kau yang melindungi aku dari segala fitnah dunia,,
Kau menutupi segala ruang-ruang yang telah di amanahkan Allah
untuk aku memeliharanya dengan sebaiknya.
Walaupun ramai yang memiliki engkau,
tetapi mereka sebenarnya tidak pernah mengerti diri kau sebenar-benarnya..
Malah mereka hanya mempergunakan engkau semata-mata,,
mereka tidak pernah merasa malu,,jika engkau tiada di sisi..
malah kebanggaan dan kemegahan yang mereka rasai,,
Mereka tahu akan kepentingan diri kau,,
Tetapi mereka tidak mempedulikan kau,,
malah memperlekehkan kau dan sesiapa sahaja yang berada di sisi kau,,
Mereka yang tidak pernah menghargai itu
sememangnya buta..
Aku rasa,,jika ancaman dan musibah melanda pada diri mereka
baru mereka menyedari akan kepentingan diri kau..
TETAPI tidak semua akan sedar dari lamunan itu dengan semudah itu,,
jika mereka tidak mendapat hidayah dari Allah,,maka mereka adalah golongan yang sangat rugi..
Allah berkehendak ke atas sesiapa yang dia mahukan..
Tanpa Kau di sisiku
ku rasa azab yang pedih akan dipalitkan kepadaku
kerana kejahilan dan keangkuhan ku untuk tidak mahu
bersama-sama dengan mu.,.
Wahai tudung dan pakaian yang menutup aurat
kau lah penyelamat aku dunia dan akhirat..
1 comment:
Saya dah baca puisi saudari(^_^), menarik. Semoga berjaya.. Tapi saudari tidak mengikut syarat sepenuhnya, saudari perlu letakkan satu lagi banner kontes pada bahagian sidebar. Walaubagaimanapun, saya akan approove dahulu kontes nie(^_^)...Sekali lagi, semoga berjaya ya(^_^)
Post a Comment