Pages

Tuesday, 11 December 2012

SoulMate


Sesungguhnya seorang wanita mendambakan seorang suami yang beriman dan beramal soleh. Seorang suami yang beriman dan beramal soleh pasti dapat membimbing isterinya dan zuriat keturunannya. Malah seorang suami yang beriman pasti dapat menjadi imam yang menjadi petunjuk jalan bagi anak dan isteri. Beriman di sini adalah umum dan lebih meluas lagi konsepnya, jangan disempitkan dengan pemikiran pasti ustaz-ustaz, ini salah faham yang besar, sekiranya seseorang itu berpenampilan korporat, namun dalamannya berjiwa ustaz, itu juga menjadi dambaan. Apa yang penting adalah akhlaknya, ilmu agamanya dan sikapnya berkaitan tanggungjawab, bersedia atau tidak. Umur bukanlah penghalang. Kematangan dan ke'sedia'an itu yang penting. 

Namun, terdapat persoalan yang terbuku diminda. Bagaimana aku hendak mendapatkan suami yang aku impikan? Caranya ialah kita perlu memperbaiki dan memperelokkan akhlak, peribadi dan ilmu sebaik-baiknya sebagai persiapan menerima kedatangan sang suami sebagai pelengkap hidup. 

Kerana Janji Allah s.w.t itu pasti berdasarkan Firman Allah s.w.t (surah an-nur : 26) :

Maksudnya : 

Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Sejujurnya hati ini telah terbuka untuk mencari teman hidup yang selama ini tidak pernah dibuka. Hati ini milik Allah s.w.t, Dia jualah yang menyuntikkan rasa itu. Namun, kali ini, sekali lagi terdapat persoalan demi persoalan yang terbuku di minda. Aku amat-amat memerlukan jawapan untuk merungkai segala persoalan ini. Bagaimana aku hendak tahu dialah jodoh ku, dan dialah yang Allah s.w.t telah ciptakan untuk aku? 

Pernah aku berdiskusi bersama sahabat2 mengenai perkara ini. Terdapat beberapa pandangan yang aku peroleh, setelah aku meminta khidmat nasihat dari mereka. 

1. Berdoalah pada Allah s.w.t . InsyaAllah nanti dia akan hadir sendiri, bila tiba masanya.
2. Nak akak carikan yang sesuai?
3. Pelihara diri sebaik2nya, prepare sebaik-baiknya sebelum tiba masanya. 
4. Cubalah cari, kawan kan ramai. Tak kan lah tak de yang berkenan di hati.

Semua pandangan mereka aku raikan dan akan aku ingat. Namun aku masih belum puas hati akan semua jawapan yang diberikan, kerana aku rasa mesti ada cara dan jalan yang lain.
Namun, hati aku kuat dan tekad menyatakan bahawa diri aku tidak mahu terlibat dalam istilah 'couple'. Kerana istilah ini sinonim dengan aktiviti'belangkas'. Belangkas?  Iaitu ke mana-mana sahaja, pasti berkepit dan berdua-duaan, malah lebih lagi dari itu. 

Dan yang pasti itu bukan jiwa aku, kerana bagi aku kemanisan itu pasti terhakis dan makin hilang sedikit demi sedikit. Tapi, perkara ini bersifat subjektif, lain orang lain pandangannya.
Pasti ada yang berkata, 'macam mana kita nak kenal dengan orang itu, jika kita tak berjumpa dan keluar dengan dia? ' . Entahlah, apa yang aku yakin dan pasti, itu bukanlah cara dan jalan terbaik sebagai pra langkah mengenali seseorang dan menuju alam yang seterusnya. 

Bagi aku, rupa bukanlah suatu perkara yang utama. Hati itulah yang penting. Kerana bukan mudah utk 2 jiwa ber'satu' hati. Sememangnya 'instinct' bagi 2 jiwa yang ber'satu' hati adalah sesuatu yang begitu istimewa dan itu semua perancangan dan aturan dari Allah s.w.t sendiri.

Bila berbicara soal teman hidup, terjah lagi satu persoalan dibenak fikiranku, bagaimana fikrah suamiku? Adakah fikrahnya berbeza denganku? Walaupun tidak semua orang memikirkan mengenai perkara ini, bagi aku persoalan ini termasuk dalam kategori yang terpenting juga. 

Akhirnya, aku membuat kesimpulan. Walaupun banyak persoalan datang bersusun dalam 'folder' mindaku. Pencarian demi pencarian pasti akan aku teruskan. Apa yang penting, aku pasti tetap dengan prinsip aku, say no to 'Belangkas'.  Tidak lupa juga untuk terus berdoa, solat hajat dan memohon ibuku juga turut mendoakan agar aku menemuinya satu hari nanti yang beriman dan beramal soleh serta bertaqwa padamu Ya Allah! . 

" Jodoh tidak akan datang bergolek, Ia juga tidak akan muncul di depan mata dengan sekelip mata, kerana ia memerlukan kepada usaha dan pengorbanan masa yang berterusan. "

Dalam meneruskan pencarian ini, 3 aspek ini mesti dipraktikkan dan dipupuk dalam diri:

1) Teruskan menuntut ilmu sebanyak2nya utk menambah ilmu pengetahuan. Mengenai ilmu yang pelbagai, lagi2 bab hukum hakam agama, jika wanita tidak tahu ilmu ini, maka senang ditipu dan ditindas.
2) Proses 'Pentarbiyahan Diri' perlu diteruskan, untuk membentuk peribadi dan akhlak yang mulia. 
3) Jaga 3 Hubungan ini selaku bergelar manusia dan khalifah di muka bumi ini. Hubungan dengan Allah s.w.t, manusia dan juga hidupan yang hidup di muka bumi ini (haiwan dan tumbuhan, ciptaan dan makhluk yang lain).

Teringat pesan ustaz dalam cerita 'Warkah Cinta' dalam Tips2 mencari pasangan , 'Jangan cari Wanita yang mesra alam, semua orang dia ramah, tidak kenal siapa dan  tidak kira di mana' .
Just nice to all people, but it's still have a limit. Is it Right?

Sebelum berakhir penulisanku pada ruangan kali ini, teringat pula pada kata2 sahabat yang tidak jemu menasihati aku. 

1) Be a positive person.
2) Be a cheerful women.
3) Speak the nice words.
4) Show your loving and caring to all of people around you. 
5) Don't be ego, selfish, stingy and all of the bad and negative thinks.
6) Don't forget to smile always.  

Terdapat juga satu lagu yang amat aku suka, iaitu Cintai Ilahi - Hijjaz. Maksud lagu ni memang memberi manfaat untuk diri kita. Aku seorang manusia yang lemah dan masih memerlukan kekuatan untuk terus 'istiqamah' dalam meraih Cinta Ilahi untuk ketenangan dan kesejahteraan hidup di muka bumi ini dan akhirat yang kekal abadi. 

* Sesungguhnya Allah s.w.t itu tidak zalim pada hamba2Nya. Allah s.w.t lebih Mengetahui dan  Mengerti apa yang terbaik untuk hambaNya. Dia pasti akan memberikannya pada masa yang sesuai dan masa itu pasti kau dalam keadaan yang sudah bersedia. Kerana semua itu adalah dalam pengetahuannya. 

Link yang berkaitan : Mencari Jodoh 

2 comments:

mye said...

tq sbb mnjwb teka tki sy..
hehe
nk copy ckit blh?..hehe

SaEidah SyamIelah said...

sama2, silakan.. :)

Perkongsian bersama..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...