Pages

Friday, 25 June 2010

antara dua


antara dua,,yang manakah terbaik,,usuluddin dan falsafah di universiti al azhar atau universiti kebangsaan malaysia?? boleh tolong saiedah? sekarang ni dalam kekeliruan dan kebuntuan yang jelas dan nyata..










-----------------------------------------------------------------------------------------
IMAM MUDA


myMetro
Apakah pandangan anda tentang program yang disiarkan julung2 kalinya?
Pendekatan dan pembaharuan yang dibawa oleh pihak penerbit bertujuan untuk mendekatkan remaja kini dengan hiburan yang penuh dengan pengisian yang bermakna dalam kehidupan kita.
Mereka juga hendak membuktikan bahawa bukan sahaja golongan berumur sahaja yang layak jadi imam,
bahkan remaja2 dan belia juga layak menjadi imam muda,,dengan ini pelapis generasi baru secara tak langsung sudah di bina..




Oleh AMIRUL HASWENDY ASHARI
2010/06/20

Graduan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini gagal mencapai keputusan cemerlang dalam semua empat ujian teori yang disediakan sejak awal episod program ini bersiaran hanya di Astro Oasis, saluran 106, Inspirasi Sanubari dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi).
Pun begitu, ia tidak menghalang Abe Syara atau mana-mana peserta terkeluar untuk meneruskan pengajian secara intensif mengikut acuan tepat yang disediakan Jawi sebagai pelengkap ilmu dunia dan akhirat.


Bukan saja keunggulan ilmu agama, IM turut menekankan penguasaan bahasa kedua dan aktiviti sosial kemasyarakatan yang sihat, penting sebagai satu spektrum merapatkan jarak golongan masyarakat dengan golongan agama.


Itulah kelebihan disediakan dalam program kerohanian yang julung kali mengkomersialkan profesyen imam sebagai tarikan golongan muda mendekati ilmu agama.


"Masyarakat melihat imam sebagai individu yang serius dan tidak boleh didekati. Ditambah pula kebanyakan imam aliran tradisional dilihat sebagai kurang mesra. Keadaan inilah yang menjarakkan golongan muda terutamanya untuk berdamping dengan mereka.


"Kita perlu merapatkan jurang ini supaya penyelesaian kepada masalah sosial kini, terutama di kalangan remaja, dapat dicari," kata Pengetua Imam Muda, Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz.


Mantan imam besar Masjid Negara ini menyifatkan setiap peserta sebagai anak kandungnya hingga beliau menitiskan air mata ketika mengumumkan nama peserta yang tersingkir. Bukan pilih kasih atau berat sebelah, kesedihan dan sebak yang terbit tanpa dirancang itu menunjukkan betapa kasihnya beliau terhadap mereka.


"Imam Muda juga mempunyai jiwa seperti remaja lain, ada keinginan bersosial dan sentiasa bersemangat. Sifat dan keinginan inilah yang diterjemahkan dan digunakan dalam membawa istilah imam yang mesra," katanya yang turut bertindak sebagai juri dibantu dua mursyid yang menjadi mata dan telinga panel penilai.


Selain Hassan Mahmud, beberapa panel penilai dari Jawi turut memainkan peranan dalam menentukan kelangsungan peserta dalam program ini.


Berbeza pula dengan program yang kini memasuki musim keempat, Akademi al-Quran (AQ) yang disiarkan setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Di Hatiku TV9, aspek pemahaman isi kandungan dan menghayati maksud ayat al-Quran dijadikan faktor pemilihan peserta kali ini.


AQ yang berkonsepkan pembacaan ayat suci al-Quran secara berlagu dengan cara dan teknik yang betul dikomersialkan atas tujuan mendekatkan golongan remaja supaya membaca kitab suci itu, menampilkan 12 peserta berumur 13 hingga 25 tahun dari pelbagai latar belakang.


Disokong dengan faktor sambutan yang menggalakkan, AQ antara program realiti bukan hiburan mendapat rating tertinggi dengan lebih 1.5 juta penonton pada musim lalu. Ini memberi keyakinan kepada penerbitnya untuk meneruskan program ini sebagai program terbaik pernah dihasilkan dalam sejarah.


Penerbit AQ4, Shukri Ibrahim menyifatkan langkah mengkomersialkan subjek agama sebagai cara mendekatkan remaja, yang sering dikaitkan dengan masalah gejala sosial, kembali ke Penciptanya.


"Pengajian al-Quran dipraktikkan sejak zaman Rasulullah dan ia diperturunkan sejak turun temurun melalui datuk nenek kita, namun semakin terhakis dek kemodenan hingga hampir melupuskan cara pendidikan ini.


"Dengan mengkomersialkan subjek al-Quran melalui AQ, ia mengembalikan kegemilangan membaca kalam suci secara lebih meluas.


"AQ membuka mata banyak pihak untuk mengiktiraf guru al-Quran yang sering dipandang sepi di mata masyarakat. Malah qari dan qariah yang pernah mengharumkan nama negara satu ketika dulu seperti Hajah Rogayah Sulong atau Haji Ismail Hashim kembali menjadi buah mulut masyarakat. Aspek ini yang cuba ditonjolkan dalam AQ," katanya.


Shukri berkata, AQ memfokus kepada satu aspek saja iaitu pengajian al-Quran melalui ilmu Tajwid, Qira'at dan Taranum. Apabila sesebuah program itu lebih fokus, peserta dan penonton dapat melihat perkembangan ditunjukkan peserta.


AQ menampilkan tiga tenaga berpengalaman dalam bidang masing-masing iaitu Ahmad Tarmizi Abdul Rahman, Anuar Hasin (Juara AQ1) dan Ustaz Ibrahim Abdullah. Manakala juri adalah Ustaz Mohd Nazeri Abdullah (qiraat), Ustaz Radzi Kamarul Hailan (tarannum) dan Ustazah Asni Mansor (tajwid dan fasohah).


Episod lima Jumaat lalu menyaksikan peserta dari Kedah, Mohd Nazif Zuhairi tersingkir selepas gagal membuktikan kecekapan qiraatnya walaupun mampu memenangi hati juri daripada sudut tajwid.


Walaupun gagal, pelajar berusia 17 tahun ini tekad untuk meningkatkan ilmu bacaan al-Quran, terutama qiraat yang pada pendapatnya sukar dikuasai kerana memerlukan tahap disiplin tinggi.


AQ turut menyaksikan penyertaan Muhammad Ahmad Zahid, peserta dari Kuala Lumpur yang pernah mengharumkan negara dalam kategori bacaan terbaik pada majlis Anugerah Al-Quran Antarabangsa Dubai (DIHQA) di Doha, dua tahun lalu.


Muhammad yang baru berusia 15 tahun dilihat mempunyai peluang cerah untuk bergelar juara berikutan keupayaannya menguasai beberapa disiplin tilawah seperti qiraat, taranum, tajwid dan fasohah sejak tiga episod bersiaran.


Walaupun masih awal untuk menentukan siapa bakal menjuarai AQ4 dan membawa pulang wang tunai RM30,000, semua peserta AQ mempunyai peluang cerah untuk mengharumkan nama negara dalam tilawah Al-Quran Antarabangsa yang sering diadakan sejak 1961 di sini, seperti mana pernah dilakukan rakan peserta lain dari musim AQ terdahulu.


Walau apa cara sekalipun, meletakkan profesyen imam dan qari setanding dengan profesyen popular lain wajar dipuji kerana ia sekurang-kurangnya membuka mata masyarakat bahawa populariti melalui pendekatan agama adalah perlu untuk membentuk masyarakat yang semakin nipis tembok iman kembali kepada Maha Pencipta.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...