Pages

Tuesday, 17 March 2015

Diary 1

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum!
Hello guys.
Keh3x

Dah lama rasanya x menulis dalam blog ni.
Hmm, first of all.
Alhamdulillah wa syukurlillah.


Aku masih dihidupkan lagi.
Walaupun hampir2x melayang nyawa
treler nak hentam.

Allah s.w.t kata belum sampai ajal,
Makanya x melayang lagi.

It's complicated bila kita sebut pasal hati.
Kenapa susah sangat bila melibatkan hati dan perasaan ni.
Mengapa kita perlu jatuh hati pada seseorang itu?

Mengapa kita perlu rasa geram, sedih, suka dan duka
disebabkan oleh seseorang?

Omg!
Hanya Allah s.w.t yang tahu,
Untuk mempertahankan semua rasa perlu berbekalkan keyakinan dan kepercayaan.
Tanpa dua elemen ini, maka tidak akan bertahan lama sesuatu rasa itu.


Percaya akan hikmah dihujungnya.
Yakin akan petunjuk yang Allah s.w.t bakal tunjukkan.

Ya Allah!
Aku rasa seperti dah x berdaya untuk terus bertahan
Tapi, bila difikirkan semula.

Ranjau alam rumah tangga lebih mencabar lagi.
Sebab kita nak hidup dengan pasangan tu sampai akhir hayat
Kalau boleh nak sama2x jumpa semula dalam SyurgaNya.

Apalah sangat ujian2x hati yang ada sekarang ni,
Ni x de apa2x ikatan punyalah serabut, kalut nak mati baq hang!

Cuba fikirkan, 
Bila dah kahwin, mesti lagi power mehnahNya
Mesti kena kental super duper kan!

Hmm,
Aku x tahu dan x pasti,
Hinggakan aku doa biar hilang rasa suka dan ingatan aku terhadap seseorang ni
Punyalah seksa kan.

Dan paling pelik, 
Kenapa la aku sanggup nak terseksa macam ni.
Argh!

Sampaikan satu tahap,
Nak marah pula, 
Macam mana boleh ter'suka' dan 'jatuh hati'.

Argh!
Inilah namanya menguji dan teruji 'kesabaran'.
Allah s.w.t nak test sesabar mana kita.

Fuh!
Memang terasa dan teruji sungguh kesabaran itu.
Iman beb, Iman, 

Jaga elok2x iman,
Jaga elok2x maruah,

Perlu ingat,
Jangan sampai melayang dan tergadai maruah,
Seriously!

*Celoteh2x,
Lepas pekung di dada.


[17 Mac 2015]
10.59 PM
Rumah Terchenta!




Wednesday, 7 January 2015

Jodoh

0 comments




Assalamualaikum, 
Moga semua pembaca dan bloggers keep in healthy and happy always!

:) 

Sudah lama rasanya tidak menulis dalam blog tercinta ni. Mungkin disebabkan oleh kekangan masa dan umur yang bertambah menjadi asbab untuk tidak aktif dalam dunia blogging ni. Mood aktif dalam dunia blogging pun menurun disebabkan oleh munculnya dunia dakwah dalam Instagram, twitter yang meluas! Facebook tidak dinafikan masih mendapat tempat pertama menjadi medium interaksi dan laman sosial yang terunggul. Hmm, siapa punya idea?  Bijak x bijak. Kita kena hebat juga, kena ada produk sendiri. Kualiti dan dapat memberikan banyak faedah untuk masyarakat. Ya! Moh le kita memikirkannya dan cuba merealisasikannya mengikut kemampuan dan bidang masing2x. Jika kita bersatu dan bergerak bersama pasti meletup and it's awesome!


Umur sudah meningkat, 24 years old for this year. Omg!
" Ada apa dengan umur? "
Ada, pentingnya umur ni untuk menjadi penanda aras 
berapa lama lagi tempoh yang kita miliki untuk terus berdiri 
dan berkhidmat di muka bumi ini.
Bukan sekadar umur, tetapi ilmu dan harta atau rezeki 
yang kita miliki akan dipersoal dan ditanya oleh Allah s.w.t.

UMUR, HARTA, ILMU akan DITANYA OLEH ALLAH
Dari Mu’adz bin Jabal r.a, Rasulullah s.a.w bersabda : Dua kaki seorang hamba tidak akan berpindah (dari tempatnya berpijak nanti pada hari kiamat) sehingga dia ditanya tentang empat perkara :

" Tentang umurnya, kemana saja dia habiskan; tentang masa mudanya, dengan apa dia gunakan; tentang hartanya, dari mana dia mendapatkannya dan untuk apa dia belanjakan; dan tentang ilmunya, apa yg dia perbuat dengan ilmunya itu? ( Hadis Riwayat At Thabrani dan Al Bazzar)."
Hadis ini mengingatkan kita agar tidak sembarang menggunakan umur, masa muda, harta dan ilmu yang telah diberikan Allah kepada kita, gunakanlah sebaik-baiknya, karena nanti di akhirat kelak kita akan diminta dipertanggunjawabannya.


Ada empat perkara lain yang harus kita cari atau kita hadirkan dalam diri kita, karena bila telah kita dapatkan maka empat perkara ini maka kita tak perlu memikirkan yang lain yg tak kita peroleh didunia ini seperti dijelaskan sebuah Hadis Riwayat Ahmad sebagai berikut :

Dari Ibnu Umar r.a, bahwa Rasulullah SAW bersabda : Empat perkara yg jika telah terdapat dalam dirimu, maka engkau tidak perlu memikirkan apa yang tidak engkau peroleh didunia.

Empat Perkara itu adalah
1) Berbicara yang benar (Jangan Dusta); 
2) Menjaga Amanah;
3)Berakhlak Mulia dan
4) Memakan Makanan yang baik (halal).

Ringkasnya kalau kita dalam kehidupan ini harus selalu berbicara yang benar, kalau mendapat Amanah (kepercayaan) harus kita jaga, bila diamanahkan menjadi pemimpin jadilah pemimpin yang baik, bila dipercaya jadi polis, hakim jadilah polisi, atau hakim yang amanah (yang dapat dipercayai, hingga kita menjadi orang yang berakhlak mulia. Terakhir makanan yang baik jangan diberikan makanan yang dibeli dengan rasuah atau hasil dari penipuan dan fitnah kepada anak, isteri atau keluarga yang lain.

Sedarlah wahai para manusia, sesungguhnya jawatan yang kamu pegang itu adalah hak Allah s.w.t hanya bersifat sementara sahaja. Kamu akan dipersoalkan pada setiap tindakan serta keputusan selama kamu berkuasa. Ingat sikit pada Allah.

Jodoh?
Aku tetap akan mengaktifkan radar mencari sosok yang dinanti,
aku tetap akan mengaktifkan doa pengharapan dariNya.
Aku tetap akan berdoa kepadaNya sentiasa agar memberikan yang terbaik
bukan sahaja untuk diriku, tetapi untuk agamaku, masa depanku, generasi keturunanku.

Hanya Dia yang tahu, mana yang terbaik untuk hamba2xnya.
Pengetahuannya tidak terbatas.
KudratNya tiada sempadan,
Iradahnya diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya.

Oh Allah!
Aku memohon yang terbaik dariMu,
Kau berikanlah yang terbaik untukku,
Aku hanya mengharapkan berkat dan redhaMu selalu.
Apa sahaja yang menjadi kemurkaanMu akanku jauhi,
Ku mengharapkan bimbingan dan pimpinanMu selalu 
dalam setiap tindak tanduk dan langkahku.

Kau kurniakan daku seorang suami yang beriman, 
beramal soleh serta bertaqwa padaMu,
Kau kurniakan daku suami yang dapat membimbingku dunia dan akhirat,
Kau kurniakan daku suami yang dapat bersabar dengan setiap karenahku,
Kau kurniakan daku suami yang dapat menjadi sahabat untuk agama, dunia dan akhiratku.
Kau kurniakan daku suami yang dapat bersama-sama denganku susah dan senang.
Mengharungi bersama kehidupan rumah tangga yang penuh dengan 
sakinah, mawaddah wa rahmah.

Aku tahu, 
Mungkin melampau permintaanku
Tapi, aku juga akan memberikan yang terbaik untuknya.
Be a solehah, taat and calm wife,
Selalu bersamanya tika jatuh dan bangun.

Aku kan cuba memberikan yang terbaik,
Walau banyak yang perlu dipelajari dan diperbaiki lagi.
Ya! Aku tahu alam baru ini merupakan alam yang lebih mencabar
Lebih besar lagi dugaan dan mehnahnya.
Dengan itu, aku memohon dariMu agar kurniakan aku selalu
kekuatan, semangat untuk aku terus dapat bertahan mengharungi dan
melaluinya dengan penuh redha dan tenang.
Dan sentiasa yakin dengan pertolonganMu di dalam setiap keadaan sekalipun.

Oh Allah!
I love you so much,
and love your love (prophet Muhammad s.a.w)  also,
I don't know how to throughout this life
without your Mercy.

Give Me the best in my life,
Give Me your blessings always.

#Full hearted

Sincerely By,
Me 

3.45 PM
Bilik Tercinta
7/1/2015



Friday, 20 June 2014

Soleh atau Solehah

0 comments

- SOLEH atau SOLEHAH-
" Menjadi soleh atau solehah tidak semestinya memerlukan keluarga atau ibu bapa yang soleh juga. Yang penting itu kefahaman, kesedaran dan kemahuan untuk menjadi soleh dan solehah itu dalam diri. Hentikan seribu alasan, mulakan suatu penghijrahan.. " - Quotes.


Penambahan Ilmu,  
Untuk mengekalkan penghijrahan itu amat perlu duduk di dalam suasana yang membina (biah yang baik). Jika tidak, penghijrahan berlaku hanya sementara. Istiqamah tiada. Dalam jangka masa yang panjang ia bisa memusnahkan semangat dan penghijrahan itu.

Berkawan tidaklah salah, malah dalam Islam amat digalakkan kerana menghubungkan ikatan persaudaraan. Tetapi apakah jenis kawan yang harus didekati? 

Kawan yang dianjurkan ialah kawan yang baik serta ikhlas kerana Allah. Sikap Islam terhadap faktor dan peranan ini dapat dilihat dengan jelas daripada beberapa al-Quran serta hadis.

Terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman yang bermaksud: 


"Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar." (Surah at-Taubah: 119)


Orang yang bersifat benar ialah orang yang baik, berbudi bahasa, berakhlak dan mengamalkan budaya hidup terpuji, bukan orang jahat serta suka berdusta. 

Ayat lain menceritakan, kawan yang bertakwa sebenarnya kekal dan bermanfaat, sementara kawan tidak bertakwa akan bermusuhan sesama sendiri. 

Ini memang benar kerana kawan yang bertakwa mengenal Tuhan dan menjadikan Tuhan sebagai rujukan dalam semua perkara, manakala kawan tidak bertakwa lupa Tuhan serta demi kepentingan masing-masing bercakaran, walaupun sesama sendiri. 


" Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal salih)." (Surah al-Zukhruf: 67)

Dalam satu ayat lagi, Allah menceritakan mengenai penyesalan orang yang bertemankan si jahat. 


"Aduhai, kiranya aku tidak menjadikan si pulan itu sebagai teman, sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari al-Quran, selepas aku didatangi olehnya. Dan sesungguhnya syaitan mendustai manusia." (Surah al-Furqan: 28)


Kita sama-sama memohon perlindungan dan berharap supaya tidak termasuk golongan yang rugi bertemankan yang jahat sehingga mengakibatkan diri tersesat daripada landasan kebenaran.


Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: "Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk." 


Memang benar perumpamaan diceritakan itu. Apabila berkawan dengan orang baik, kita juga akan menjadi baik, tetapi jika berkawan dengan yang jahat, kita juga mungkin lambat laun serupa saja.

Walaupun kita tidak mengikut gelagat jahatnya, kadangkala tempiasnya terkena pada kita. Bukan sedikit orang yang berkawan dengan pencuri, juga dituduh mencuri, sedangkan dia tidak melakukannya.

Berubah itu tidak lah susah, untuk terus kekal di dalam perubahan yang baik itu lebih besar dugaannya.

" Disebalik kepayahan disitu ada imbalan dan ganjaran dariNya 
bagi orang yang berSABAR dan berSUNGGUH-SUNGGUH. "

#Allahummasollialamuhammad
#JumuahMubarakah

[20/6/2014] 
4.33 pm
PTSL,UKM


Credited to : Portal Mukmin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...