Pages

Thursday, 20 December 2012

Zikrullah


Tumblr_m75sbney6l1r9kkseo1_500_large

Zikir merupakan salah satu cara untuk kita mengingati Allah s.w.t. Sedangkan maksud zikir itu sendiri merujuk kepada maksud 'ingat'. Namun, terdapat segelintir daripada kita menjadikan fenomena zikir ini seperti lagu-lagu biasa. Kenapa saya berkata begitu? Walaupun mulutnya terkumat-kamit ber'zikir', namun hatinya tidak ber'zikir' kepada Allah s.w.t. Seolah-olah zikir itu sebagai hiburan sahaja, bukan suatu proses penyucian jiwa dan proses untuk lebih mendekatkan diri kepadaNya.

Kebanyakan sekarang ini, zikir sudah bermacam-macam rentak dan versi. Pendekatan dari orang seniman adalah membawa sesuatu yang baru dan ikut peredaran semasa. Namun perlu diingat, kita perlu memilih yang benar-benar terbaik untuk diri sendiri dalam pengisian rohani diri. 

Ya, memang tidak dapat dinafikan setiap orang lain citarasanya. Lain juga pendekatan yang diambil oleh seseorang itu. Tetapi, jangan kita lupa zikir bertujuan untuk penyucian jiwa, lebih mendekatkan diri kita kepada al-Khaliq, bertambah rasa kehambaan dalam diri dan bertambah kuat pergantungan kita kepada Allah s.w.t. Ia bukan sekadar lahir dari mulut semata-mata, namun apa yang diungkapkan itu perlu masuk ke dalam hati. 

Biarlah zikir itu selari mulut dan juga di dalam hati. Konsep Zikrullah ini tidak terbatas hanya di atas tikar sejadah semata-mata dan juga selepas atau sebelum solat, akan tetapi ia sangat luas bahkan boleh dilakukan di mana2 sahaja, apa jua situasi, dan bila-bila masa. Bukan sahaja diwaktu kita dalam kesusahan dan kesempitan sahaja kita ingat kepadaNya, akan tetapi ketika di waktu senang juga sebagai tanda kesyukuran kita kepada Yang Maha Esa.
Semuanya datang dariNya dan merupakan suatu pemberianNya kepada kita.  




Mafhum Ayat al-Quran : 
" Ingatlah Aku nescaya Aku akan mengingati kamu" (Al-Baqarah:152)

Dalam hadith qudsi, Allah telah berfirman:

“.. Aku sentiasa dengan hambaKu setiap kali dia mengingatiKu 
dan bergerak-gerak kedua bibirnya menyebut namaku.. ” 

“.. Jika hambaKu mengingatiKu dalam dirinya, Aku pasti mengingatinya dalam diriKu. Jika dia menyebut namaKu di hadapan khalayak ramai, Aku akan menyebut namanya dihadapan khalayak yang lebih mulia daripada khalayaknya. Jika dia menghampiriKu sejengkal, Aku akan menghampirinya sehasta, jika dia mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika dia datang berjalan kepadaKu, Aku akan berlari kepadaNya. 
Yakni segera menyahut segala permintaannya.. ”

 Rujukan : Mengingati Allah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...