Pages

Friday 22 November 2013

Love : I'm Yours!

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t 



Merenung ke luar jendela,
melihat kebesarannya,
Mensyukuri segala nikmat
yang dikurnia di dunia.

Semoga pembaca dan blogger semua sentiasa sihat dan dibawah naungan rahmat dariNya.
Sudah lama tidak mencoretkan kisah peribadi di dalam blog ini.
Alhamdulillah, syukur sebab dapat berenang di kolam renang tercinta!
iaitu PUSAT AKUATIK DARUL EHSAN, Shah Alam.

Selalu meluangkan masa bersama adik-adik di sana.
Moment paling heaven bila dapat berenang dengan adik-adik2x.
Adik paling kecil dah pandai berenang. Memang salute!
Siapa yang ajar?  Mestilah kakaknya ni.
Hehe, bagi garang sikit dengan adik supaya dia berani nak berenang.

Nak berkongsi,
cantik punya mood dah berenang happy2x, 
seperti kolam ni kita yang punya.
Sebenarnya ramai lagi makhluk Allah yang lain.
Sebab, kolam renang ni TERBUKA. (Untuk orang Awam)

Adik no 2, aka Angah.
Panggil aku dan menuding jari ke arah sekumpulan remaja yang tidak jauh dari kami,
Loving couple ada 3 pasang, dan ada dalam 3 orang lagi budak lelaki lain 
yang termasuk dalam kumpulan tu.
Nak jadikan cerita.

3 Pasang buaya ni (tak nak panggil merpati sejoli sebab 
macam baik je perbuatan tu sedangkan tak)
Boleh beradegan2x, ala-ala style orang putih tu. 
Ada 1 couple yang si Female nya bersinglet sahaja.
Paling membara dan meluatnya, 
Boleh pula berpeluk2xkan hidung laga hidung si Male + Female nya tu.
Siap cium2x pipi bagai, pastu boleh cium2x bahu pula tu. 
Tiup2x bahu kononnya berhabuk, pastu cium lama2x.
Couple lain pula, siap urut-urutkan kaki.
Adegan ala-ala di tepi pantai Hawai pula.

Siap angkat2x, dukung2x.
Oh! Banyaknya adegan 'mereka' yang aku perhatikan.
Siap mak2x dan ayah2x yang ada di sekeliling tu,
melihat juga aksi 'mereka' yang sungguh elok tu.
Tetiba terfikir, mak ayah diorang tahu tak?
Ataupun mak ayah diorang tahu?
Secara logiknya (logik sendiri)
Mak ayah mana yang sanggup biarkan anak2x dara diperlakukan macam tu,
dan membiarkan anak2x teruna menyentuh suka hati anak dara orang.
Tanpa sebarang 'lesen sebenar' yang menghalalkan perlakuan seperti di atas.

What the H***?
astaghfirullahalazhim3x.
Sabar, sabar, sabar,
Memang nak sabar.
tapi memang geram sungguh la.

Budak2x macam ni,
depan orang ramai pun berani,
Klu belakang orang ramai,
lebih dari tu lagi menyinga la kan.
Sebab tu 'hilang dara', bukan jadi masalah besar dah.
Sudah menjadi trend, kalau ada dara tu macam tak trendy la.
Kira kampung dan kuno sangat la. 
Bahasa lain macam tak laku la.
Perkara ni menjadi hal-hal biasa je, 
tak ada apa yang perlu dirisaukan.

Hello! Hello!... 
Inilah menunjukkan akhlak masyarakat sudah menjadi teruk, parah dan menjadi barah.
Filem2x di tv berlambak2x menyajikan cerita Fall in love, True Love, The Sweet Couple of the world.
keywordnya 'LOVE', menjadikan penonton yang menonton terasa ingin mempraktikkannya dengan pasangan yang dicintainya la sangat. Walaupun belum bernikah. 
Pengaruh2x yang tiada sekatan dan seperti tiada batasan ni. Sebenarnya, 
telah menjadi salah satu punca masalah moral, sivik dan akhlak semakin teruk dan menjadi2x.
secara langsung dan tidak langsungnya. Saham terbesar diberikan oleh pengaruh tv/cerita/media
terhadap pembentukan masyarakat sesebuah negara.

Ilmu agama, lagilah masyarakat pandang sebelah mata.
Apa la tutup- tutup ni, kena jaga sana kena jaga sini. 
Kena jaga itu kena jaga ini, tidak boleh buat itu 
tidak boleh buat ini.
Wowowo.. Semua yang dilarang dan ditegah untuk kebaikan umat/diri sendiri juga.

Bila dah hilang dara, mulalah nak pembelaan la, mana keadilan la.
What the F***?
What's going on?
Sendiri masuk ke lubang najis, pastu nak minta orang 
cucikan najis yang melekat pada diri tu.
Sendiri cuci la najis yang ada. Sendiri cari susah, sendiri nak gelabah.

Sekiranya kes teraniaya, itu lain kes.
Orang lain yang menyumbat kita masuk dalam lubang najis.
Bila diselidik2x semula,
Masalah2x remaja yang macam ni berlaku,
bila mak ayah sendiri bermasalah.
Rumah tangga haru biru,
mak ayah cerai berai, bergaduh.

Anak2x menjadi hidup tidak tentu arah,
Kurang kasih sayang.
Kurang perhatian, disebabkan oleh mak ayah sendiri bermasalah.
Remaja yang mempunyai background yang bagus mak ayahnya juga
terjebak dalam masalah2x macam ni, disebabkan oleh kurang perhatian 
dan kasih sayang dari mak ayah. 

Bila di selidik2x,
punca masalah utama adalah didikan AGAMA yang begitu kering kontang.
Disebabkan itu, anak2x ini menjadi tidak tentu arah.
AGAMA itulah menjadi penyelamat diri dan benteng diri daripada perkara2x mungkar, maksiat
dan membinasakan macam ni.

Masyarakat kini telah kehausan dan kontang dengan ilmu agama 
secara ilmu dan praktik yang sebenar-benarnya.
Mereka perluka bimbingan sebenarnya.
Tetapi jika sendiri yang tidak berusaha mencarinya,
Sendiri juga yang menempah binasa. 
Tiada siapa yang dapat mengubah diri sendiri
Melainkan diri sendiri yang bertindak.

Bak kata pepatah,
Kita boleh menarik kuda ke gigi air,
tetapi tidak boleh memaksanya untuk minum.

Maksudnya : 
Orang boleh tunjukkan jalan,
tetapi sendiri yang menentukan untuk melalui jalan yang sudah
ditunjukkan atau tidak. 

Iman tidak dapat diwarisi,
tetapi ia boleh dididik, dibimbing dan dibentuk dengan sebaik-baiknya.
Sesiapa sahaja boleh berusaha untuk mendapatkannya.
dengan izin Allah juga. Mereka boleh memiliki iman yang mantap dan kuat!
Untuk mendapatkan iman seperti ini ia memerlukan proses 
(latihan membentuknya) secara terus menerus yakni istiqamah. 

FORMULA mudah,
Hubungan dengan Allah renggang (kurang),
hati menjadi tidak tenang. 

Hubungan dengan Allah hilang,
Kehidupan menjadi tonggang-langgang.

Jika Hubungan dengan Allah ada,
InsyaAllah hidup menjadi terpandu.

Jika Hubungan dengan Allah mantap,
InsyaAllah Hidup menjadi berkat dan jiwa menjadi hebat!
Iman juga akan menjadi kuat!

Di sini saya sertakan Firman Allah s.w.t :
" dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. " - [Surah al-Baqarah : 195]

Saya juga menyeru kepada hadirin yang membacanya, 
serta memperingatkan kepada diri sendiri.
Jika ada yang hampir ke lembah kebinasaan ini kembalilah kepada Allah s.w.t
dan bertaubatlah kepadanya. Masa masih ada selagi kita tidak menutupkan mata buat selama-lamanya dan hari kiamat sudah tiba. Jika ada ahli keluarga/adik beradik sendiri
yang terjebak. Tariklah mereka, dan bimbinglah mereka ke jalan yang benar kembali.
Siapa lagi yang boleh menolong ahli keluarga dan kaum kerabat sendiri, jika bukan kita?

FirmanNya lagi :
" (Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata. " - [Surah al-Dzaariyat : 50]

" Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat."
- [Surah Ali Imran : 132]

Allah s.w.t juga menghendaki hamba2xnya menghadapnya dengan hati yang puas (bebas dari kemurkaannya dan penuh dengan ketaatan kepadaNya shj). Berdasarkan Firman Allah s.w.t :
 “Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya.” 
[Surah al-Fajr : 20]

Di dalam surah al- syu'ara ayat 213-214, Allah s.w.t berpesan kepada Nabi Muhammad s.a.w agar memberi peringatan dan amaran kepada kaum kerabatnya supaya tidak menyembah berhala.  Jelaslah di sini, bahawa kaum kerabat yang terdekat (ahli keluarga/adik beradik/mak ayah) merupakan orang terdekat yang perlu kita 'caring', ambil berat dan tolong menolong. Jika keadaan mereka sudah selesai. Maka bantulah orang yang jauh pula. Kita perlu bertanggungjawab untuk mengajak kaum kerabat dan saudara-saudara kita mentaati Allah serta bertanggungjawab menjauhkan keluarga dari murka Allah, dan membawa mereka kepada ridha-Nya.

Berdasarkan FirmanNya : 
" Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, akibatnya engkau akan menjadi dari golongan yang dikenakan azab seksa. Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat. " 
- [Surah al-Syu'ara : 213-214]

Firman Allah :
“Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.” - [Surah al- Tahrim : 6]


Kita juga mempunyai tanggungjawab ke atas sesama muslim di daerah.

Allah s.w.t berfirman : 
“Dan agar kamu memberi peringatan kepada (penduduk) “ibu negeri” (Mekkah) dan (orang-orang)yang di luar lingkungannya.” [Surah Al-An’am : 92]

Setiap mukmin pun dituntut utuk memberi peringatan dan menyampaikan agama kepada penduduk di sekitarnya dan di luar lingkungannya. Serta seorang mukmin itu bertanggungjawab ke atas seluruh manusia. 

Firman Allah s.w.t :
Kalian sebaik-baik umat yang dikeluarkan utnuk manusia, menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah” [Surah Ali Imran : 110]

Terakhir adalah tanggung jawab sebagai Khoiru Umat, yaitu sebaik-baik umat yang dipilih oleh Allah untuk menemui manusia untuk mengajak mereka kepada kebaikan dan menyelamatkan mereka dari murka Allah s.w.t.  Huraian lebih lanjut mengenai tanggungjawab setiap Muslim, klik di sini : 
5 tanggungjawab setiap Muslim

Mohon maaf di atas segala kekurangan, kekhilafan yang ada dalam penulisan ini, serta penggunaan bahasa yang kasar yang telah disensored kan. Di harap, perkongsian cerita dan ilmu yang ada mudah-mudahan dapat memberi manfaat dan pencerahan mengenai tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim dan kesedaran mengenai Kebejatan dan keruntuhan Akhlak yang semakin parah. Walaupun hanya sedikit, moga ia dapat disebar2xkan dan diperluaskan lagi. 
Wallahua'lam. 

Akhlak mulia Akhlak Nabi kita,
Akhlak Mulia Allah suka. 

:) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...