

Piala dunia kini sememangnya menghantui si kaki gila bola,,tidak dinafikan siaran langsung piala dunia yang ditayangkan di negara kita sehingga lewat malam dan sampai pagi ,,,dengan kesempatan ini,,tidak rugi bagi kita untuk menunaikan solat sunat di sepertiga malam (qiamullail) alang2 sudah berjaga dan berjegil mata,,ada banyak manfaatnya jika kita meluangkan masa dalam 10-15 minit untuk menunaikan solat sunat di hening pagi sementara siaran langsung berehat seketika (iklan)..Di samping masa kita tidak terbuang begitu sahaja,,malah kita dapat top up masa yang terbuang begitu sahaja dengan solat sunat 2 rakaat,,kelebihannya adalah diri kita menjadi lebih tenang dan hati kita menjadi lebih tenteram,,jiwa kita juga merasai kepuasan yang tidak terhingga,,solat sunat taubat perlu dilakukan oleh kita setiap hari sebenarnya,,kerana diri kita ini tidak pernah lari dari melakukan dosa kepada Nya..Allah itu maha pengampun lagi maha mengasihi hambanya,,Allah sangat menyukai hambanya yang sentiasa berdoa dan memohon hajat dari Nya,,sehasta kita dekat kepada Nya,,sedepa Dia dekat kepada kita,,