Pages

Wednesday 15 September 2010

Puasa enam





Bismillahirrahmannirrahim,,,
Dengan nama Allah yang maha pengasih dan pemurah..
Pembuka bicara,,di pagi raya..
Bagaimana raya puasa anda??
adakah seceria manisnya madu??
atau sepahit pahitnya peria??
atau masam manis rasanya??
Anda sendiri yang tahu hakikat yang sebenar-benarnya..

Sebulan sudah kita berpuasa..
Kini tiba masanya untuk syawal menjelma..
Sebulan kita menahan nafsu lapar dan dahaga,,
setelah raya semua sudah dilupa..
Inilah hakikat yang sebenar-benarnya,,
di bulan ramadhan yang mulia..
semua amalan kita mahu  dilipat ganda
bila habis puasa, semua  ditinggalkan entah ke mana
alasannya sibuk dengan kerja yang melambak-lambak sini sana..

Marilah kita bersama-sama,
mengekalkan segala amalan yang pernah kita
praktikkan di bulan puasa..
Amalkan ia di bulan-bulan yang seterusnya..
janganlah biarkan amalan yang pernah kita
praktikkan begitu sahaja,,
semata-mata kerana sudah tamatnya bulan puasa..

Kini tiba puasa 6 (enam) ..banyak fadhilat dan kelebihannya..
puasa enam di laksana hanya di bulan syawal sahaja..
Marilah kita rebut peluang ini sementara ia masih ada..
Jangan sampai kita terlepas akan kehadirannya..









Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadan. Walaupun begitu dalam kalangan para ilmuan berbeza pendapat - adakah puasa enam ini dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau boleh secara rambang?

Pandangan yang lebih tepat - puasa sunat ini boleh dilakukan secara rambang asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini berdasarkan anjuran baginda Rasulullah SAW mengenai puasa sunat enam hari ini. Baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Justeru puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah bulan Syawal.

Walau bagaimanapun adalah lebih baik disegerakan pelaksanaan puasa sunat enam Syawal berdasarkan firman Allah SWT : 
"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa." [Surah Ali Imran, 3 :133].


Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah )

Perlu difahami bahawa yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun itu bukan terletak kepada puasa 6 hari Syawal dengan meninggalkan puasa Ramadhan, tetapi kelebihan puasa setahun itu diperolehi setelah dilengkapkan puasa Ramadhan dan disambung dengan puasa Syawal.

Imam al-Nawawi di dalam kitab Syarah Sahih Muslim ada menyebut kewajaran pahala diberikan seumpama puasa setahun kepada mereka yang berpuasa 6 Syawal. Merujuk kepada satu hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Setiap satu amalan kebajikan itu digandakan pahalanya sebanyak 10 kali ganda”.

Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia. Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.





~Selamat menjalani ibadah~








2 comments:

Raji and Yeen said...

hohoh btol tuh
kalau mntk puasa selama setahun belum tentu kte dpt buat ;D
Allah masih ksik discount pahala utk kte
marilah sme2 rebut lgik~

SaEidah SyamIelah said...

Raji:
Amalan yang wajib harus dilaksana,,manakala yang sunat adalah untuk menambah saham mana2 yang kurang,, ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...