Pages

Wednesday, 22 December 2010

Top up/pahala?




Maaf, baki anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan..
Kita sering saja mendengar perkataan ini daripada operator telefon apabila kita kehabisan kredit. Selalunya, kita ingin membuat panggilan, lebih-lebih lagi kepada yang tersayang, apabila mendengar perkataan ini keluar dari telefon, kita akan berasa kecewa dan terus bergegas mencari bekalan ‘topup’. Kita akan memastikan bahawa kredit kita sentiasa penuh. Tetapi, pernah tidak kita aplikasikan ini kepada sesuatu yang lain?





Realiti:
Cuba kita bayangkan. Suatu hari, satu suara berkata kepada kita, “Maaf, pahala anda tidak mencukupi untuk membolehkan anda masuk ke syurga”. Pernah tak kita berfikir seperti itu? Bayangkan di hari kebangkitan nanti, perkataan seperti itu diucapkan kepada kita. Bagaimana agaknya perasaan kita ketika itu? Apakah kita masih boleh men’topup’ pahala kita di saat pahala amalan kita yang terlampau sedikit ini dihitung. Bayangkan rasa kecewa yang menyelubungi diri kita, melebihi segala kekecewaan kita gagal dalam peperiksaan di dunia, kecewa dalam interview, kecewa dalam kerja, kecewa dalam percintaan dan segalanya. Kita selalu menangis apabila kita kehilangan sesuatu yang amat berharga kepada diri kita. Tetapi, pernah tidak sekali kita menangis mengenangkan dosa-dosa silam kita? Pernah tidak kita mendengar kisah-kisah para alim ulama’, tabi’ tabii’n dahulu yang menangis mengenangkan dosa mereka yang sedikit? Sedangkan kita? Dosa kita terlalu sedikitkah berbanding mereka yang menyebabkan terlalu sukar untuk kita menitiskan air mata. Tetapi apabila kekasih kita meninggalkan kita, sampai bengkak mata kita menangis. Betapa lemahnya iman kita.


Muhasabah seketika,peringatan bersama 

p/s artikel dari sahabat di facebook,,

5 comments:

aton said...

article yang ringkas tapi padat dengan ilmu.. =)
terima kasih untuk perkongsian ini..

jom singgah sini..
http://atonisaton.blogspot.com/2010/12/islam-pada-namaadakah-kita-golongan-itu.html

doctor kakak said...

right!..peringatn yg bgus..

iem said...

thxs mngingatkan sesama mnusia,...
:)

azl said...

kita duk byk abis masa duk topup tlpn, jd skg kena topup pahala dan amal lah pula... kena rancangkn segera, spy amal blh selalu ditopup dan istiqamah.. :)

Hakeem Yusof said...

good advise :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...