Pages

Thursday 12 May 2011

Suami Isteri yang tebaik..

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku melabuhkan jilbabku
Berusaha menutup sempurna auratku
Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku perlengkapkan diriku
Dengan ajaran agama
Agar dapat membezakan
Antara yang benar dan salah
Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku hadkan pergaulanku
Dengan yang bukan mahramku

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku menjaga diriku
Agar terhindar dari fitnah manusia
Aku tak mahu suamiku berdosa
Kerana aku sayangkan suamiku
Dan aku tak mahu suamiku terhumban
Ke neraka jahanam kerana diriku
Aku tak mahu suamiku berdosa
Kerana aku
Aku tak mahu suamiku berdosa..
Kesimpulannya:
Sekiranya si suami dan isteri memahami peranan dan tanggungjawab masing2 Insyaallah, akan terbit keluarga bahagia ..Sekiranya salah seorang tidak memahami peranan dan tanggungjawab masing2 ini akan menimbulkan masalah dalam rumah tangga mereka, kerana mereka tidak tahu yang mana priority, dan bukan.. masalah queen control juga tidak akan muncul, sekiranya si isteri hendak menjadi isteri yang solehah..
" Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya." (riwayat Al-Tabrani) "..
Manakala si suami pula,,sekiranya mereka memahami akan peranan dan tanggungjawab sebenar seorang suami menurut syariat.. dia tidak akan mencederakan isterinya dan mengasari isterinya  dari segi zahir dan batin .. malah menjadi suami yang penuh hikmah dan bijaksana memimpin isterinya, dan keluarganya..


Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.
(Surah an-Nisa' : ayat 19)..
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, " Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti." (riwayat Abu Asakir). 

"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21) "

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan..

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan..

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya..

Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan..



"perkongsian bersama penuh pengertian dan penjelasan..
untuk dikongsikan buat pedoman dan peringatan 
bersama sahabat sekalian..."



p/s; Maklumat lanjut mengenai ini, tanggungjawab suami isteri

wallahua'lam..

3 comments:

che'we said...

i should say like!
tQ 4 sharing^^

SaEidah SyamIelah said...

che' we:

hehe,,,sesame2,,,
memang bab ni isu yang panas dan hangat kan,,

walau mcm benda biasa je,,
tetapi masih byk lagi,
y perlu kita pelajari dan dalami
betul2 ilmu tntg perkahwinan dan rumah tangga..

utk dpt acuan dn aduan yang betul mengikut syariat Islam, yang penting kita nk kan keredhaanNya itu dlm sepnjg hidup kita,,dunia akhirat..=)

Anonymous said...

salam..Nak tanya..hadis riwayat Abu Asakir tu dr kitab apa ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...