Piala dunia kini sememangnya menghantui si kaki gila bola,,tidak dinafikan siaran langsung piala dunia yang ditayangkan di negara kita sehingga lewat malam dan sampai pagi ,,,dengan kesempatan ini,,tidak rugi bagi kita untuk menunaikan solat sunat di sepertiga malam (qiamullail) alang2 sudah berjaga dan berjegil mata,,ada banyak manfaatnya jika kita meluangkan masa dalam 10-15 minit untuk menunaikan solat sunat di hening pagi sementara siaran langsung berehat seketika (iklan)..Di samping masa kita tidak terbuang begitu sahaja,,malah kita dapat top up masa yang terbuang begitu sahaja dengan solat sunat 2 rakaat,,kelebihannya adalah diri kita menjadi lebih tenang dan hati kita menjadi lebih tenteram,,jiwa kita juga merasai kepuasan yang tidak terhingga,,solat sunat taubat perlu dilakukan oleh kita setiap hari sebenarnya,,kerana diri kita ini tidak pernah lari dari melakukan dosa kepada Nya..Allah itu maha pengampun lagi maha mengasihi hambanya,,Allah sangat menyukai hambanya yang sentiasa berdoa dan memohon hajat dari Nya,,sehasta kita dekat kepada Nya,,sedepa Dia dekat kepada kita,,
jika kita datang kepadaNya berjalan,,Dia datang kepada kita dengan Berlari,, Lihatlah betapa gembiranya ALLAH sekiranya hamba2nya itu sentiasa dekat denganNya,,ALLAH tidak rugi apa2 sekiranya diri kita makin jauh dariNya,,malah diri kita yang semakin hampir ke lembah kegelapan dan kebinasaan..Malah hidup kita akan merasa tidak tenang,tenteram dan semakin keluh resah,jiwa gelisah,,semua serba tidak kena,,walaupun kesenangan yang kita kecapi selama ini,,tetapi kenikmatan kita tak dapat merasainya secara hakiki,,
Marilah kita sama2 meningkatkan amal ibadah dan kebajikan kita setiap hari,,,kerana diri ini mudah alpa dan leka..kerana itu niat dan azam perlu sentiasa diperbaharui,,agar jelas matlamat yang hendak dicapai ,,
sekiranya keinginan dan kehendak kita tidak membuak2 hidup yang kita lalui sehari demi sehari seperti tiada makna dan tiada apa yang hendak dikejar dan menjadi hambar..
Kesimpulannya,,menonton bola/tv tiada salahnya malah penggunaan masa yang kita gunakan itu ke arah yang mendatangkan manfaat kepada diri atau tidak itu yang menjadikan sesuatu itu salah atau tidak..Niat dan azam kita perlu sentiasa di ingatkan dan harus dibisikkan dalam hati dan jiwa kita agar diri kita menjadi peka dengan apa yang perlu kita kejar dan apa matlamat yang hendak dicapai menjadi lebih jelas dan kita akan lebih bersemangat untuk mencapainya,,sekiranya tiada "reminder"/peringatan dalam diri kita, keinginan dalam diri kita tidak membuak2 (burning desire)maka tindakan hendak melaksanakannya tidak segera malah menjadi sambil lewa..
solat sunat taubat itu perlu untuk memohon keampunan dariNya..ia menjadi sumber makanan untuk rohani kita,,sekiranya rohani kita kurang zat,maka roh kita tidak sihat,,jadi macam2 akan berlaku cthnya jiwa menjadi gelisah dan serba tak kena,,janganlah kita menjadi ego (sombong) denganNya ,,contohnya kita tidak pernah memohon keampunan darinya jika kita melakukan dosa,,malah kita tidak pernah mengucapkan 'istighfar' di atas kesilapan dan kesalahan yang pernah kita lakukan dan tidak pernah bermuhasabah diri sekiranya ada musibah yang menerpa bahkan kita menyalahkan lagi musibah yang hadir itu..
"INSAFLAH SAHABATKU,SAUDARA SEAGAMAKU.INGATLAH DAN KEMBALILAH KEPADANYA JIKA KAU SUDAH JAUH TERSASAR DARI MENDEKATINYA,,
RASAILAH KERUGIAN YANG AMAT NYATA
SEKIRANYA KAU TIDAK BERGANTUNG HARAPAN PADANYA,,
KERANA HANYA DIA YANG BERKUASA KE ATAS SEGALA SESUATU"
RASAILAH KERUGIAN YANG AMAT NYATA
SEKIRANYA KAU TIDAK BERGANTUNG HARAPAN PADANYA,,
KERANA HANYA DIA YANG BERKUASA KE ATAS SEGALA SESUATU"
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali.
Wahai manusia, Bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaNya setiap hari 100 kali.
Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.
nescaya Allah ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan”.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya ialah pada akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir kepada Allah pada waktu itu hendaklah kamu lakukan.
Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu.
Sesungguhnya hatiku lupa (tidak ingat kepada Allah) dan sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah setiap hari 100 kali.
HAKCIPTATERPELIHARASAIEDAHSYAMIELAH2010
1 comment:
terima kasih atas ingatan :)
Post a Comment