Pages

Saturday, 9 April 2011

Di manakah ia sebenar2nya ??



Assalamualaikum pembuka bicara,
dengan lafaz Bismillah bermula aksi si tinta.

Pada hari ini ku rasakan seperti diri ini tidak punya apa2,
ku rasakan kehidupan yang ku lalui ini seperti tidak memberi makna.

Hati ku kini berasa kekosongan, seperti berada dalam kegelapan dan kekalutan.
Jiwa ku kini tidak seceria dan bahagia seperti dulu.

Aku tidak tahu mengapa hati ini seperti tidak keruan dan tidak ada hala tuju.
Sedangkan aku rasakan kehidupan ku masih jauh yang perlu aku tempuhi.

Tapi ku rasakan bagai tak berdaya dan berupaya untuk meneruskan perjalanan hidup ini.
Cita-cita aku besar, memang besar di Muka bumi ini.

Tapi aku seperti tidak tahu apa yang perlu aku lakukan, aku seperti hilang punca tak tahu ke mana arah yang perlu dituju.

Aku mencari sinar yang hakiki dan abadi. Tetapi kini, terlalu banyak perkara yang menghalang untuk aku mencari sinar yang hakiki dan abadi ini..



Aku seperti kebuntuan untuk mencari sinar ini,
Kerana ku rasakan apa yang sudah sedia ada, belum mencukupi 
untuk aku merasai nikmat yang sebenar2nya akan sinar itu.

Aku merasakan banyak muslihat dan penipuan di sebalik apa yang aku dapati sekarang.
Sinar yang sebenar adalah sinar yang telus, tulus dan tidak penuh muslihat dan putar belit.

Malah, ia sebenarnya yang tulus, suci dan menuju sinar yang abadi itu..
Tapi apakan daya, kini banyak berlaku persaingan dan pertembungan di antara siapa yang benar dan siapa yang salah.

Masing2 tidak mahu mengalah dan mengatakan mereka yang betul,
Sampaikan diri dan masyarakat lain juga berada dalam kebingungan yang nyata.

Yang benar dan sebenar2nya adalah agama dan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w ahli keluarganya, dan sahabat yang benar2 meneruskan perjuangan dan menyampaikan apa yang diajarkan oleh baginda sendiri itulah yang sebenar2nya. Sekiranya tidak lengkap unsur2 ini dan wujud penyelewengan dalam ajaran baginda maka Islam yang kita dapat itu, tidak asli dan tulen sepenuhnya.

Rasulullah adalah rahmat sekalian alam, masakan kita sebagai umatnya tidak dapat mengecapi kerahmatannya? Sekarang ini banyak berlaku malapetaka dan bencana dek kerana kita tidak mengamalkan Islam dan Sunnah yang tulen darinya, kita amalkan Islam dan Sunnah yang telah diselewengkan. Bagaimana kita hendak kecapi kerahmatan dari baginda Nabi Muhammad s.a.w?

Tidak lupa juga kemusnahan yang berlaku memang berpunca dari tangan manusia sendiri..

30:41

Maksudnya:
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (surah Rum :41).

Cuba kita fikirkan kembali, mengapa berlaku banyak percanggahan pendapat antara mazhab sendiri ? Ini  kerana mereka tidak mengikut saluran yang betul, sekiranya mereka berguru dari sumber yang betul, maka tidak akan berlaku perbezaan dalam pandangan mereka dalam sesuatu masalah. Sekiranya ada perbezaan pun hanya sedikit, tapi ini berbeza langsung..

Islam itu syumul, lengkap dan menyeluruh serta valid sepanjang zaman tetapi mengapa hanya tertentu mengikut adat, dan tempat? Bukankah ia boleh digunakan di mana2, Islam itu tidak disekat oleh masa, tempat dan keadaan.

'' Yang ni hanya boleh digunakan di Mekah je, nanti balik Malaysia tak boleh guna, ingat tu"..
" Yang ni hanya boleh digunakan di Mekah je, klu nk buat kt Malaysia boleh, tapi jangan selalu..."

Mengapa berlaku perkara sedemikian, tidak kah itu amat menghairankan,
sememangnya itu yang saya katakan, Islam yang kita terima ini, sudah banyak perubahannya dari Isi yang sebenar.

Mengapa berlaku sedemikian? adakah ia berpunca dari awal pemerintahan Islam selepas kewafatan Rasulullah?


Cuba kita fikir negara Islam mana yang masih aman, dan tidak dipengaruhi oleh penjajah skg ni ? Negara Islam yang masih kukuh dan hebat adalah Iran.

Mereka hebat, kukuh dan kuat kerana mereka mengamalkan  Islam yang sebenar yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan ahli keluarganya. Jd walau apa macam ancaman dan halangan musuh dapat ditepis dan dilawan.



Sekiranya sahabat Rasulullah sendiri tidak mengikut apa yang Rasulullah s.a.w sarankan, adakah kita perlu mengikutnya lagi? Sekiranya sahabat sendiri tidak menjatuhkan hukuman kepada penzina?  adakah kita perlu mengikut pimpinannya?

Sekiranya seseorang itu tidak mengikut arahan pemimpin, bukankah itu sudah dikirakan mengingkari. Jika tidak mengikut perintah dan arahan Rasulullah s.a.w sendiri bagaimana, Bukankah  itu lebih besar maknanya dan kesannya? 

"Segala luahan hati ini, semata2 untuk memberi diri ini berfikir, sefikir-fikirnya..
dan mengamati sedalam-dalamnya...dan mencari yang mana sebenar-benarnya
di manakah kebenaran sebenar di sebalik kekalutan dan kebuntuan ini.."

Kita mempunyai pilihan dan berhak memilih, yang kita cari adalah keredhaanNya.
Sekiranya sumber yang kita ikut itu, tidak menuju kepada RedhaNya,
Maka kita perlu mencari, dan cari sepuas-puasnya apa yang mendapat RedhaNya..

Perkara yang  pertama sekali yang akan dipersoalkan adalah AKIDAH,
sekiranya akidah kita dan iman kita itu berpaksi pada tempat yang betul,
maka amalan kita yang lain baru akan dinilai, sekiranya pasak dan tapak dalam diri kita itu sudah salah, maka amalan yang lain tidak akan dipandangan dan dinilai olehNya..

Seperti orang kafir, mereka sentiasa melakukan kebaikan, dan banyak membuat AMAL, tetapi perbuatan mereka itu tidak dikira dan tidak dinilai sama sekali, kerana Akidah dan iman mereka itu berpaksi pada sudut yang salah..

Yang membezakan orang Muslim dan kafir adalah keimanan mereka,
Yang membezakan orang Muslim dan Muslim juga keimanan mereka.

kerana orang yang Islam itu, belum tentu benar2 beriman..

Islam itu adalah sejahtera, aman dan segala perkara yang berkaitan akan kebaikan dan kesejahteraan. Segala yang baik dan membawa kebaikan dan manfaat adalah 'Islam' (sejahtera).. 

tetapi tingkatan iman yang membezakan antara kita kerana Iman itu berkaitan tentang Ketauhidan Allah dan keyakinan dalam hati dan bagaimana keyakinan itu meyakini kepada perkara yang betul atau salah.

Sekiranya salah keyakinan kita terhadap sesuatu, akan menyebabkan akidah kita itu terpesong atau terkeluar langsung dr landasan. Nauzubillahimin zalik...

Bukan untuk menyalahkan sesiapa, tetapi hendak membawa diri agar kembali berfikir sejenak, di mana kebenaran dan punca kekalutan ini,

Sekiranya sahabat2 Rasulullah sendiri, tidak mengikut arahan dan perintah Rasulullah, adakah kita perlu mengikutinya lagi, dan mengangung2 kannya?

Rasulullah s.a.w sendiri pernah ditegur kesalahannya, apatah lagi kita hanya manusia biasa,
Tidakkah mengagung2 kan sahabat dari Rasulullah sendiri itu dikatakan sudah melampau. Sahabat itu seperti tidak pernah melakukan kesalahan langsung.

Ingatlah, nabi2 terdahulu pun, ramai anak2 dan isteri mereka tidak beriman dan tidak mahu mengikuti dakwah Islam ini, tidak mustahil dikalangan sahabat sendiri ada yang tidak beriman.. 

Kerana keimanan itu, berkaitan dengan diri kita sendiri, sama ada kita ini mengimani benda yang betul atau salah. Jika kita mengikuti orang atau punyai idolai di mana imannya itu bermasalah, kita tidak boleh menyalahkan mereka, kerana kita masih mempunyai pilihan sama ada hendak mengikutinya atau tidak.. 

Kita mempunyai hak dan pilihan untuk memilih yang mana benar dan salah,
Kita di beri akal untuk berfikir. Setiap perkara yang kita dapat, kita perlu ambil untuk dikaji dan di amati..



Kita tidak boleh menerimanya sahaja sesuatu perkara, tanpa berfikir, mengkaji dan membuat penilaian, malah kita juga tidak boleh menolak terus sesuatu itu, tanpa berfikir dan mengkajinya..

Kita telah di ajar, untuk melihat sesuatu perkara, maklumat dan ilmu itu perlu dikaji, dinilai dan diteliti terlebih dahulu. Barulah kita dapat berfikir dan membuat penilaian terhadap sesuatu perkara..

Hanya sekadar pandangan, lontaran dan luahan hati yang sedang mencari2 sinar itu.
Wallahua'lam.

5 comments:

Anonymous said...

saiedah, mmg byk yg perlu kita fikir tentang benar dan batilnye dalam menilai ssuatu perkara..
lebih2 lg zaman kita yg sekarang ni.,byk sgt penyelewengan..
kita seolah2 semakin mnjadi org yg tdk mumayyiz..
hmm..

dalam suatu keadaan yg lain, kdg2 kita merasakan kebatilan itu benar krana ia telah sebati dlm diri kita..
ini semua krna jahil n lemahnya ilmu dan iman kita sendiri..

sama2lah kita muhasabah diri, dan mncari kekuatan utk mnegakkan apa yg benar dan mematahkan apa yg batil..

mudah2an Allah sents mndampingi dan membimbing shbt ku ini dlm setiap kkeliruannya..amiinn..

helang timur said...

salam ziarah saiedah :)
selamat memajukan blog kufah. hehehe.
selamat berimtihan.
dan keep up writing okeh! ^^,

SaEidah SyamIelah said...

Anonymous:

TErima kasih ,,, semoga kekeliruan ini menemui jalannya..

Semoga kebenaran yang sebenar2nya akan tersingkap,,

Maka kita akan dapat tahu yang mana batil dan yang benar...amin..

Yang Haqq itu pasti muncul,, dn yang batil itu pasti terhapus..

wallahua'lam..

SaEidah SyamIelah said...

kak Jiha:

selamat berimtihan juga,,^^..
terima kasih kak..

Anonymous said...

salam ziarah...
nice entry...
ap mksd saiedah tntg percanggahan mazhab sbb x mengikut saluran yg btl??kurang jls la dgn ayt2??boleh syarahkn lagi??syukran...
jihadfisabilillah~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...