Tuesday, 17 March 2015

Diary 1


Bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum!
Hello guys.
Keh3x

Dah lama rasanya x menulis dalam blog ni.
Hmm, first of all.
Alhamdulillah wa syukurlillah.


Aku masih dihidupkan lagi.
Walaupun hampir2x melayang nyawa
treler nak hentam.

Allah s.w.t kata belum sampai ajal,
Makanya x melayang lagi.

It's complicated bila kita sebut pasal hati.
Kenapa susah sangat bila melibatkan hati dan perasaan ni.
Mengapa kita perlu jatuh hati pada seseorang itu?

Mengapa kita perlu rasa geram, sedih, suka dan duka
disebabkan oleh seseorang?

Omg!
Hanya Allah s.w.t yang tahu,
Untuk mempertahankan semua rasa perlu berbekalkan keyakinan dan kepercayaan.
Tanpa dua elemen ini, maka tidak akan bertahan lama sesuatu rasa itu.


Percaya akan hikmah dihujungnya.
Yakin akan petunjuk yang Allah s.w.t bakal tunjukkan.

Ya Allah!
Aku rasa seperti dah x berdaya untuk terus bertahan
Tapi, bila difikirkan semula.

Ranjau alam rumah tangga lebih mencabar lagi.
Sebab kita nak hidup dengan pasangan tu sampai akhir hayat
Kalau boleh nak sama2x jumpa semula dalam SyurgaNya.

Apalah sangat ujian2x hati yang ada sekarang ni,
Ni x de apa2x ikatan punyalah serabut, kalut nak mati baq hang!

Cuba fikirkan, 
Bila dah kahwin, mesti lagi power mehnahNya
Mesti kena kental super duper kan!

Hmm,
Aku x tahu dan x pasti,
Hinggakan aku doa biar hilang rasa suka dan ingatan aku terhadap seseorang ni
Punyalah seksa kan.

Dan paling pelik, 
Kenapa la aku sanggup nak terseksa macam ni.
Argh!

Sampaikan satu tahap,
Nak marah pula, 
Macam mana boleh ter'suka' dan 'jatuh hati'.

Argh!
Inilah namanya menguji dan teruji 'kesabaran'.
Allah s.w.t nak test sesabar mana kita.

Fuh!
Memang terasa dan teruji sungguh kesabaran itu.
Iman beb, Iman, 

Jaga elok2x iman,
Jaga elok2x maruah,

Perlu ingat,
Jangan sampai melayang dan tergadai maruah,
Seriously!

*Celoteh2x,
Lepas pekung di dada.


[17 Mac 2015]
10.59 PM
Rumah Terchenta!




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...