- WARNA -
Rahsia Warna Baju/ Pakaian
" Warna-warna yang terpamer bukan setakat mempamerkan kecantikan, tetapi ia mempunyai kualiti tersendiri. Ia turut memberi gambara kekuatan dan kelebihan seseorang dan personalitinya.. "
Personaliti suami terpamer melalui warna dirinya. Pemilihan sesuatu warna berkait rapat dengan kehendak diri yang mempunyai alasan tersendiri. Alasan-alasan inilah yang menggambarkan sifat seorang lelaki. Memahami dan memikat hati suami dengan solusi warna tidak perlu diambil secara mutlak seratus peratus sebagai satu fakta. Tetapi ia boleh dijadikan sumber rujukan yang membantu.
Di dalam sebuah buku yang bertajuk The Complete Book of Colour karangan Suzy Chiazari beliau berkata,
" Alam semula jadi dikurniakan dengan warna-warna untuk keperluan fizikal dan rohani kita. Ia menyumbangkan seluruh sistem badan dengan membekalkan tenaga yang penuh hikmah dan tidak boleh kurang dalam kehidupan seharian. Kita secara aktif atau pasif bertinfak balas terhadap warna dalam segala tugasan harian.
Kita sering mempunyai suatu hubungan secara peribadi pada warna. Kita sering memberi diri kita suatu rawatan warna dengan mendedahkan diri kita kepada warna tertentu di dalam rumah atau perkarangan rumah. Walaupun begitu, reaksi kita pada warna itu adalah secara tidak sedar, kita boleh menggunakan kuasa ini bagi memperbaiki kualiti hidup dan kesejahteraan.
Terdapat banyak cara bagi memperkenalkan warna ke dalam sistem kita. Dengan memahami maksud dan kesan-kesan fisiologi dan psikologi yang dibawa oleh warna, kita berupaya memilih warna yang dapat memupuk kemakmuran, kejayaan, pertumbuhan personal, keyakinan diri, dan membebaskan tenaga kreatif kita untuk pakaian, tempat tinggal dan persekitaran kerja serta taman bunga.
Kita juga boleh mendapatkan tenaga warna yang terdapat dalam makanan dan minuman. Pokoknya, semua orang boleh belajar menggunakan warna bagi mendapatkan lebih kenikmatan dan kepuasan hidup. "
* Ia adalah hasil kajian yang dilakukan oleh pakar jiwa, perubatan dan pakar psikologi bagi mendapatkan ketepatan maklumat mengenai personaliti manusia melalui pemilihan warnanya.
Hubungan antara suami dan warna pilihan.
HITAM
- semangat yang kuat, terlalu yakin pada pendapat diri dan berdisiplin.
- Degil dan berdikari.
- Kelihatan matang dan menyelubungi identiti yang sebenarnya.
- Mewakili perbuatan tidak mengaku ataupun menyerah diri hanya pada saat-saat akhir.
- Sentiasa ingin menolak daripada segala perlindungan yang kuat.
- Dalam situasi yang tertentu menunjukkan personaliti yang mempunyai kawalan pada diri mengikut imej berkomunikasi.
MERAH
- Mendesak, mudah dirangsang dan lincah.
- Mempunyai cita-cita yang tinggi dan apabila menginginkan sesuatu dilakukan dengan pantas.
- Cuba melakukan sesuatu dalam keadaan yang terbaik.
- Tidak peka pada perasaan orang lain apabila diri menjadi tumpuan.
- Perlu belajar menjadi pendengar yang baik.
- Sedikit memaksa dan mudah membuat keputusan apabila bertindak dalam keadaan terdesak ataupun mencemaskan.
- Mempunyai kelebihan yang dapat disalurkan bagi memimpin, membangunkan atau mengembangkan sesuatu.
- Berani dan peramah, namun mudah marah jika tidak dapat memenuhi kehendak. Perlu belajar bersabar.
PUTIH
- Menggabungkan semua warna yang lain dalam spektrum. Mempunyai peribadi yang positif, matang dan optimistik.
- Gemar menyendiri.
- Inginkan gaya hidup sederhana dan bebas tekanan.
BIRU LEMBUT
- Kreatif, mudah mengerti serta mudah sensitif.
- Mempunyai daya imaginasi yang tinggi serta sentiasa bertindak secara praktikal dalam kehidupan.
- Teliti dalam teguran.
- Penasihat yang baik kerana menggunakan pengetahuan bagi menyelesaikan masalah.
- Gemar melakukan aktiviti mengikut kesesuaian masa serta tidak suka terburu-buru.
- Inginkan suasana selamat dan mendamaikan.
BIRU GELAP
- Seorang yang cerdik, mempunyai keyakinan tinggi serta mempunyai perasaan yang mendalam.
- Merasakan diri bertanggungjawab kepada orang lain serta seronok membuat pilihan.
- Memerlukan persekitaran yang tenang, serta ingin dibelai dengan kasih sayang.
- Mudah terganggu dengan keadaan bising.
- Pasangan yang menggemari pakaian berwarna ungu kebiruan mudah sensitif, bersimpati dan mudah dipergunakan.
MERAH JAMBU
- Bersikap penyayang, mencintai alam semulajadi.
- Mudah bersimpati dan memahami.
- Mudah menunjukkan kelemahan diri apabila gagal mengawal emosi.
- Sentiasa memerlukan sokongan dan dorongan orang lain.
- Sedikit keanak-anakan.
- Sentiasa menyayangi dan menghargai diri sendiri.
OREN
- Mampu menguasai dan mempengaruhi sikap orang lain.
- Tidak sabar.
- Mudah berdikari dan mempunyai perancangan serta berdaya memotivasikan diri sendiri.
- Bersikap praktikal dan kreatif.
- Sangat bertenaga namun mudah gelisah.
- Aktif dan mahu bersaing dan sentiasa periang.
HIJAU
- Berwaspada, berhati-hati dan tidak mudah mempercayauai orang lain.
- Sesuai dengan kehidupan yang damai sunyi.
- Bermurah hati, berperikemanusiaan serta membantu orang lain mengubah sikap.
- Dengan berpakaian berwarna hijau kebiruan, sukakan persekitaran yang aman, keinginan bagi mendapatkan ketenangan, serta bebas daripada konflik ataupun ketidakpuasan hati.
- Mudah sensitif. Ia jelas kelihatan dengan gaya pandangan mata.
KUNING
- Penuh minat dan perangsang.
- Aktif dalam apa jua aktiviti.
- Mempunyai semangat yang tinggi dan mampu hadapi cabaran hidup.
- Kuning cerah menggambarkan sikap yang spontan dan bijak berkomunikasi.
- Sentiasa menginginkan dan berharap bagi mencapai kegembiraan.
- Idea dan pemikiran tinggi.
- Sentiasa baru, moden dan mengalami perkembangan.
- Sentiasa memerlukan ketenangan apabila konflik.
UNGU
- Berkebolehan mengentahui sesuati melalui bisikan hati, mempunyai perasaan yang mendalam, serta bercita-cita tinggi.
- Berkeinginan mahu berjaya dalam semua bidang dan mahu melibatkan individu lain bersama.
PERANG
- Bersikap jujur, bersifat realistik, sukakan gaya hidup yang berstruktur dan tolong menolong.
- Sentiasa membelai rasa, menghargai makanan, minuman dan juga rakan yang baik.
- Bersifat pelindung, mungkin dengan memendamkan emosi ataupun rahsia hingga sentiasa berundur diri dan takutkan dunia luar.
KELABU
- Tersendiri pendekatannya.
- Kawalan diri yang tinggi dan sangat cenderung untuk tidak merapatkan diri dengan orang lain.
- Suka mengasingkan diri.
- Selalunya menjadi orang yang membuat keputusan dan juga pengkritik yang baik.
Info yang diperoleh dari buku yang bertajuk Bagaikan Khadijah di hati Rasulullah terbitan PTS Millenia 2010 yang dikarang oleh Zamri Mohamad dan Imran Yusof.
Buku ini dilihat sebagai sebuah karya pertama penulis (Zamri Mohamad) yang membicarakan isu cinta, kasih sayang dan dunia sebelum dan selepas perkahwinan daripada kaca mata generasi lama dan baru.
Serlahkan kehebatan cinta dan kekalkan kehangatan kasih dalam perkahwinan bagi mengabadikan kehidupan bersama yang disinari nikmat kebahagiaan dunia dan akhirat.
Banyak lagi, topik2x dan bab2x yang menarik dibincangkan dan dikupaskan dalam buku ini.
Mari menambah ilmu dan pengetahuan, sebagai persediaan bagi yang belum berkahwin dan sebagai pengukuhan layar bahtera kepada sesiapa yang sudah berkahwin. Moga bermanfaat.
Selamat membaca!
:)