ana ke???
“Ish, takkan ana pulak. Orang lain ramai lagi, pilih orang lain la.” itulah jawapan yang sering kita berikan apabila kita diminta untuk menjadi seseorang yang dipertanggungjawabkan, terutamanya berkenaan dakwah.
Ayat “ana tak layak,” atau ”ana baru lagi” akan menjadi mangsa apabila kita beralasan.
Assalamualaikum.. salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati dan di sayangi..
hari ini saiedah hendak kongsikan fenomena yang biasanya berlaku dikalangan sahabat2 kita sendiri..apabila tanggungjawab dan kepercayaan serta amanah yang diberikan kepada mereka..mereka hendak menolak dan berdalih..terutamanya berkenaan dakwah..
memang tidak dinafikan dakwah orang memang sukar..
malah jika kita membiarkannya kesannya lagi besar dan semakin gusar..
Tujuan utama kita dilahirkan ke muka bumi ini adalah utk mengabdikan diri kepada Allah..
dan menjadi khalifah di muka bumi..
'Abdi???? apakah yang dimaksudkan dengan abdi??
maknanya menghambakan dan menyerahkan diri kita sepenuhnya untuk mentaati segala perintah dan suruhannya dan meninggalkan segala larangannya..
Memang tidak dinafikan banyak gangguan sekeliling yang mengganggu dan menggugat
pengabdian kita kepadaNya..tetapi itulah ujian Allah kepada kita untuk menguji
tahap keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNya..
di syurga nanti yang akan kekal di dalamnya adalah yang beriman dan bertaqwa..
bukan muslim semata2 tanpa beriman dan bertaqwa..
Muslim dan Mukmin berbeza..
Muslim hanyalah islam semata2..inilah fenomena masyarakat kita pada hari ini...
manakala mukmin adalah orang islam yang mengamalkan
penghayatan islam dalam kehidupannya dan mantap keimanannya kepada Allah s.w.t
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
“Kamu adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan untuk (kemaslahatan) manusia, kamu MENYURUH (mengajak)kepada yang ma’ruf (kebaikan) dan kamu
MENCEGAH dari kemungkaran serta kamu BERIMAN dengan Allah”.
(Surah Ali-’Imran: Ayat 110)
Maka tiga perkara ini (mengajak kepada kebaikan, mencegah perkara kemungkaran dan memelihara diri) apabila dilaksanakan oleh seorang muslim, layaklah dia tergolong di dalam golongan ‘Umat Terbaik’ yang Allah anugerahkan.
Cuma yang menjadi persoalannya.. adalah sejauh manakah kita terngiur dan ghairah untuk merebut akan tawaran yang Allah janjikan?
Ataupun dengan persoalan yang lain sejauh manakah pula kita yakin kepada tawaran yang Allah sediakan?
MANA MEREKA YANG YAKIN DENGAN TAWARAN ALLAH
Apabila Allah berfirman dengan firman yang seperti ini,
“Dan adapun orang yang takut memikirkan kedudukannya di sisi Tuhan-Nya, dan ia melarang dirinya dari memperturutkan kemahuannya, maka syurga itulah kelak yang akan menjadi tempat menetap……(Surah Al-Nazi’at: Ayat 40-41),
boleh jadi kita kurang ghairah dengan tawaran Allah kerana akal kita tidak dapat membayangkan betapa nikmatnya kelazatan yang akan Allah berikan apabila kita bersegera menuruti suruhan-Nya.
Tetapi adakah juga ‘boleh jadi’ jika apabila Allah berfirman dengan firman yang sebegini,
kamu, serta Rasul-rasul-Nya dan orang-orang yang beriman. Dan kelak kamu akan
dikembalikan kepada Allah, yang mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu, apa yang di dunia ini selalu kamu kerjakan.”
(Surah Al-Taubah: Ayat 105),
sedangkan kita masih tidak beramal?
Saya katakan ‘tak boleh jadi’.
Tak boleh jadi kerana kita mengaku beriman kepada Allah, tetapi apabila Allah menyuruh kita beramal, kita tidak melakukannya pun.
Mana bukti keimanan yang kita canangkan selama ini?
Tidak malukah nanti apabila kita dikembalikan kepada Allah, Allah memberitakan kepada kita tentang amalan-amalan kita sendiri, sedangkan semuanya kotor dan menjijikkan?
Oh, saya tersilap. Bukannya kita tidak malu untuk amalan kita dibentangkan, tetapi kita sebenarnya tidak yakin pun amalan kita akan dibentang.
Begitukah wahai sahabat?
JANGAN BEGITU. SYURGA ITU SANGAT MANIS, TERLALU NIKMAT DAN INDAH.
Janganlah kita sampai tidak yakin dengan janji Allah kerana Allah sekali-kali tidak akan memungkiri janji-Nya. Percayalah cakap saya.
Tetapi, jika tidak mahu percaya kepada saya, percayalah kepada Rasulullah SAW.
Percayalah kepada Rasulullah SAW apabila baginda berpesan,
“Barangsiapa yang takut kepada Allah, tentu ia tidak akan maju-mundur. Barangsiapa yang tidak maju-mundur tentu akan sampai ke tempat tujuan. Ketahuilah, bahawa barang dagangan Allah itu mahal, Ketahuilah, bahawa barang dagangan Allah itu ialah syurga” (Hadith Riwayat: Tirmidzi dan Al-Hakim).
Sekali lagi, percayalah kepada Muhammad Utusan Allah ini apabila baginda bersabda,
“Iman itu bukanlah angan-angan dan juga bukan perhiasan: tetapi Iman itu adalah sesuatu yang menetap di dalam hati, dan dibenarkan dengan amal.” (H.R. Ad Dailami)
Percayalah kepada Nabi Muhammad SAW kerana baginda adalah utusan daripada Allah kepada kita.
"Percayalah kerana percaya itu adalah iman."
Percaya= Yakin= Beriman
"Jika kita tidak percaya,
bermakna kita tidak yakin,,
Jika kita tidak yakin,
maka kita tidak beriman kepadaNya..
Contohnya beriman kepada hari akhirat,
bermakna kita percaya akan hari perhitungan itu
dan yakin akan kebangkitannya,,
maka dengan itu kita beriman kepada hari akhirat,,"
Credited by naimulfirdaus..
5 comments:
salam ukhuwah..
bgmne kite nk membina kyakinan diri?
sdg dlm hati selalu terfikir tntg ape yg org akn kate..tp ni xkesah sgt..
yg lbih takut, tindakan atau care kita x diterima org n mgkin boleh mnyebabkn hati mreka brase tdk senang dgn kita..
wp dlm mase yg same masih ramai yg menyokong kita, tp perasaan takut utk digelar 'sok tahu' sgt susah nk hazaf..
minta pndgn saiedah...
saye seorg yg sgt takut apbila d suruh utk mnjadi leader..
anonymous:
salam ukhuwah...
utk membina keyakinan diri..
bukannya dapat membina dlm masa sehari dua ..tetapi dalam beberapa
tempoh juga..kerana keyakinan
dapat dibina melalui keazaman
dan kesungguhan
serta pengalaman sekeliling yang mematangkan diri..menjdkan kita
semakin yakin dan matang menghadapinya..
jika kita masih memikirkan tentang persepsi orang lain,,pada kita..
memang sukar utk membina keyakinan diri..utk membinanya kita
harus menjadi seperti seekor katak yang pekak yang tidak mendgr cemuhan dan kata2 yang blh melemahkan semngat kita..
sememangnya kadang2 cara yang kita gunakan tdk sesuai utk orang itu,,
tapi ia sesuai dgn orang lain..
cara kita menyampaikan sesuatu kepada orang lain..mempunyai kaedah
yang berbeza2..kita tdk blh menggungakan pendekatan dan cara yang sama kepada semua orang..
tapi kita harus melihat suspek kita
dr segi umurnya dan situasinya bagaimana..
cthnya
bila kita berckp dgn orang yang sebaya dgn orang yang lebih tua,,berbeza..bercakap dgn orang yang fhm agama dgn orang yang memang jahil agama juga berbeza..
utk pengetahuan anda..
tidak semua orang dpt dilntik menjadi seorang ketua bg sesuatu komuniti atau kump..
sesungguhnya beruntung dan terpilih la orang yang dicalonkan atau dilantik..
ini kerana orang sekeliling dpt melihat potensi yang ada dlm diri kita..sehinggakan mereka memberi keyakinan yang sepenuhnya melantik kita..
kadang2 kita tdk dpt melihat apa kelebihan dan kekurangan yang ada dlm diri kita sendiri...
seharusnya..anda perlu menerimanya sekiranya menjadi leader..
dalam masa yang sama anda harus
belajar dr orang yang lebih hebat dan mahir serta orang yang tahu
tentang peranan seorang ketua..
kita akan lebih mengerti jika kita
berada di tempat tu..
malah bila kita menjadi seorang ketua..
secara tdk langsung keyakinan akan cambah dan tumbuh dlm diri..cuma kita shj yang nak atau tidak menggunakan sepepnuhnya keyakinan yang ada itu...
kerana keyakinan itu memang penting utk meyakinkan anak buah..
ini adlah pndgn saiedah..
sekiranya ada sesiapa yang nak menambah atau pndgn lain dipersilakan..^^
terima kasih saiedah...
insyaallah..molecul keyakinan diri akn saye bina semula..
syukran..jazakillahil khoir..
same2....
semoga dpermudhkan
segala urusan..^^
'afwan..la syukran a'ala wajib..
sedikit penambahan:
sbg seorang islam redha Allah y utama..menunaikan tuntutan sebgai khalifah Allah itu menjadi tanggungjawab kita..sekiranya perkara itu adlah baik,,tetapi tidak mendpt sokongan,itu adalah cabaran utk kita..apalah maknanya jika kita,,mendpt sokongan dgn perkara yang Allah tidak redha..
wallahu'alam..
Post a Comment