Pages

Thursday, 24 November 2011

Perancangan

2 comments



" kekadang sesuatu perancangan tidak disusuli dengan tindakan, 
kekadang tindakan dibuat tanpa perancangan.. 
yang terbaik adalah perlu ada perancangan dan tindakan..
kekadang sesuatu perancangan yang dibuat utk jangka masa yang panjang,
tetapi terpaksa dipercepatkan, 
kekadang sesuatu perancangan untuk jangka masa yang pendek telah dibuat,
tapi terpaksa dipanjangkan (ditangguh/dilambatkan)...

Semuanya yang kita lakukan sudah siap dalam perancangan,
tetapi perlaksanaannya terlaksana atau tidak?
Allah yang Maha Berkuasa dan Berkehendak ke atas sesuatu
yang dikehendaki atau tidak dikehendaki..Kerana Dia Maha Mengetahui.."

Jika kau fikirkan kau boleh,
kau hampir boleh melakukan
jika kau fikirkan ragu-ragu 
usaha mu tidak menentu,
jika kau fikirkan kekalahan 
kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan 
kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan 
terkandung dalam pemikiran
berfikir boleh melakukan 
fikirkan boleh!!..
Kau boleh...

# tugasan yang diberi kekadang terlalu banyak dalam satu masa menyebabkan kita stress..
Stress terjadi kerana kita tidak dapat menguruskan masalah itu dengan baik dan bijak..

Sunday, 20 November 2011

Syiah

0 comments
Syiah : Wajarkah Pengikut Mazhab ini di fitnah dan  diperangi ??


Beberapa minggu lalu, media melaporkan,  Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menggempur Markas Syiah di Gombak, menggeledah  dan menangkap  mereka yang berada disitu.  Media arus perdana mencatatkan kenyataan pihak JAIS melabelkan  mereka itu sebagai  ‘sesat’ dan antara alasan kesesatan mereka itu ialah,  salah seorang dari mereka mempunyai ‘Tatoo’ bertulis ‘Allah’ dilengan mereka.
Bukti kesesatan lain antaranya ajaran Syiah ini ialah:
a-    Terlalu menyanjung Ali Bin Abi Talib (RA),
b-    Tidak mengiktiraf Khulafaurrashidin,
c-    Tidak menghormati  isteri Nabi Muhammad (SAW),
d-    Tidak mengiktiraf sebahagian Hadith Nabi (SAW)
       yang diriwayatkan oleh perawi tertentu
e-    Dan lain-lain lagi seumpamanya.



Benarkah ini bertentangan dengan Rukun Islam dan Rukun Iman?? 
teruskan membaca..

Saturday, 12 November 2011

Syukur atas syukur

0 comments

Assalamualaikum w.b.t
Semoga Sihat hendaknya kepada semua pembaca dan blogger yang dikasihi...
Dengan lafaz Bismillah pemula segala perkara..
Dengan lafaz Alhamdulillah selesai sudah segala urusan..
Di sini hendak berkongsi kelegaan dan sedikit kegembiraan lepas bersengkang mata berjuang utk menyiapkan assignment yang menimbun..
untuk di hantar lepas cuti mid sem ni..


Kita perlulah 
SYUKUR ATAS SYUKUR
mmm... macam mana tu?..teruskan membaca..

Thursday, 10 November 2011

Mazhab Kristian menyerupai Islam

1 comments



Waktu Maghrib telah tiba. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya itu bergegas solat. Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang imam. Jangan keliru, mereka bukan kaum Muslimin yang sedang  menunaikan kewajiban solat Mahgrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok. Kristian Ortodok, sebuah mazhab dalam agama Kristian. Kemungkinan orang awam akan terkeliru sebab aliran ini memang sangat mirip Islam. Bukan saja asalnya serumpun, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya hampir sama. Lihatlah cara mereka beribadah.
Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam. Ketika berjamaah, mereka juga menggunakan bahasa Arab. Rukun solatnya pun hampir sama. Ada ruku’ dan sujud. Bezanya, bila kaum Muslimin diwajibkan solat 5 kali sehari, penganut Kristian ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam; masing-masing dua rakaat. Mereka menyebutnya: sa’atul awwal (fajar/shubuh), sa’atuts tsalis (dhuha), sa’atus sadis (dhuhur), sa’atut tis’ah (ashar), sa’atul ghurub (maghrib), sa’atun naum (Isya’), dan sa’atul layl (tengah malam).

Di antara cara-cara ibadat mazhab Kristian ini
1. Solatnya dimulai dengan posisi berdiri yang dipimpin oleh seorang imam. Imam meletakkan kedua tangan di dada, membuat tanda salib, lalu mengucapkan lafaz dalam bahasa Arab: Bismil Abi wal Ibni wa Ruhil Quddus Ilahu Wahid (Demi nama Bapa dan Putra dan Roh Kudus, Allah Yang Maha Esa). Jamaah menyambutnya: Amin.
2. Imam melanjutkan berdoa dengan mengangkat kedua tangan dan disahuti oleh jamaah.
3. Setelah membuat tanda salib berikutnya, imam membungkukkan badan seperti posisi ruku’, dan mengucapkan: Quddusun Anta, ya Allah (Kuduslah Engkau, ya Allah). Jamaah menyahut dengan menyucikan nama Allah Yang Mahakuasa, Yang Tak Berkematian. Jamaah memohon kasih sayang Allah yang telah disalibkan sebagai ganti umat manusia.
4. Imam berdiri tegak dan menadahkan tangan lagi.
5. Lalu imam bersujud, dan diikuti seluruh jamaah. Ketika bangun dari sujud, imam membaca Subhanaka Allahumma (Mahasuci Engkau, ya Allah), jamaah menyahut bersamaan. Sambil menadahkan tangan, imam dan jamaah membaca Doa Rabbaniyah (Doa Bapa Kami versi bahasa Arab).
6. Selanjutnya dibaca Salam Walidatullah (atawa Salam Maria).
7. Imam kemudian membaca petikan Zabur (Mazmur dalam bahasa Aramaik), dan salat pun berakhir.
Bukan hanya itu sahaja, sebelum solat ditunaikan, mereka melaungkan azan untuk panggilan salat. Dalam panggilan solat ini ada kalimat yang mirip dalam Islam, misalnya hanya alashalah (marilah kita salat). Hayya alassalah bissalam(marilah kita solat dengan damai). Dan, sebelum acara salat dilakukan, didahului dengan pembacaan Injil.
Solat menghadap ke Timur
Ketika mereka solat, mereka menghadap ke timur kerana mengikut tradisi Jesus yang pada ketika itu menghadap kiblat salatnya ke Baitul Maqdis, Jerusalem. Namun, oleh karena Jerusalem hancur, orang-orang Kristen menjadikan tubuh Jesus sendiri sebagai kiblat. Hanya kerana tubuh Jesus dikatakan kini di surga, sesuai dengan kepercayaan mereka yang menyatakan surga itu di timur. Maka mereka mengadapkan kiblat solat mereka ke timur.
sumber: AKUISLAM.COM

Wednesday, 9 November 2011

Owh So Muslim !! (OSM)

0 comments






ISLAMIC DAKWAH the AWESOME WAY!!..

Waa... it's awesome...
i  like overall their approaches, standing and their ways in dakwah..
All the illustration and explainations is simple and meaningful..
I hope that this page will success always and their range be wider in the way of dakwah..
I hope that variety all of people will like this illustration and explaination..
Because it's way is enjoyable, and available..

Jom pakat support ramai naa ...
Pendekatan baru terhdap dakwah melalui medium kartun semakin 
melebar dan meluas masa kini, 
malah penerangan dan ilustrasi y dipadankan menghiburkan dn membuatkan pembaca dpt memahami dgn baik terhadap mesej y hendak disampaikan..:)

T-shirt

0 comments



Sunday, 6 November 2011

Sketsa Aidil Adha

1 comments



Assalamualaikum w.b.t pembuka bicara di awal kata..
Di sini perkongsian kisah mereka sebelum dikorbankan 
di Pagi Hari Raya Aidil Adha yang mulia..
Bersama kita hayati dan selami kisah mereka
di Pagi Raya...

Mari kita sama2 mengembara ke sebuah kampung untuk melihat gelagat2 dan aksi2 mereka yang mencuit hati...

Bermula lah cerita...


Hitam: Korang nampak tak, mana kekawan kita yang lain?.. rasanya wakil dari kampung kita yang bagi nama, ramai lebih dari 10 ekor..
Putih: oh ye ke.. tk tahu pula.. aku cuma tahu kita-kita je..
Belang: Eh, tk silap aku, aku ad nampak sebahagian dari geng2 kita ni, panjat pokok..

Panjat pokok?


Belang: Ha tu................... dia, nun sana..
Coklat : Korang semua ok tk?..dah la kita cabut lari ni..
agak2 ad orang perasan tk?..kita sembunyi kt sini?..

Opps... memang bijak mereka semua ni kan....
Mungkinkah mereka panjat sendiri?..



Hitam:
Hei kekawan semua, kita kena korban hari ni..
korang semua bersedia tk?...

Putih: Aku rasa gementar,, nervous terlebih ni...
Belang: Apalah korang ni.. tenang,rilek je..
kita nk berjuang ni.. hati mesti kena kental, jiwa perlu kuat dn sedia menyerahkn diri kita sepenuhnya kpd Allah s.w.t betul tk?

Semua kambing: haah betul la...mm (semua diam) 
mengenangkan nasib diri yang akan dikorbankn beberapa jam lagi..


Rintihan:
Kekanda ku, bersabarlah..
Kekanda pilih jalan yang benar,
Berjihadlah kerana Allah s.w.t
Sesungguhnya Allah melihat dan maha mengetahui hati murni kekanda
Adinda bersama anak-anak tercinta akan
mendoakan kesejahteraan kekanda di sana...
Adinda dn anak-anak akan menyusul kemudian...
Anak-anak kita masih memerlukan penjagaan yang rapi..
Diorang masih memerlukan susu adinda ni sepenuhnya..
Bila dah cukup dewasa mereka ni..
Barulah mereka pula akan jadi seperti kekanda...

Si Anak: Bonda, anakanda rasa sedih akan pemergian ayahnda,
tapi, tk pe la anakanda redha.. sebab teringat akan peristiwa pengorbanan antara nabi Ismail dan nabi Ibrahim.. si bapa mengikut perintah Allah, si anak juga mengikut perintah Allah.. betapa besarnya pengorbanan mereka dn mengutamakan perintah Allah..
mereka nabi, kita ni hanya makhluk y biasa shj..apalah sangat kita ni..



Hai semua, selamat hari raya aidil adha kepada semua umat Islam..
Doakan kami semua selamat untuk dikorbankan..
Salah dan silap harap diampunkan...

Silalah merasa daging segar kami..
jangan lupa, dapatkan yang asli,, 
dapatkan di masjid yang terdekat...


Lembu 1 : Eh, cuba tengok kambing putih tu ceria, selamba je kan..
kita kena 'be confident' ni... and 'be cool'... 
waa speaking pula tetiba ni...

Lembu 2 : amboi2, boleh pula dia nak ber'speaking' skg ni dh masa kemuncak ni..
lagi berapa minit je kita dah nak sampai... turun2 je dh kena 'get ready'... 
kena betulkan niat.. kita kena tenang untuk di sembelih nanti, agr daging kita elok, segar dn tk liat nk di makan.. kalau kita cemas, urat pernafasan kita bermasalah nnt beri kesan masa sembelih nnt.. takut2 beri kesan pada kualiti daging kita, rasa tk sedap ke, liat ke.. takut juga.. 

Kini tiba masanya.. mereka semua bergilir2 menunggu giliran untuk dikorbankan..

Bismillahirrahmannirrahim..


AKHIRNYA...


Pengorbanan yang dilakukan amat besar dan memberi 
manfaat kepada sekalian manusia di muka bumi ini..




P/s : Hiburan semata2, sketsa untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha
Memohon maaf di ats segala kekhilafan dan kesilapan ats semua dialog di atas..
Semuanya adalah rekaan semata2.. 




Thursday, 3 November 2011

Kuatkan Semangatmu!!

1 comments




Salam Tazkirah….

Semasa mnuntut ilmu, kuatkanlah Semangat kalian…
Sungguh besar darjat org yg mnuntut ilmu, krana pasti akan DIUJI…

Buatku n dirimu...
Hai sahabat, tidakkah kau mrenung tingginya smngat para sahabat yg brjuang di medan perang bak singa yg lapar mlawan musuh2 Allah..xsedar perut yg sudah trburai, xsedar tetakan2 pedang, puluhan panah di jasad..namun tetap tegar mahu BERJIHAD..krana mhu mnegakkan kalimah Allah..

Tapi jika kau hanya baru di uji dgn ujian yg sedikit..ktika mnuntut ilmu… sudah cepat untk mngeluh…sudah cepat untk brputus asa…dgn asginment yg bnyak..dgn aktiviti yg byk..sudah cpat trasa trbeban…tidak mahukah smgat JUANG untuk CEMERLANG?

Tapi dgn NIAT akn mngubahmu..jika smngat krana Allah, akn SABAR n REDA dgn stiap ujian-Nya. Jika mnuntut krana ingin mnyebarkn syiar Islam tetap KUAT wlau plbgai rintangan. Krna MATLAMAT trbesar smakin brilmu,smakin mngenali Allah,smakin hmpir dgn-Nya, smakin tawaduk pada-Nya.tp jka niat SEBALIKNYA,khuatir akn trus trasa lemah…

*Utamakn amanah yg penting dhulu..prbetulkn mtlamat,tujuan mnntut ilmu. Tunaikn tnggungjawab pada ayah ibu,guru2 n rakan2…(jaga hati mreka). Wallahu ‘alam.
Hiasi iman dgn zikir n fikir…renung2kn, n slamat beramal~


# Perkongsian dr Atiqah Nawawi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...