Bismillahirrahmanirrahim,, selamat malam kepada semua pembaca yang dirahmati sekalian,,
adakah sah solat kita,jika nampak aurat kita ketika solat??
bagaimana pula jika aurat kita terdedah atau ternampak selepas solat??
boleh ke pakai baju yang jarang dan nipis ketika solat walaupun kita sudah pakai telekung?
kalau telekung kita nipis macam mana pula??
Masa kini, solat hanya sekadar solat, segelintir jemaah yang mendirikan solat tidak menitikberatkan tentang pakaian dalam solat..
adakah pakaian seperti ini boleh dipakai untuk solat?
jika ternampak atau terbuka aurat ketika solat bagaimana??
tidak ramai yang hendak mengambil tahu tentang permasalahan ini..
Jadi ini sedikit info yang hendak dikongsikan bersama pembaca tentang pakaian dalam solat
khususnya wanita..
Solat itu adalah tiang agama. Oleh itu, haruslah bagi kita untuk sentiasa memperbaiki cara solat kita supaya diterima oleh Allah S.W.T.
Ingin saya kongsikan sedikit kepada shbt2 tentang cara berpakaian kita sebagai seorang perempuan ketika di dalam solat. mungkin ada sesetengah di antara kita masih tidak mengetahui lagi hukum apabila memakai baju yang jarang, nipis atau berlengan pendek ketika solat wlaupun ditutupi dengan telekung di bhgn luar sehingga menmpakkn wrna kulit.
Menurut Imam asy-Syirazi Rahimahullah dalam kitab al-Muhazzab, adalah disunatkan bagi perempuan yang merdeka dan khuntsa bersembahyang dengan memakai pakaian yang terdiri daripada baju yang labuh, panjang dan menutupi seluruh badan hingga kedua kaki, memakai penutup kepala dan leher dari kain yang tebal dan menggunakan telekung (satu kain tebal yang lain yang menyelimuti pakaian tadi).
Disunatkan juga telekung atau pakaian yang di sebelah luar sekali itu tebal, agar tidak membayangkan anggotanya. Juga telekung atau pakaian yang di sebelah luar tadi dijauhkan atau direnggangkan dari badan seseorang perempuan itu apabila dia ruku‘ atau sujud, supaya tidak membayangkan pakaiannya yang di sebelah dalam.
Khatib asy-Syarbini dalam kitab Mughni al-Muhtaj mensyaratkan pakaian (satir) yang digunakan untuk menutup aurat samada dalam sembahyang atau luar sembahyang ialah tebal yang boleh menutup anggota aurat. Bahkan ia hendaklah melindungi atau menutup warna kulit daripada dilihat dengan pandangan biasa. Dengan perkataan lain tidak menampakkan atau membayangkan bentuk badan.
Kebanyakkan ulama Syafi‘e mensyaratkan hendaklah pakaian itu menutup dan menyelubungi seluruh anggota aurat.
Berdasarkan syarat-syarat yang dijelaskan, maka berikut adalah beberapa contoh-contoh pakaian yang tidak memenuhi syarat-syarat di atas:
1. Baju atau pakaian yang berlubang-lubang
Aurat yang boleh dilihat melalui pakaian yang berlubang-lubang, contohnya pakaian yang ditenun dengan jarang, walaupun tebal, masih tidak memenuhi syarat satir , iaitu menyelubungi dan menutup keseluruhan aurat.
2. Pakaian yang jarang atau nipis
Adapun maksud dari pakaian yang nipis atau jarang itu ialah pakaian yang boleh menampakkan warna kulit apabila memakainya. Untuk jelasnya adalah tidak tercapai maksud as-satir dengan memakai pakaian berikut dalam sembahyang:
a) Sekiranya di dalam sembahyang dia memakai pakaian yang nipis atau jarang untuk menutup keseluruhan auratnya tanpa dilapis dengan pakaian lain seperti telekung dan seumpamanya, maka pakaian seperti ini tidak memenuhi syarat satir kerana tidak tercapai maksud dan pengertian tebal dan tidak pula menyembunyikan warna kulit. Ini disandarkan kepada hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: “Dari ‘Aisyah Radiallahu ‘anha sesungguhnya Asma’ binti Abi Bakar telah berkunjung kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan dia memakai pakaian yang nipis. Lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam berpaling daripadanya.
Baginda bersabda: “Wahai Asma’ sesungguhnya orang perempuan apabila meningkat umur haidh (umur baligh), tidak boleh dilihat padanya kecuali ini… dan ini… Lalu Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pun menunjukkan muka dan kedua-dua tapak tangan Baginda.(Hadis riwayat Abu Daud)
Hadis di atas dengan jelas melarang memakai pakaian yang jarang atau nipis di luar sembahyang, demikian jua dalam sembahyang.
As-Sayyid al-Bakri kemudian menyebutkan, sesuatu kain atau pakaian meskipun berwarna atau yang dicelup jika ianya jarang dan nipis juga tidak memenuhi syarat as-satir.
b) Begitu juga sekiranya dalam sembahyang dia memakai pakaian yang jarang atau nipis untuk menutup keseluruhan auratnya kemudian dia menutup atau melapis lagi pakaian tadi dengan telekung atau yang seumpamanya dan warna kulit masih kelihatan, maka samalah juga hukumnya seperti (a) di atas.
Selain daripada jenis-jenis pakaian yang telah disebutkan di atas, harus bagi golongan wanita bersembahyang dengan memakai pakaian sutera atau menjadikannya alas (lapik sembahyang) ketika sembahyang. Manakala memakai pakaian yang mempunyai gambar atau menjadikannya alas (sembahyang di atasnya) atau menghadap ke arahnya, hukumnya makruh.
3. Sembahyang Di Dalam Gelap
Terdapat andaian apakah kegelapan atau ketiadaan cahaya boleh diistilahkan sebagai satir kerana ia menutupi dan melindungi warna kulit dan aurat dari pandangan mata? Menurut Ibnu Hajar al-Haitami, kegelapan tidak boleh diertikan sebagai satir.
Oleh yang demikian, adalah tidak sah sembahyang seseorang yang tidak menutup aurat sekalipun dalam gelap.
4. Ternampak Aurat Sendiri Semasa Sembahyang
Ketika hendak mengerjakan sembahyang pakaian hendaklah diberi perhatian, iaitu menutup seluruh anggota aurat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut oleh syara’. Ini kerana apabila dia melihat aurat sendiri atau dilihat oleh orang lain semasa sedang sembahyang kerana kecuaian menutupnya, maka hukum sembahyangnya tidak sah.
Sebagai contoh jika seseorang perempuan yang bersembahyang, sekalipun dengan memakai telekung, sedangkan di bahagian leher terbuka luas atau besar sehingga dia boleh nampak auratnya sendiri atau dilihat oleh orang lain ketika dia ruku‘ atau sujud, maka batal sembahyangnya. Oleh itu hendaklah dirapikan, dikancing atau diikat terlebih dahulu dengan sempurna bahagian leher yang terbuka tadi, kemudian barulah mengerjakan sembahyang.
Sekiranya dia mendapati pada pakaian yang digunakannya untuk bersembahyang berlubang atau koyak yang menampakkan auratnya, maka wajib dia mengulangi sembahyangnya tadi. Samada dia mengetahui tentang koyak tersebut kemudian dia terlupa mengenainya, ataupun dia langsung tidak mengetahuinya. Akan tetapi jika dia menyangka bahawa koyak itu terjadi selepas memberi salam, maka tidak perlu dia mengulangi sembahyang tadi tanpa khilaf.
Terbuka Aurat Dengan Tiba-Tiba
Berbeza hukumnya dengan aurat yang terbuka secara tiba-tiba dan tidak sengaja, maka sembahyang tetap sah dengan syarat hendaklah ditutup dengan segera. Yang dimaksudkan dengan tidak sengaja, seperti ditiup angin atau terbuka oleh haiwan atau kanak-kanak yang belum mumayyiz kerana dia tidak mempunyai niat atau maksud di sebalik perbuatannya itu. Sebaliknya jika aurat itu terbuka oleh kanak-kanak yang sudah mumayyiz, maka batal sembahyangnya.
Kesimpulan
Adalah menjadi kebiasaan memakai telekung putih ketika sembahyang dan ini menepati ciri-ciri yang digambarkan sebagai pakaian yang sempurna dan digalakkan di dalam Islam. Maka hendaklah dipastikan bahawa telekung yang dipakai janganlah nipis atau jarang sehingga menampakkan warna kulit atau anggota aurat. Di samping menggunakan telekung, hendaklah juga memakai pakaian yang sempurna menutup aurat di bahagian sebelah dalam sebagai langkah berjaga-jaga.
Dari penjelasan di atas, nyatalah bahawa rambut, leher, lengan, dua kaki dan tapak kaki adalah aurat bagi perempuan ketika bersembahyang. Maka wajiblah kesemua anggota ini ditutup dan dijaga semasa sembahyang kerana rambut yang terjuntai, lengan yang tidak berlapik, kaki yang terdedah dengan sengaja boleh membatalkan sembahyang.
Di samping menutup aurat, menjaga kebersihan pakaian yang dipakai dan tempat bersembahyang daripada najis merupakan di antara syarat sah sembahyang. Maka hendaklah kita mengambil perhatian yang sewajarnya dan meneliti dengan sempurna perkara-perkara yang bersangkutan dengan syarat sah sembahyang agar ibadat yang dilaksanakan akan diterima dan mendapat ganjaran sebagaimana yang dijanjikan Allah Subhanahu Wa Ta‘ala hendaknya.
walau bagaimanapun, hal ini jgn lah menjadi satu alasan kpda kita untuk tidak menunaikan solat.
" tak nak lah solat, telekung jarang la " (mungkin d shopping complex) atau
" tunggulah beli telekung baru yg tebal sikit "
kerana kita masih berpegang pada syarat sah solat iaitu :
- menutup aurat
- menghadap kiblat
- suci drd najis pada badan, pakaian atau tempat
- suci drpd hadas kecil dan hadas besar
- yakin telah masuk waktu
memakai telekung telah menjadi adat di benua nusantara walhal asalkan kita menutup aurat sudah memadai. berpakaian tidak jarang, nipis, ketat, sendat dan sebagainya.kesimpulannya, pakaian wanita dalam solat adalah sama dengan luar solat. Apa yang wajib dipakai di luar solat, itulah yang sepatutnya dipakai dalam solat. Jika di luar solat, kita dilarang memakai pakaian yang jarang, apatah lagi dalam solat. Sekadar muhasabah untuk semua. bersama-sama menyampaikan ilmu.syukran
sekiranya kita sebelum ini pernah melakukan salah satu perkara di atas, maka kita hendaklah berubah dan berazam tidak akan melakukannya lagi,,insyaallah sembahyang kita akan menjadi sempurna selain rukun fe'li ,qalbi dan qauli dalam solat. Wallahua'lam,,
8 comments:
erm sah kalau xsngaje eh..
tapi kdg2 kalau org memakai pakaian yg mmg ketat nk solat
tatkala mereka bersujud mmg nmpk boxer tuh ;D
dikategorikan sengaja atau x?
kat mekah mcm2 pakaian org guna utk ibadah. wpun ada mazhab masing2tp ada yg tk ikut, tak sampai ilmu. nmpak rambut smua. apapun mudah2an nnti kita smua akn blajar :-)
salam..
mohon pendpat..
hukum pakai pkaian jrang camne?
kwn sy kate makruh je...btol ke?
RAJI:
sekiranya si pemakai boxer tu,,
dia memang dh tahu seluar dia tu akan menjadi sexy ketika menonggeng,,
maka itu bermakna dia akan menganggu konsentrasi jemaah yang lain,,lagi2 di belakang dia,,
solatnya sah,,..tapi sebaik2nya pakai lah seluar yang tidak akan akan menampakkan seluar dalaman anda,,
ugly pooh,,,:
betul tu,,yang penting kita kena
tuntut ilmu,,,belajar tidak akan pernah berakhir...
dr celik mata hingga pejam kembali mata kita..
Anonymous:
Hukum memakai pakaian jarang?
Saranan menutup aurat telah dianjurkan oleh syariat Islam,,
pakaian yang menutup aurat adalah tidak menampakkan aurat anda,, iaitu,,jika pakaian itu menampakkan aurat anda sama ada jarang,,nipis,,ketat dan menampakkan susuk badan (cutting)..maka itu bermakna anda tidak menutup aurat anda,,kerana anda menutup aurat tidak sempurna,,hukumnya adalah anda tidak menutup aurat,,walaupun anda betutup litup,,tapi mempunyai ciri2 yang di sebutkan td,,maka sebenarnya anda tidak menutup aurat,..
wallahua'lam,,=)
Assalamualaikum,apa hukum solat bersendirian dalam bilik dengan memakai telekung nampak tebal,tp bile pakai lengan pendek didalam telekung kelihatan baju dan lengan tapi x nampak warna kulit.harap balas
.terima kasih.
W'salam,
solat sendirian dalam diri atau berjemaah sah jika kita menutup aurat. Jika x, maka solat tidak menjadi sah wlupun bersendirian dlm bilik ataupun jemaah.
Wlupun nampak tebal, tapi bila nampak baju dan lengan. Selagi x nampak leher dan tangan.
Maka solat masih sah, jika saudari melihat di cermin telekung y dipakai itu blh nampak leher dan tangan, maka telekung itu jarang.
Jadi, perlu tukar t shirt lengan pnjg dan memakai tudung kecil di dalam (spt tudung syria sarung tu) utk menutup leher sbb telekung jarang.
* Solat x semestinya perlu memakai telekung, jika memakai baju kurung atau memakai pakaian y lain yang menutup aurat dr kepala sampai ke hujung jari kaki (berstokin).
Maka, solat dapat dilaksanakan juga.
Jika pakai jaket utk menutup t-shirt y lengan pendek juga boleh.
:)
- islam itu mudah, y penting solat dalam keadaan y menutup aurat dgn sempurna.
* maaf lambat balas, baru melihat blog ni.
Post a Comment