UTUSAN BLOGGER (BUZZBLOGGER.COM)
Google Ingin Memadam Pengguna Blogger Yang Tidak Menggunakan Akaun Google
Mungkin semua sedia maklum yang mana Blogger merupakan antara perkhidmatan pertama yang dibeli oleh Google, dan sehingga kini ianya masih membolehkan para pengguna log masuk menggunakan akaun Blogger lama. Namun, ianya tidak lama lagi, memandangkan kini Google telah pun mengumumkan penghentian sokongan untuk akaun Blogger lama.
Selepas hampir 8 tahun membeli perkhidmatan blog percuma, Blogger, kini Google mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan sokongan untuk pendaftaran masuk ke akaun Blogger menggunakan akaun selain daripada akaun Google. Perkara ini akan dilaksanakan pada 25 Jun kelak, memberikan para pengguna yang masih belum beralih ke akaun Google sedikit masa untuk beralih.
Menurut Google, bagi pengguna yang tidak mengubahnya kepada akaun Google selepas 25 Jun kelak, mereka akan memadam akaun tersebut, bersama-sama blog-blog yang didaftarkan pada akaun tersebut. Para pengguna yang belum memindahkan akaun mereka ke akaun Google, boleh melakukannya dengan mudah di halaman pertukaran khas di Blogger.
Nampaknya kini Google memberikan penekanan yang serius untuk mendaftar masuk ke perkhidmatan mereka menggunakan akaun Google. Sebelum ini, YouTube juga telah mengeluarkan amaran yang lebih kurang serupa, meminta para pengguna YouTube untuk menggunakan akaun Google berbanding akaun YouTube seperti sebelumnya.
CARA PENYELESAIANNYA,,
1) LOG IN
2) EDIT PROFILE
3) EDIT EMAIL ADRESS KEPADA AKAUN GOOGLE (xxxxxxxxx.gmali.com)
4) SAVE PROFILE
5) COMPLETE..
UNTUK BACK UP CONTENT BLOG..( STAND BY FROM ANY PROBLEM)
1) LOG IN
2)SETTINGS
3) BASIC
4) EXPORT BLOG
5) DOWNLOAD BLOG
6) SIMPAN DALAM KOMPUTER/ LAPTOP ANDA SENDIRI, UTK BACK UP CONTENT, SEKIRANYA BLOG ANDA DI DELETE
ATAU MENGALAMI SEBARANG MASALAH..
MANAKALA BAGI BLOG YANG MEMPUNYAI RAMAI ADMIN DAN AUTHOR..
1) SEMUA ADMIN MESTI TUKAR AKAUN KEPADA GOOGLE ( _________.gmail.com)
2) SEKIRANYA TIDAK DI TUKAR, DAN SALAH SEORANG DARI ADMIN YANG TERDAPAT DI DALAM SATU BLOG ITU, MASIH MENGGUNAKAN AKAUN YAHOO, MAKA BLOG ITU AKAN DI DELETE, KERANA PIHAK BLOGGER TELAH MENGUATKUASAKAN PIHAK BLOGGER HANYA MENERIMA AKAUN GOOGLE SEPENUHNYA..MULAI 25 JUN 2011..
SEGERA TUKAR SEBELUM 25 JUN 2011..JIKA TIDAK..
KESANNYA
1) BLOG AKAN DI DELETE
2) MENYESAL TIDAK BERGUNA..JGN MERANA
3) SEGALA POST YANG BERPULUH2 BERATUS2 AKAN HILANG
SEKELIP MATA..
"JIKA ANDA SAYANGKAN BLOG ANDA,, LAKUKAN PERUBAHAN SEGERA!!.."
SEBARKAN KEPADA RAKAN BLOGGER YANG LAIN..TQ
SUMBER:
No comments:
Post a Comment