Pages

Friday, 24 June 2011

Orang Muflis

Assalamualaikum w.b.t
Salam bicara pembuka kata..
Semoga semua sihat hendaknya..
Orang Muflis, siapakah yang dimaksudkan?

Hal ni sudah dijelaskan dalam hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan al-Tirmizi. Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?" Sahabat-sahabat Baginda menjawab: "Orang yang muflis di antara kami ya Rasulullah ialah orang yang tidak mempunyai wang dinar dan dirham (ringgit) dan tiada harta benda." Nabi s.a.w seterusnya bersabda: "Sebenarnya orang yang muflis daripada kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa solat, puasa dan zakat, sedangkan datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang, dan menuduh orang itu, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang itu dan juga memukul orang; maka akan diambil daripada amalan kebajikannya serta diberi kepada orang ini dan orang itu. Kemudian apabila habis amalan kebajikannya sebelum habis dibayar kesalahan-kesalahan yang ditanggungnya, akan diambil pula daripada kesalahan-kesalahan orang yang dianiaya serta ditimpakan ke atasnya. Kemudian, ia dihumban ke dalam neraka."

Semoga diri kita dijauhkan daripada menjadi sebahagian golongan orang2 yang MUFLIS..
Sesungguhnya Allah menyukai hambanya yang bertaubat,
Taubat dari segala kesalahan tidaklah membuat seorang terhina di hadapan Tuhannya. Hal ini, justeru akan menambah kecintaan dan kedekatan (keakraban) seorang hamba dengan Tuhannya kerana sesungguhnya Allah S.W.T sangat mencintai orang-orang yang bertaubat dan mensucikan diri. 
Sebagaimana firmannya dalam surah Al-Baqarah: 222,
 "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."

Di antara kita pernah berbuat kesalahan terhadap diri sendiri sebagaimana terhadap keluarga dan kerabat bahkan terhadap Allah S.W.T.  Dengan segala rahmatnya, Allah S.W.T memberikan jalan kembali kepada ketaatan, ampunan dan rahmat-Nya dengan sifat-sifat-Nya yang Maha Penyayang dan Maha Penerima Taubat. Seperti diterangkan dalam surah Al Baqarah: 160 "Dan Akulah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."

‎" mulakanlah harimu dengan memuji Allah, 
seiring siulan burung ceria berterbangan, 
berzikirlah dengan alunan asma al-husna, 
bersyukurlah kita masih dibangkitkan,, 
mulakanlah dgn usaha memuji Allah, 
pergilah mencari rezeki semai bakti dan budi 
carilah nikmat yang banyak berlandaskan syariat 
agr hidup kita semua selamat.."

Wallahua'lam..



Untuk mengetahui penjelasan lebih lanjut..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...