Pages

Friday, 4 June 2010

Top up/pahala?










Maaf, baki anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan..
Kita sering saja mendengar perkataan ini daripada operator telefon apabila kita kehabisan kredit. Selalunya, kita ingin membuat panggilan, lebih-lebih lagi kepada yang tersayang, apabila mendengar perkataan ini keluar dari telefon, kita akan berasa kecewa dan terus bergegas mencari bekalan ‘topup’. Kita akan memastikan bahawa kredit kita sentiasa penuh. Tetapi, pernah tidak kita aplikasikan ini kepada sesuatu yang lain?









Realiti:
Cuba kita bayangkan. Suatu hari, satu suara berkata kepada kita, “Maaf, pahala anda tidak mencukupi untuk membolehkan anda masuk ke syurga”. Pernah tak kita berfikir seperti itu? Bayangkan di hari kebangkitan nanti, perkataan seperti itu diucapkan kepada kita. Bagaimana agaknya perasaan kita ketika itu? Apakah kita masih boleh men’topup’ pahala kita di saat pahala amalan kita yang terlampau sedikit ini dihitung. Bayangkan rasa kecewa yang menyelubungi diri kita, melebihi segala kekecewaan kita gagal dalam peperiksaan di dunia, kecewa dalam interview, kecewa dalam kerja, kecewa dalam percintaan dan segalanya. Kita selalu menangis apabila kita kehilangan sesuatu yang amat berharga kepada diri kita. Tetapi, pernah tidak sekali kita menangis mengenangkan dosa-dosa silam kita? Pernah tidak kita mendengar kisah-kisah para alim ulama’, tabi’ tabii’n dahulu yang menangis mengenangkan dosa mereka yang sedikit? Sedangkan kita? Dosa kita terlalu sedikitkah berbanding mereka yang menyebabkan terlalu sukar untuk kita menitiskan air mata. Tetapi apabila kekasih kita meninggalkan kita, sampai bengkak mata kita menangis. Betapa lemahnya iman kita.





Muhasabah seketika,peringatan bersama 


p/s artikel dari sahabat di facebook,,

6 comments:

Unknown said...

thnx utk ingatan ni..=]

fKaizer said...

Thanks mengingatkan,.

tot tot kecik said...

salam..

begitulah lumrah sifat manusia yg xtau dek untung..

dan xtau untuk mengambili peluang untuk mengabdikan diri kepada-Nya..

p/s: kesedaran untuk diri sendiri juge..

Fared Isa said...

salam ukhwah...

very nice article..

keep it up... =)

SaEidah SyamIelah said...

cheqppjoy and faizer- sesame ^^,


tot tot kecik-betul tu,,^^,memang kita tidak akan pernah bersyukur,,sudah diberi betis hendakkan peha pulak,,

SaEidah SyamIelah said...

farid- terima kasih atas sokongan y diberikan ^_^ insyaallah,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...