Bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum! Moga semua pembaca sihat sejahtera. Lama bebenor tak menjenguk laman yang cute miut ni. Hehe. Penulisan kali ni agak santai, sebelum-sebelum ni 'skema'. Kita kasi tukar itu angin la.
'Tester' untuk bulan ramadhan ni, kita nak share tentang Fitness. Chewah! fefeeling trainer gitu. Sebenarnya tips ni tuan badan dah test sendiri. Memang superb! rasa mantap je badan, tak de spare tyre sana ni. Paling penting nak badan tip top, memang kena kawal kuantiti makanan. Bagi yang tahu bab kalori-kalori haa! tu dia la kena jeling-jeling kot2x terlebih kalori makanan yang diambil. Jangan lupa untuk minum air mineral sebanyak-banyaknya.
Kalau bantai je, mmg bantai juga result yang diperoleh. - (Saeidah, 2015)
" Di bulan ramadhan yang mulia, 2014. Al-kisah, badan rasa dah x sedap. Jalan sikit dan mengah, rasa macam nak tumbang sebab tekanan darah rendah. Bila badan 'comel', saluran darah sempit oxygen nak circulate pun jadi x laju. So, tu yang nak tumbang. Mengah-mengah, lambat nak recover ke'mengahan' ni. Huhu! So, diri ini sudah tak tertanggung lagi derita yang dialami. *Poyo x?* Luahkan pada family dan adik. Makanya, diberi 5 step ni. Azimat dikala diri memerlukan. Hoho!
Ok! Let's we go through the main point. Hanya 5 step sahaja, khidmat nasihat by my Trainer a.k.a lovely brother! Nidzam Syaamil. Ok, promote dia punya web sekejap Abang Sado!
Training tanpa henti dilakukan lepas tarawih masa 2014 ni, mesti pelikkan kenapa baru nak share tahun 2015. Hehe! actually, bila masuk bulan ramadhan ni teringat pula y lepas punya bila kawan tanya ada cadangan x nak kurus, hehe. Apa lagi kita kasi buka itu cerita la. Badan pun x sedap, so kena repeat semula step ni kan. Hehe! Teruk sungguh bila x selesa baru nak buat, sepatutnya kena maintain jaga. Adeh3x! inilah namanya insan 'Ma nasiya' *sering lupa*. Opps, membebel lagi. Main point x sentuh lagi. Nampak x kucing tu dah x menyabo ni haa dah siap 'warming up' lagi tu, keh3x!
Akhirnya, sampai destinasinya banyak no menyinggah-nyinggahnya.
5 STEP :
1. Squad workout
Tujuan untuk 'shape' kan punggung dan pinggul. Sebenarnya kena duduk habis tanpa terbuka ruang lutut dari asal kita turun. Kalau style mcm ni jadi tonggek sikit maa. Hmm x jumpa gambar yang sesuai pula. Buat step ni turun naik dalam 20 kali x 3 set = 60 kali. Setiap gerakan dari diri ke duduk + mencangkung habis ye, mencangkung + diri semula dalam sela 2 seconds.
2. Bicycle abs workout
Haa! seterusnya style macam ni.
1. Baring terlentang.
2. Angkat sikit badan, letak tangan di belakang kepala.
3. Angkat sikit badan, siku kena touch pd lutut secara bersilang.
Haa! Ni utk tegangkan perut. Supaya x menggelebeh, kalau buncit pun, x menggelebeh. No spare tyre. hehe. Sama juga, 20 kali x 3 set = 60 kali. Dari pergerakan angkat badan dan touch ke lutut jangan buat laju-laju, keep calm kira 1,2,3 seconds baru baring. Angkat semula badan touch lagi 1,2,3 seconds dan letak kepala ke lantai. Fuh! terasa tegang semua beb. :P
Baru lah terasa nikmat senaman tu, kalau buat laju2x memang x terasa 'senaman'nya tu.
3. Push up
Huhu! Ni nama lainnya pumping kan. Kalau dah fit giler, boleh la style mcm ni. For beginner, marilah mulakan mcm ni. Sedar diri la katakan. Hehe
Haa! Tujuannya untuk tegangkan otot bawah lengan, supaya x menggelebeh dan bagi mantap abs (abdomen perut) dan dada. Jadi, mantap gitu! Jangan lupa 20 kali x 3 set = 60 kali. Sama juga sela setiap pergerakan dalam 2/3 seconds. Rasa beb, rasa tegang dan betapa 'ringannya' badan bila nak push up!
4& 5. Side leg workout
Haa! seterusnya buat la macam ni, baring mengiring tangan buat macam dalam gambar ni dan buat dalam bilangan yang sama iaitu 20 kali x 3 set = 60 kali. Kaki x perlu nak circle macam di atas pun x pe. Untuk peha yang besar dan berat ni kan, memang 'seksa' untuk mengangkat sebanyak 20 kali ni. Cuba jangan x cuba.
Alhamdulillah selesai juga!
Haa, ni lah dia 5 step yang saya buat, tiap2x malam sampai raya beb. Bila raya fuh rasa 'langsing' tetiba kan. Tapi, bila banyak rumah terbuka plus nak jaga hati. Hehe 'kembang' semula la. Sepatutnya kena tegas dan disiplin kan. Sebenarnya ada lagi step workout yang lain. Kira y 5 ni kalau istiqamah memang superb result plus jaga pemakanan dan minumlah air mineral sebanyak-banyaknya. *air masak?* Haa, air masak dah x de khasiat sebab semua mineral yang ada musnah disebabkan proses pemanasan air tu. Arrasso?! :P
Selamat mencuba!
Jangan lupa kongsi perkembangan dan result kalian.
Fuh! siap satu entry untuk puasa hari ke 13. [13 Ramadhan 1436H]
Selamat berpuasa!
Tarbiyah jasadiyah dan rohaniyah perlu seiring barulah jadi Mukmin yang hebat!
Haa, tazkirah sikit la.
Selamat berpuasa!
Tarbiyah jasadiyah dan rohaniyah perlu seiring barulah jadi Mukmin yang hebat!
Haa, tazkirah sikit la.
Bulan ramadhan bulan ibadah,
Bulan keberkatan, semua amalan dilipatgandakan.Qiyam jangan x qiyam.Cer recheck paling last buat bila.
Bila tarikh last kita mengulang hafalan.Tadarus dan tadabbur?Allah!Kita ni pendosa,Allah penerima taubat.Rasa diri kita ni suci dari dosa,itulah salah satu dosa yang telah pun dilakukan.Keep calm and fighting for our 'ibadah and taubah!
Sucikan jiwa, sucikan diri.
Mmuah!
Assalamualaikum.
Mohon ampun dan maaf, sekiranya tersilap bicara terlajak kata.
Apa-apapun perkongsian melalui pengalaman,
Paling penting, bukan seorang trainer ataupun kaki senam tegar!
:P
Assalamualaikum.
Mohon ampun dan maaf, sekiranya tersilap bicara terlajak kata.
Apa-apapun perkongsian melalui pengalaman,
Paling penting, bukan seorang trainer ataupun kaki senam tegar!
:P
" Harapan selalu ada, Bagi yang mengharap dan berusaha! "
*stye x?* hehe
By,
Saeidah Sempoi.
[30 Jun 2015M]
7. 44 AM
Rumah Terchenta.