" Perkongsian mengenai akhlak "
Menurut Imam al-Ghazali di dalam kitabnya ihya ulumuddin :
akhlak/budi pekerti ialah tingkah laku dan gerak-geri lahiriah manusia yang timbul
dengan mudah tanpa disengaja dan difikirkan, sebagai penyataan dan keadaan jiwa seseorang.
Jadi, akhlak ini adalah tabiat, kebiasaan dan perangai yang menerbitkan amal usaha dengan mudah, tingkah laku, tutur kata, sikap dan kelakuan. Jika perangai itu mulia, maka akan terbit tingkah laku dan amal kebajikan yang baik dan sopan, tutur kata yang bagus dan sikap kelakuan yang menyenangkan, jika perangai itu buruk maka akan terbit tingkah laku yang sebaliknya.
*Bagaimanakah cara untuk memiliki akhlak yang mulia?
Akhlak yang baik perlu dipupuk dan dipelihara sehingga sebati dengan diri kita agar dapat dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari. Ianya dapat disempurnakan melalui latihan, kebiasaan dan pergaulan.
1. perlu dipupuk dan dipelihara (untuk sebati dengan diri)
2. Perlu latihan berkali2 dan berterusan (untuk membiasakan akhlak itu)
Jika tidak dipupuk, maka akhlak tidak dapat sebati dengan diri,
Jika tidak ada latihan (latih tubi), ia tidak akan terbiasa dengan diri..
(sememangnya manusia itu tidak lari dari kesilapan, perubahan ke arah yang baik itu yang terbaik, tidak membuat apa-apa perubahan itu yang perlu dihindarkan)
sumber : Akhlak Pembentukan Keperibadian Muslim
Akhlak kepada Allah
Kita mesti mengaku Allah itu sebagai Tuhan
dan kepadaNya sahajalah kita sembah
dan kita redha pula apa yang Allah takdirkan kepada kita
serta kita memiliki rasa hebat kepada Allah
iaitu rasa berTuhan dan rasa kehambaan
di mana sahaja kita berada
" Tidak ada satu perkara paling berat yang diletakkan
dalam neraca hamba pada hari kiamat kelak
lebih daripada akhlak yang mulia "
No comments:
Post a Comment