"klik the image"
“ Kau ni Nurain jual mahal sangat. Dah orang nak kat kau terima sajalah”, marah Malisa teman sekelasku. Aku cuma diam. Perkara itu yang selalu dibangkitkannya. Kadang-kadang bingit telingaku mendengar cerita-cerita dia tentang teman lelakinya. Ada sahaja yang akan dibualkan. Aku tidak boleh menerima keadaan itu. Aku selalu mengelak daripada bertemu dengannya, tapi lain pula yang berlaku.“ Kau ni kenapa? Setiap kali habis kelas aku tengok macam kau nak mengelak daripada aku je. Kenapa?Sebab kau malas nak dengar cerita aku tentang teman lelakiku tu ye. Kau tak ada kau tak tahu macam mana. Cuba kau ada, entah-entah setiap saat setiap masa nak bercakap tentang teman lelaki kau”, kata Malisa sambil menepuk-nepuk bahuku berkali-kali.
Aku terkejut dengan kata-kata Malisa. Inikah Malisa yang aku kenal dulu. Malisa yang juga ditarbiyah sepertiku. Teman yang sama-sama belajar untuk memperbaiki diri, mempertingkatkan kemampuan diri untuk terus berada di jalan Allah.
Aku termenung seketika. Ke mana haluan Malisa sekarang? Setiap kali aku mengajaknya ke program ada sahaja alasan yang akan diberikan. Kadang-kadang aku seperti sudah putus harapan untuk memujuk Malisa.
“ Assalamualaikum…”,
“ Waalaikumusslam…boleh saya tahu siapa di sana?
“ Saya Irfan, kawan baik kepada teman lelaki Malisa”,kata lelaki itu.
Nurain terkejut.
“ Apa hal awak telefon saya?” tanya Nurain dengan nada suara yang agak garang.
“ Saja nak berkenalan dengan awak. Saya sekarang tengah kesunyian.Sedang mencari cinta seseorang perempuan yang dapat membimbing saya ke jalan yang benar. Saya tahu awak perempuan baik. Sebab tu saya nak sangat berkenalan dengan awak”.luah lelaki itu dengan penuh perasaan.
Nurain terkejut sekali lagi. Dia bengang dengan sikap Malisa yang mahukan dia merasa hidup ini penuh bermakna apabila mempunyai teman lelaki. Nurain terus menutup telefonnya. Dia bangun dari atas katil menuju ke bilik air. Membasuh diri dan berwuduk untuk menunaikan solat Isya’.
Irfan telefon lagi. Kali ini dia merayu-rayu agar Nurain mendengar penjelasannya secara jujur. Dia meluahkan isi hatinya sekali lagi dan mengharapkan Nurain memahami jiwa dan perasaannya sekarang. Nurain menjadi serba salah. Dia mula berasa Irfan jujur dengannya dan benar-benar sedang mencari cinta seorang perempuan. Nurain mula memikirkan sesuatu. Tiba-tiba dia menggelengkan kepala.
Seminggu berlalu, kini Irfan berasa bahagia dengan keputusan Nurain. Keputusan untuk menerimanya. Namun, jauh di sudut hati Nurain masih ada perasaan berbelah bahagi dan perasaan serba salah. Benarkah keputusan yang telah dia buat? Adakah keputusan ini tidak akan menjejaskan perjalannan tarbiyahnya nanti? Tapi…perasaan cinta itu pasti ada dalam setiap hati manusia. Perasaan cinta itu tidak salah. Mengapa aku perlu menolak cinta yang datang? Hati Nurain mula menjadi kacau dan tidak tentu arah. Akhirnya Nurain kalah dengan perasannya. Dia tidak mampu menolak cinta yang datang dari dalam dirinya terhadap Irfan.
Hari ini Nurain tidak datang ke kuliah. Dia hanya berbaring di atas katil dan berselimut. Telefonnya mula berdering. Rasa tidak berdaya untuknya menjawab pangilan telefon. Dicapainya telefon yang berada di atas meja. Telefon berbunyi lagi. Kak Fadhilah!!! Nurain tidak menjawab panggilan itu walaupun berkali-kali berbunyi. Dia mula gelisah. Kepalanya semakin pening. Dia berbaring semula di atas katil. Telefonnya berbunyi lagi. Rasa cemas dan gelisah menyelubungi jiwanya. Dia menatap di skrin telefon bimbitnya.
“ Assalamualikum…”,ucap Irfan dengan lembut.
“ Waalaikumusslam…”, balas Nurain dengan lemah.
“ Tak sihat? Lain je abang dengar suara Ain”, tanya Irfan inginkan kepastian.
“ Pening kepala. Hari nipun tak pergi kelas. Tak berdaya nak bangun”.
“ Ok. Ain tunggu abang dekat kolej. Nanti abang datang ambil Ain. Kita pergi jumpa doktor”, ajak Irfan.
“ Tak payahlah. Sikit je sakit ni. Sekejap lagi sembuhlah. Abang jangan risau”, kata Nurain seolah-olah mahu mengelak.
“ Tak nak macam tu. Abang risau kalau Ain sakit. Abang nak bawa juga Ain pergi klinik. Ain tunggu abang ye, Kejap lagi abang sampai”, pujuk Irfan dan terus memutuskan talian.
Nurain tidak mampu berkata apa-apa lagi. Segala keputusan sekarang banyak dibuat oleh Irfan. Nurain hanya menurut. Namun, hati dan perasaannya mula berasa bersalah. Panggilan yang dibuat oleh Kak Fadhilah langsung tidak dijawabnya. Kakak yang sebelum ini banyak membantunya, banyak membimbing dan mengajar serta banyak memperbetulkannya. Nurain mula berasa bersalah. Namun, gelodak hatinya lebih kuat mengikut perasaan. Perasaan cinta yang sebelum ini tidak pernah dirasakannya. Memang benar kata Malisa, perasaan itu tidak mampu dibuang dengan sewenang-wenangnya dalam hati dan diri Nurain.
Irfan menjemput Nurain dari kolejnya. Kepala Nurain masih lagi berpusing, tapi dia berdayakan juga untuk tidak menghampakan perasaan Irfan yang mahu membawanya ke klinik. Irfan tersenyum melihat Nurain.
“ Boleh ke buah hati abang jalan ni. Mari abang pimpinkan”, kata Irfan sambil menghulurkan tangannya kepada nurtain. Nurain hanya menggelengkan kepalanya dan terus berjalan menuju ke kereta. Irfan mengekorinya dari belakang. Dibukakan pintu untuk Nurain. Nurain masuk ke dalam kereta tanpa banyak bicara. Irfan memandang wajah Nurain berkali-kali.
“ Kenapa ni? Masam je abang tengok. Tak naklah macam ni. Dari jauh abang datang nak jumpa Ain. Ain pulak masam macam ni. Sedih lah.”, luah Irfan dengan penuh kelembutan.
Nurain memandang ke arah Irfan. Kemudian dia tunduk.
“ Minta maaf. Ain memang tengah pening”.
“ Oklah… abang faham. Tak pa, kejap lagi kita kita jumpa doctor. Insya Allah lepas ni sembuhlah”, pujuk Irfan lagi.
Tiba-tiba Nurain teringatkan Kak Fadhilah. Dia mula berasa bersalah kerana tidak menjawab panggilan telefon, malah mesej yang dihantar oleh Kak Fadilah juga tidak dibalasnya. Mesej yang menyatakan Nurain perlu menghadiri perjumpaan mereka setiap minggu seperti biasa. Sudah lama Nurain tidak datang dan berjumpa dengan kak Fadhilah dan kawan-kawannya yang lain. Kini, dia banyak memberikan masa kepada Irfan. Apa yang Irfan mahukan tidak pernah dihampakan. Sedangkan Irfan baru beberapa minggu dikenalinya. Kak Fadhilah!!! Berdosakah aku dengan tindakan yang aku lakukan kini. Kepala Nurain bertambah sakit. Sakit apabila memikirkan perkarta-perkara itu. Dia mula gelisah. Irfan memndangnya dengan rasa pelik.
“ Kenapa Ain. Awak sakit sangat ke? Sabar ye, kejap lagi sampai klinik. Ain baring dulu. Mudah-mudahan kurang sikit sakit tu”, suruh Irfan dengan rasa cemas. Namun, Irfan tidak tahu apa sebenarnya yang ada dalam kotak fikiran Nurain. Nurain menahan sebak di dada. Jiwanya tidak tenteram. Apakah yang akan berlau? Nurain memejamkan matanya.
Panggilan telefon dari Kak Fadhilah masih tidak mampu dijawab oleh Nurain. Dia berasa tindakannya banyak menyimpang dari apa yang telah diajar oleh Kak Fadhilah. Tapi, perasaan cintanya pada Irfan tidak mampu dibuang. Nurain merasakan Irfan tidak seperti lelaki lain. Irfan lelaki yang begitu bertanggungjawab, dia ikhlas mahu belajar dan mendalami Islam dengan lebih baik. Sukar untuk Nurain membuangnya jauh. Tapi…Jika semua ini diketahui oleh Kak Fadhilah, tidak tahu apa yang bakal berlaku. Nurain mula menjadi takut. Takut dengan keputusan yang dibuatnya itu.
Tidak pernah diduga, petang itu Kak Fadhilah datang ke bilik Nurain. Nurain terkejut besar. Sebelum ini Kak Fadhilah tidak pernah sampai ke kolejnya. Jika program mingguan yang dibuat, Nurain dan kawan-kawan akan turun ke rumah Kak Fadhilah. Nurain sudah tidak mampu mengelak dan melarikn diri. Mukanya tiba-tiba berubah.
“ Assalamualaikum…apa khabar adik akak?” tanya Kak Fadhilah sambil menghulurkan tangan dan memeluk Nurain.
“ Waalaikumussalam…sihat. Akak sihat?”, tanya Nurain yang masih dalam pelukan Fadhilah.
“ Alhamdulillah. Lamanya akak tak jumpa adik. Rindu sangat. Sibuk ye?”, tanya kak Fadhilah dengan penuh senyuman. Nurain terdiam dan Cuma membalas senyuman itu.
“ Jomlah masuk bilik Nurain dulu”, kata Nurain sambil menarik tangan Fadhilah. Ternyata tangan Nurain kesejukan. Fadhilah masih lagi tersenyum melihat Nurain yang masih dalam kegelisahan.
Fadhilah duduk di sebelah Nurain. Dipegang-pegangnya tangan Nurain dan diurut-urutnya berkali-kali.
“ Nurain…akak dan kawan-kawan rindukan sangat kehadiran Nurain dalam program kita. Nurain sibuk sangat ke hinggakan panggilan telefon akak tidak dijawab Mesej akak tidak dibalas. Program kita sudah lama Nurain tak datang. Nurain ada masalah ke?” tanya Fadhilah dengan lembut. Nurain terdiam. Dia tunduk memandang lantai. Perasaan bersalahnya memuncak. Dia tidak tahu perkataan apakah yang harus diucapkannya.
Tiba-tiba Nurain menangis dan memeluk Fadhilah. Fadhilah menepuk-nepuk belakang Nurain.
“ Nurain…Nurain ada masalah ke? Cuba ceritakan pada akak. Mungkin kita boleh selesaikan sama-sama. Jangan biarkan ianya terus membeku dalam kotak fikiran Nurain. Semakin kita simpan semakin sakit untuk kita menanggungnya”, pujuk Fadhilah.
Esak Nurain bertambah kuat. Dia tidak mampu untuk meluahkan segalanya kepada Fadhilah. Dia takut setiap apa yang bakal diperkatakan nanti akan membuatkan Kak Fadhilah memarahinya. Dia sukar untuk berhadapan dengan semua itu. Selama ini akak Fadhilah tidak pernah memarahinya.
“ Nurain…cuba bertenang. Istighfar dan cuba ceritakan pada akak”, kata Fadhilah lagi.
Nurain muka mengumpul kekuatannya.
“ Akak…berdosakah saya apabila mencintai seorang lelaki”, tanya Nurain yang masih dalam esak tangis.
“ Perasaan cinta itu tidak pernah bersalah, tapi…seperti yang akak pernah katakan dulu…cinta itu perlu kena pada tempatnya dan sesekali tidak melanggar hukum syariat. Berdosa seseorang perempuan itu apabila bercinta dengan seorang lelaki yang bukan mahramnya. Di antara mereka berdua pasti ada syaitan”, jelas Kak Fadhilah.
“ Tapi akak…lelaki itu memang baik. Ikhlas dengan Nurain. Dia mahu belajar tentang Islam dengan lebih baik lagi akak. Salahkah untuk kita membantunya daripada membiarkan dia tidak memahami Islam dengan lebih baik”, tanya Nurain.
“ Tak salah kita nak tolong dia. Tapi ada caranya yang lebih baik Nurain. Jika dia benar-benar nak belajar untuk lebih mendalami Islam. Kita boleh tolong dia. Tapi bukan belajar dengan Nurain. Ada ramai lagi ustaz-ustaz yang dapat membantunya, kenapa dia cari Nurain? Sedangkan Nurain juga masih perlu banyak belajar”, balas Fadhilah dengan nada suara yang agak keras.
“ Tapi kak…perasaan cinta saya pada dia, sukar nak dibuang”, kata Nurain sambil menangis.
“ Adik… kenapa adik mahu mencari cinta lelaki yang bukan lagi menjadi milik adik? Cinta siapakah yang benar-benar perlu kita cari? Bukankah cinta Allah. Cinta yang hakiki dan cinta abadi. Cinta yang tidak akan hilang buat selama-lamanya. Adik… Jika benar-benar adik rasa sudah bersedia mahu mendirikan rumah tangga, akak akan aturkan. Tapi mengikut saluran yang betul. Jika lelaki itu juga sudah bersedia, beritahu akak. Kita tidak mahu hidup kita sentiasa dalam kemaksiatan. Adik maklum sudah semua perkara ini. Tapi mungkin kerana gelodak hati dan perasaan yang ingikansemua ini membuatkan adik tersasar sedikit. Sedarlah adik, setiap kali Allah membuka jalan untuk kita tahu kesilapan kita itu sudah bermakna Allah masih cintakan kita. Selagi kita hidup di dunia ini carilah CINTA ALLAH, bukan cinta lelaki yang akan mengundang kemurkaan Allah”, jelas Fadhilah sambil memeluk bahu Nurain. Nurain sudah tidak mampu menahan sebaknya. Dia tersedar kesilapan yang dia lakukan. Cinta sebenar itu hanya milik Allah, bukan milik manusia. Nurain sedar dia perlu mencari cinta Allah dari cinta selainnya. Moga Allah akan terus mencintai hambaNya yang sentiasa ingin bertaubat.
"klik the image"
No comments:
Post a Comment