yang terdekat (ahli keluarga/adik beradik/mak ayah) merupakan orang terdekat yang perlu kita 'caring', ambil berat dan tolong menolong. Jika keadaan mereka sudah selesai. Maka bantulah orang yang jauh pula. Kita perlu bertanggungjawab untuk mengajak kaum kerabat dan saudara-saudara kita mentaati Allah serta bertanggungjawab menjauhkan keluarga dari murka Allah, dan membawa mereka kepada ridha-Nya.

Berdasarkan FirmanNya : 
" Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, akibatnya engkau akan menjadi dari golongan yang dikenakan azab seksa. Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat. " 
- [Surah al-Syu'ara : 213-214]

Firman Allah :
“Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.” - [Surah al- Tahrim : 6]


Kita juga mempunyai tanggungjawab ke atas sesama muslim di daerah.

Allah s.w.t berfirman : 
“Dan agar kamu memberi peringatan kepada (penduduk) “ibu negeri” (Mekkah) dan (orang-orang)yang di luar lingkungannya.” [Surah Al-An’am : 92]

Setiap mukmin pun dituntut utuk memberi peringatan dan menyampaikan agama kepada penduduk di sekitarnya dan di luar lingkungannya. Serta seorang mukmin itu bertanggungjawab ke atas seluruh manusia. 

Firman Allah s.w.t :
Kalian sebaik-baik umat yang dikeluarkan utnuk manusia, menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah” [Surah Ali Imran : 110]

Terakhir adalah tanggung jawab sebagai Khoiru Umat, yaitu sebaik-baik umat yang dipilih oleh Allah untuk menemui manusia untuk mengajak mereka kepada kebaikan dan menyelamatkan mereka dari murka Allah s.w.t.  Huraian lebih lanjut mengenai tanggungjawab setiap Muslim, klik di sini : 
5 tanggungjawab setiap Muslim

Mohon maaf di atas segala kekurangan, kekhilafan yang ada dalam penulisan ini, serta penggunaan bahasa yang kasar yang telah disensored kan. Di harap, perkongsian cerita dan ilmu yang ada mudah-mudahan dapat memberi manfaat dan pencerahan mengenai tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim dan kesedaran mengenai Kebejatan dan keruntuhan Akhlak yang semakin parah. Walaupun hanya sedikit, moga ia dapat disebar2xkan dan diperluaskan lagi. 
Wallahua'lam. 

Akhlak mulia Akhlak Nabi kita,
Akhlak Mulia Allah suka. 

:) 

Saturday, 2 November 2013

Personaliti warna melalui tarikh lahir

0 comments
PERSONALITI WARNA MELALUI TARIKH LAHIR

Assalammualaikum n hello u all
Okay, kali ini entri sy ttg personaliti seseorang itu berdasarkan warna yang mewakili tarikh lahir. Malah sikap diri sendiri pun boleh kamu kenali dengan mudahkan? Jadi, sekiranya tarikh lahir kamu jatuh pada 27hb Julai, bermakna kamu mewakili warna merah jambu. Setelah kenal pasti warna kamu, bolehlah kamu melihat keperibadian diri kamu menerusi warna tersebut.

2 Disember hingga 11 Januari – Oren
12 Januari hingga 24 Januari – Kuning
25 Januari hingga 3 Februari – Merah Jambu
4 Februari hingga 8 Februari – Biru
9 Februari hingga 18 Februari – Hijau
19 Februari hingga 28 Februari – Perang
1 Mac hingga 10 Mac – Aqua (Biru Kehijauan)
11 Mac hingga 20 Mac – Lime
21 Mac – Hitam
22 Mac hingga 31 Mac – Ungu
1 April hingga 10 April – Biru Laut
11 April hingga 20 April – Perak
21 April hingga 30 April – Putih
1 Mei hingga 14 Mei – Biru
15 Mei hingga 24 Mei – Emas
25 Mei hingga 3 Jun – Krim
4 Jun hingga 13 Jun – Kelabu
14 Jun hingga 23 Jun – Maroon
24 Jun – Kelabu
25 Jun hingga 4 Julai – Merah
5 Julai hingga 14 Julai – Oren
15 Julai hingga 25 Julai – Kuning
26 Julai hingga 4 Ogos – Merah Jambu
5 Ogos hingga 13 Ogos – Biru Laut
14 Ogos hingga 23 Ogos – Hijau
24 Ogos hingga 2 September – Aqua (Biru Kehijauan)
3 September hingga 22 September – Lime
23 September – Olive
24 September hingga 3 Oktober – Ungu
4 Oktober hingga 13 Oktober – Biru
14 Oktober hingga 23 Oktober – Perak
24 Oktober hingga 11 November – Putih
12 November hingga 21 November – Emas
22 November hingga 1 Disember – Krim
2 Disember hingga 11 Disember – Kelabu
12 Disember hingga 21 Disember – Maroon
22 Disember – Teal Merah (Kayu)


MERAH
Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda ‘angin satu bandan’! Taman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan meraka.

KRIM
Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan ‘kehilangan’ sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang ceria selalu! Sebagai seorang kawan kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari segi percintaan, kamu amat berhati-hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar-benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!

TEAL MERAH (WARNA KAYU)
Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki taupun perempuan, tentu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punyai ramai teman.

MERAH JAMBU
Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang-orang di sekelilignya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berprasangka buruk terhadap orang lain. Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.

HIJAU
Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru dikenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu, namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata-kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar-benar sesuai untuk dirinya!

EMAS
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan setia serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang yang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.

KUNING
Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada disekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta. Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke dapan. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminat hal-hal yang romentik bersama si dia. Alahai!

MAROON
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuati itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!

OREN
Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap-tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang disekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangai ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!

UNGU
Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Kamu juga mempunyai daya penarik yang sukar dicari pada orang lain. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembiri, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka. Namun kamu pandai menawan hati orang lain, tak rugi jika dapat mengenali diri kamu lebih dekat lagi.

LIME (WARNA BUAH LIMAU)
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewek juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personality tersendiri yang membuat orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?

PERAK
Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat balam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga! Namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan, bukan apa kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauh mana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap ‘hard to get’ untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.

HITAM
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni akan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!

OLIVE (WARNA BUAH ZAITON)
Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan. Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi ‘favourite’ di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!

PERANG
Kamu seorang yang sukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia. Mungki ‘rezeki’ kamu untuk memilikinya nanti?

KELABU
Kebanyakkan meraka yang diwakili oleh warna kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh seiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.

BIRU
Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cenderung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mempu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar menyintai si dia setulus hati. Silap sendirilahkan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

BIRU LAUT
Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya. Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati-hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, kamu ego sangat nak memaafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!

PUTIH
Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mengapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!

(AQUA) BIRU KEHIJAUAN
Mak oi! Angin satu badan kamu ni rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kedangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuat kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain. Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta..! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri.

Sumber:
Lasupadora0790.blogspot.com
Ini Blog Suke-Suke Jer

Rahsia tarikh lahir berdasarkan No 1-9

0 comments


RAHSIA TARIKH LAHIR : 
Berdasarkan bilangan tarikh lahir dari No 1-9

Contoh pengiraan :
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Keterangan nombor lahir anda ialah?

1. Ketulenan
Mempunyai idea yang banyak.
Mendapatkan sesuatu dengan cara yang tersendiri.
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
Mereka suka mengambil inisiatif.
Suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya golongan ini dikenali sebagai pemimpin atau bos.
Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu diperbaiki golongan ini:
Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir :
Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach.

2. Pendamai 
Dilahirkan sebagai diplomat.
Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
Mereka tidak suka bersendirian.
Persahabatan adalah penting bagi mereka.
Persabatan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir : 
President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.


3. Ceria 
Golongan ini sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
Mereka sangat popular dan idealistik.
Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 
: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster


4. Konservatif 
Golongan ini sangat peka dan tradisional.
Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
Mereka suka bekerja keras dan sungguh-sungguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil..
Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir : 
Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan


5. Perintis 
Mereka adalah perintis.
Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat
Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir :
Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil. 

6. Romantik 
Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
Hubungan kekeluargaan yang kuat adalah penting pada mereka.
Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik..
Mereka suka seni musik.
Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir : 
Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual 
Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian..
Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
Mereka sangat suka berahsia..
Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir : 
William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana


8. Penyelesaian 
Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
Mereka sangat suka mengendalikan manusia.
Mereka melihat manusia secara objektif.
Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir : 
Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.


9. Pelakon 
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
Mereka sangat penyayang dan pemurah.
Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

sumber : secret of birthday number

Hendak mengetahui personaliti warna melalui tarikh lahir? 
Link : secret of colour by birthday
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...