Ingin mengetahui sejarah terawih??. Sejarah Terawih
Pada zaman Rasulullah S.A.W., sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Rasulullah S.A.W juga tidak memberatkan solat ini ditunaikan di masjid kerana tidak mahukan sahabat berfikiran solat ini solat yang wajib. Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
Sembahyang ini juga dibuatkan sebanyak 20 rakaat dan ditambah 3 rakaat sembahyang witir. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih sebanyak 20 rakaat dengan ditambah dengan 3 rakaat sembahyang witir. Penerangan lanjut Solat Sunat Tarawikh
Perkongsian tentang Bilangan solat Tarawikh:
" utamakanlah kualiti dari kuantiti tarawikh, sekiranya banyak namun keadaannya seperti train express beroperasi, kekhusyukkan dan penghayatan itu tidak wujud, maka tarawikh seperti tidak ada erti, walau kita melaksanakannya kerana kita hanya menganggapnya sebagai ia sbg satu kebiasaan yang wujud di bulan ramadhan.., namun jika kuantiti itu selari dengan kualiti tarawikh, maka itu lebih baik.. walau sedikit kuantitinya namun penghayatan itu ada, dan memberi kesan pada si pelaku itulah yang terbaik.."
- Kualiti itu yang perlu diutamakan..
lakukan dengan tenang, jangan tergopoh-gapah.. Kita mampu mengubahnya.. :)
Kepada sesiapa yang menjadi bakal/pernah/berniat menjadi imam solat tarawikh.. anda lah yang memandu 'jemaah' dalam solat tarawikh ini, sama ada lagat spt train express atau dalam keadaan yang tenang . Jika anda solat bersendirian, andalah yang memandunya..
Kepada sesiapa yang menjadi bakal/pernah/berniat menjadi imam solat tarawikh.. anda lah yang memandu 'jemaah' dalam solat tarawikh ini, sama ada lagat spt train express atau dalam keadaan yang tenang . Jika anda solat bersendirian, andalah yang memandunya..
Sketsa ramadhan
Lokasi : Surau Kg XXX
A : (mak cik kg XXX)
B : (anak dara yang baru menetap di kg XXX)
Setelah habis azan Isyak dilaungkan, maka B pun mulakan langkahnya untuk menunaikan solat sunat rawatib dengan menggunakan pakaian yang sedia ada. Si A juga turut bangun dan berdiri di sebelah si B sambil berbisik..
B : nak, kalau nak sembahyang, telekung ada di belakang sana. (sambil menuding jari ke arah rak pakaian itu dan matanya liar memandang diri si A dari kepala hingga ke kaki berulang2 kali)
Si A terkedu.. sambil berkata
B: eh, tak pe mak cik, saya memang biasa solat pakai macam ni je ( B memakai tudung labuh, beserta t-shirt muslimah dan seluar slack hitam panjang, tidak lupa juga stokin tebal)..
Kini si A pula yang tergamam sambil memandang dari atas hingga ke bawah berulang2 kali semula.. seakan2 tidak biasa dengan fenomena ini..
* Pendedahan demi pendedahan perlu diketengahkan kepada masyarakat2 kampung, pedalaman, atau yang tidak biasa dengan fenomena seperti ini, dan kita perlu menyampaikan apa syarat sah dalam solat, bukan hanya memakai telekung sahaja yang menjadi syarat sah solat, bahkan apa sahaja pakaian yang menutup aurat itu dapat dibawa dalam sembahyang..
walaupun pandangan sebahagian dari kita melihat masalah fenomena ini biasa sahaja, namun masalah seperti ini perlu diambil berat juga..
walaupun pandangan sebahagian dari kita melihat masalah fenomena ini biasa sahaja, namun masalah seperti ini perlu diambil berat juga..