Pages

Wednesday, 4 April 2012

Suci dalam debu






‎" teringat kata2 dari ustaz ketika dalam kuliah.."

ustaz : Kamu tahu apa itu suci dalam debu??...
pelajar : semua terdiam..
ustaz : Suci dalam debu tu bukan tajuk lagu yang selalu orang nyanyi.. tp..
pelajar : tapi ap ustaz??
ustaz : nak tahu?..
pelajar : nak..
ustaz : Al-Quran al-Karim..
pelajar : ha??
Ustaz : itulah namanya suci dalam debu.. 
(Al-Quran itu suci, tapi dibiarkan sahaja di atas almari, dalam almari, dan tempat yang tertinggi,,tetapi tidak digunakan, dan di baca.. kerana itu debu menemaninya)..
Kebanyakan masyarakat kita akan buka Al-Quran bila ada kematian, bacaan yaasin, atau program khatam al-Quran, atau program tertentu, selain dari tu, tidak disentuh sekalipun..)

*Kesedaran masyarakat mengenai baca al-Quran dan faham maknanya itu amat sedikit.. kerana itu ramai yang tidak memahami apa yang disarankan oleh al-Quran, dan apa yang diceritakan dalam al-Quran.
Bagi golongan yang membaca al-Quran sudah dikirakan baik, namun masih tidak cukup.. mereka perlu memahami maksudnya pula untuk kefahaman ayat-ayat suci al-Quran itu.. :) 


- Nukilan dari saeidah syamielah-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...