Pages

Thursday, 30 June 2011

BERSIH

4 comments




" Anwar sedia batal Bersih Jika PM jamin pilihan raya TELUS "


Sketsa BERSIH :



Headline





TUNTUTAN:
1. Bersihkan senarai undi
2. Mereformasikan undi pos.
3. Gunakan dakwat kekal.
4. Akses media bebas + adil
5. Masa kempen minima 21 hari
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan Rasuah 
8. Hentikan politik kotor


" Bersihkan (Jauhkan) diri anda dari segala kejahatan, penipuan, 
penindasan, dan penyelewengan yang memudaratkan diri, 
keluarga, agama dan bangsa.."

Friday, 24 June 2011

Orang Muflis

0 comments
Assalamualaikum w.b.t
Salam bicara pembuka kata..
Semoga semua sihat hendaknya..
Orang Muflis, siapakah yang dimaksudkan?

Hal ni sudah dijelaskan dalam hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan al-Tirmizi. Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?" Sahabat-sahabat Baginda menjawab: "Orang yang muflis di antara kami ya Rasulullah ialah orang yang tidak mempunyai wang dinar dan dirham (ringgit) dan tiada harta benda." Nabi s.a.w seterusnya bersabda: "Sebenarnya orang yang muflis daripada kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa solat, puasa dan zakat, sedangkan datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang, dan menuduh orang itu, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang itu dan juga memukul orang; maka akan diambil daripada amalan kebajikannya serta diberi kepada orang ini dan orang itu. Kemudian apabila habis amalan kebajikannya sebelum habis dibayar kesalahan-kesalahan yang ditanggungnya, akan diambil pula daripada kesalahan-kesalahan orang yang dianiaya serta ditimpakan ke atasnya. Kemudian, ia dihumban ke dalam neraka."

Semoga diri kita dijauhkan daripada menjadi sebahagian golongan orang2 yang MUFLIS..
Sesungguhnya Allah menyukai hambanya yang bertaubat,
Taubat dari segala kesalahan tidaklah membuat seorang terhina di hadapan Tuhannya. Hal ini, justeru akan menambah kecintaan dan kedekatan (keakraban) seorang hamba dengan Tuhannya kerana sesungguhnya Allah S.W.T sangat mencintai orang-orang yang bertaubat dan mensucikan diri. 
Sebagaimana firmannya dalam surah Al-Baqarah: 222,
 "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."

Di antara kita pernah berbuat kesalahan terhadap diri sendiri sebagaimana terhadap keluarga dan kerabat bahkan terhadap Allah S.W.T.  Dengan segala rahmatnya, Allah S.W.T memberikan jalan kembali kepada ketaatan, ampunan dan rahmat-Nya dengan sifat-sifat-Nya yang Maha Penyayang dan Maha Penerima Taubat. Seperti diterangkan dalam surah Al Baqarah: 160 "Dan Akulah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."

‎" mulakanlah harimu dengan memuji Allah, 
seiring siulan burung ceria berterbangan, 
berzikirlah dengan alunan asma al-husna, 
bersyukurlah kita masih dibangkitkan,, 
mulakanlah dgn usaha memuji Allah, 
pergilah mencari rezeki semai bakti dan budi 
carilah nikmat yang banyak berlandaskan syariat 
agr hidup kita semua selamat.."

Wallahua'lam..



Untuk mengetahui penjelasan lebih lanjut..

Wednesday, 15 June 2011

Panggilan ALLAH

2 comments

A: wey ko tw x bf aq kol 3 kli seari..kw ader?(dengan mke bngge)
B: alah 3kli je pn..aq bf aq 5x de kol aq..2 ta msk extra ag..
A: bestnye! byk kdit bf ko~
B: xla..ni connection wireless,,
A: (mke ta puas ati...)ish!ble mse de kol ko?
B: SUBUH, ZOHOR, ASAR, MAGHRIB and ISYA'. Nak romantik aku pulak kol DIA pukul 2-   3 pagi macam tu. Masa Dhuha pun ad kdg2~
A: yeker.. tp mase ko "cuti" ko x angkat pon...
B: haha! eh angkatlah...pandai2 je ko..

(credited for Siti Nabihah dan rakan2..)


"Jenaka yang penuh makna dan hikmah.."

Forgiveness

0 comments




‎" maafkanlah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan, kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya." - (surah al-Maidah :13 )

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah wa syukur lillah 'ala nikmatillah..
Assalamualaikum .w.b.t
semoga diri kalian semua dalam rahmat dan keberkatannya sentiasa..
Di sini saiedah ingin berkongsi satu kata2 yang menarik, dan memikat hati 
untuk dikongsikan bersama pembaca2 sekalian..
perkongsian  kata2 yang membawa banyak makna,,
kata2 ini di ambil dari sahabatku dan hendak disampaikan pula 
kepada para pembaca sekalian...
Bila kita menyebut tentang ingat- mengingati antara kita, perkara ini
 memang tidak dapat dipisahkan 
dan tidak dinafikan bahawa perkara ini sinonim dalam
setiap diri manusia..
kerana manusia itu sering lalai, lupa, leka dan alpa,,
Maka sahabat, teman, dan orang sekelliling adalah pengingat dan penegur diri..
Tujuannya adalah agar diri kita  kembali tersedar dari kesilapan dan 
kekhilafan yang wujud...dan natijahnnya 
agar diri kita dapat membentuk peribadi dan sahsiah yang lebih baik dan terbaik..

Wednesday, 8 June 2011

Peranan kita

2 comments


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah segala puji baginya di ats segala 
nikmat yang telah diberikan kepada kita iaitu nikmat iman dan Islam,,
dn segala nikmat lain yang kita kecapi selama ini,,

Peranan kita,,
bila menyebut tentangnya,, apakah peranan kita terhdap Islam?
apakah peranan kita setelah dihidupkan di ats muka bumi ini?
apakah peranan yang perlu kita mainkan utk memartabatkan agama Islam?

Peranan kita terhadap Islam amat besar,,
kita diciptakan di muka bumi ini adalah sebagai khalifahNya,.
Wajib ke ats setiap muslim mempertahankan dan menjga nama baik Islam..

Di arena ini, di negara kita sendiri menuntut kita kita berjuang dn berjihad melalui medium psikologi dan politik..utk memerintah negara kita sendiri medium yang digunakan di negara kita adalah pilihan raya (politik),, melalui itu pemerintah terlantik..


tugas utama kita sebagai umat Islam, utk mendapatkan pemerintahan Islam agar dapat dijalankan dan diamalkan, persiapan utama kita adalah mempunyai ilmu yang secukupnya rohaniah dan jasmaniah.. kerana umat Islam yang hebat itu adalah seorang yang berilmu, bijak dan sihat tubuh badannya..

Umat Islam zaman kini,, tidak ramai yang pakar dalam sesuatu bidang,,
contohnya bidang ketenteraan, kedoktoran.. tidak ramai yang pakar dan mahir sebenar2nya dalam bidang ini,, jikalau ad yang pakar dn mahir, belum tentu mereka adlah muslim dan mukmin yang bertaqwa..

kelemahan Umat Islam zaman kini, adalah kurang dari segi Ilmunya..dan aspek lain..
kita kalah dengan bangsa dan agama lain, dari segi kekurangan ilmu dn kurang kepintaran kita.. kerana itu kita mudah ditipu dan dimainkan oleh bangsa dan agama lain..

Ingatlah diri kita adalah seorang Muslim,
Kita membawa imej yang suci dan murni..
paling kurang perjuangan kita adalah kita menjaga nama baik Islam..
walau kita tidak dapat berjuang dengan mengangkat senjata menentang musuh Islam..

sekurang2nya,, setiap tindak-tanduk perlu dijaga,
demi nama baik Islam,,

Itulah perjuangan utama kita..
" jaga nama baik Islam dan harumkannya,,
lahirkan sebanyak mungkin ilmuwan islam yang berjaya, berwibawa dan bijak"

agar pemerintahan Islam dalam dibangkitkan dn dibangunkan semula..

" ILMU, IMAN DAN AMAL"

"ILMUWAN ISLAM, PEMERINTAH YANG BERWIBAWA..
SYARIAT TERLAKSANA, KEAMANAN TERPELIHARA..
KEBERKATAN DAN KEREDHAAN DARINYA ITU YANG UTAMA"


-.....isLaM iS tHe wAY Of oUr lIfE....-

p/s: luahan dan pandangan dr saya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...