Pages

Friday 5 October 2012

Oh My Love!




Assalamualaikum w.b.t  alhamdulillah ucapan syukurku ke hadrat Illahi kerana masih dikurniakan lagi Nikmat Iman dan Islam, sehingga kini aku masih dapat bernyawa dan dapat bernafas. Selepas selesai menunaikan kewajipan KepadaNya. Aku mula mendengar alunan Nasyid yang diputarkan di corong radio pilihan hati iaitu IKIM.fm sebagai pembukaan pada pagi ini, majoriti lagu yang diputarkan ber'tema'kan mengenai Rasulullah s.a.w dan haji.. 
Lagu demi lagu diputarkan, daripada selawat hingga ke lagu English yang dibawakan oleh Maher Zain iaitu 'Waiting For the Call'. Perkongsian pada hari ini adalah mengenai lagu baru yang dinyanyikan oleh Hafiz Hamidun mengenai 'Rasulullah' s.a.w junjungan Mulia kita. Dengan bersemangat jari-jari kecil ini menaip dengan pantasnya untuk mencari MP3  download bagi lagu yang sedang dialunkan. Namun, hampa.. =_=' rupanya masih dalam pengenalan lagi lagu ni, belum dikomersialkan secara rasmi dalam penerbitan album. 

Aku sedar walaupun tidak mendalam pengetahuanku mengenai Sirah (sejarah) baginda, Namun kecintaanku padaNya tidak berbelah lagi, apatah lagi jika diriku dapat memahami sirah baginda, perjuangan dan pengorbanan yang baginda lakukan demi menyebarkan dakwah Islam kepada umatnya pasti menggunung tinggi, aku pasti bermati-matian demi mempertahankan maruah dan jasa yang Rasulullah s.a.w telah sumbangkan demi kedaulatan Islam tertegak di muka bumi ini.

Tetiba teringatkan alunan lagu mengenai 'Rasulullah' yang dinyanyikan oleh kumpulan Rabbani semasa 'arwah' Ustz Asri masih hidup, menyentuh jiwa juga lagu ni. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al fatihah kepada baginda Rasulullah s.a.w dan juga kepada pejuang-pejuang Islam, seterusnya muslimin dan muslimat yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. 


Ya Rasulullah, Ya Nabiyallah 'Alaihi ka ya solawatullah.. 
Dengan Ilmu yang tajam, musnah musuh kejam.
Biar musuh memutih di bumi, Namun undur tidak sekali.
Sungguh kau berhati kota, bersemangat bersih waja.
Kau pesuruh Allah tercipta, Wajahmu terbayang di ruang mata..
Sejarah tetap menjamin, Islammu pasti menjadi jernih
Pohon semesta negara sentosa hulur bantuan yang disedia
Panduan al-quran dan sunnah peninggalanmu yang berharga..


"Kasih Padamu" - Hafiz Hamidun 

Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Kau di utus atas nama Kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan

Walau diri bisa menakluki tahta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi LillahiTaala
Azimat yang berharga

Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Rasulullah Engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun Iman dan dilapangan Mujahadah


Dari hadith dan AlQuran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang Kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat

Rasulullah Terlalu Rindu
Padamu Junjungan Jiwa
Didalam senda yang utama
Menyambungkan kasih denganMu

Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Ya Rasulullah Ya HabibAllah
Pabila terkenangMu mengalir air mataku…..

* Lirik dan Lagu ini ada aura tersendiri, dari segi bait-baitnya dan melodinya.


Tidak lupa juga kepada semua jemaah haji. Selamat menunaikan ibadah, kepada semua jemaah Haji, semoga dipermudahkan segala urusan dalam melaksanakannya. Selamat pergi dan selamat pulang. Mudah2an segala taubat, dan amal ibadah kita diterima oleh Nya, dan beroleh Haji yang 'Mabrur'. Amin..

8 comments:

Anonymous said...

Somebody necessarily lend a hand to make severely posts I would state. That is the first time I frequented your web page and to this point? I amazed with the analysis you made to make this actual publish extraordinary. Excellent task!

Anonymous said...

Just wish to say your article is as surprising. The clearness in your post is just great and i can assume you are an expert on this subject. Well with your permission let me to grab your feed to keep updated with forthcoming post. Thanks a million and please carry on the rewarding work.

nur zunairah humaira said...

Assalamualaikum...tmpg ambil lirik dan header anda yang cantik utk buat desktop pc saya...mohon dihalalkan ya...syukran..

SaEidah SyamIelah said...

Nur zunairah :

W'salam,
dipersilakan :)

Anonymous said...

perasaan rindu kpd kota makkah dan madinah bawa saya ke sini.. :')

and yes, lagu Kasih Padamu memang ada aura tersendiri.. airmata tak henti2 mengalir..

tersangat rindu..

Unknown said...

Assalam. saya share lirik tu di blog saya. terima kasih

Anonymous said...

salam... mohon pencerahan.. gambar yg diatas tu.. I LOVE MY PROPHET "BIHAMDI" OR I LOVE MY PROPHET "MUHAMMAD"

SaEidah SyamIelah said...

w'salam, gambar di atas

I LOVE MY PROPHET 'MUHAMMAD.'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...