Pages

Saturday 19 February 2011

Di sini bermula ikhlas







Rasululllah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"sesungguhnya Allah s.w.t tidak akan memandang bentuk tubuhmu dan tidak pula memandang pada kedudukan mahupun harta kekayaanmu, tetapi Allah memandang hatimu. Barang siapa yang memiliki hati yang soleh maka Allah menyukainya. Bani Adam yang paling dicintai oelh Allah ialah orang yang paling bertaqwa". (riwayat al-Tabarani dan Muslim).

Di mana-mana sahaja hari ini ada orang berkata tentang ikhlas. Ikhlas tidak hanya terbatas pada satu golongan sahaja tetapi meliputi semua golongan. Bahkan kala usia remaja menginjak dewasa, banyak hal yang perlu kita ikhlaskan. Sebagai pelajar, mahasiswa dan penuntut ilmu, ikhlas adalah kunci untuk menjadikan segala amal dan perbuatan kita menjadi lancar.

Namun Ikhlas tidak mudah kita mengamalkannya. Melaksanakan ikhlas tidak semudah kita mengeja dan mengatakannya. Bahkan ramai manusia yang kandas di hadapan Allah s.w.t kerana tidak mempunyai ikhlas di hatinya..

Ikhlas dalam perjuangan 







Maksudnya: "Hadapkanlah seluruh dirimu menuju (ke arah mengerjakan perintah-perintah) agama dengan betul dan ikhlas, dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang musyrik."


Meskipun perkataan ikhlas dilihat amat mudah, namun ikhlas ibarat  mutiara di dasar lautan yang susah untuk didapatkan. Sebagai seorang penuntut, sudah sejauh mana kita menerapkan ikhlas ini dalam hidup kita?? Sudahkah kita ikhlas untuk mencari ilmu hanya kerana Allah semata2? Sudahkah kita niatkan ikhlas ini jauh ke dasar hati kita agar berani untuk memberi segala kemampuan kita bukan untuk minta dibalas, dipandang dan dipuji ?


Ikhlas merupakan sebuah perjuangan yang bukannya mudah . Demikian ungkapan petikan dari sebuah buku ' Inspiring for success' : "kehidupan di dunia adalah ladang bagi akhirat, iaitu tempat menanam, menyemai, bekerja dan berjuang. Di akhirat lah kita akan memetik hasilnya. Dunia hanya persinggahajan dan bukan pengakhiran sebuah perjalanan"


Banyak amal tidak diterima kerana dikerjakan dengan hati yang ikhlas. Ikhlas umpama kunci bagi setiap perbuatan kita, malah amal yang kecil menjadi besar di sisi Allah jika kita menyertainya dengan ikhlas (redha melakukannya dan bukan keterpaksaan atau kerana faktor yang lain). 




Benar sekali,,ramai manusia mencari-cari kekuatan di saat goyah. Sebenarnya keikhlasan dapat memberikan kuasa atau kekuatan yang amat dahsyat. Ikhlas dapat menjadikan manusia itu tetap kuat pada saat hujan dan badai datang melanda . Dengan sebuah keikhlasan insya-Allah kita dapat menjalani setiap ujian dan masalah dengan redha (tenang).


Masih ingatkah kita dengan Bilal bin Rabbah? Beliau dengan tabah menahan seksaan daripada tuannya yang kejam dan teguhkan menyebut ' Ahad ! Ahad! Ahad!, meskipun dadanya dihimpit batu besar di atas pasir yang panas membakar!..


Bilal telah mengikhlaskan dirinya unutk Islam, beriman dengan Tuhan yang Esa, iaitu Allah s.w.t dan mengakui bahawa hanya Nabi Muhammad pesuruh Allah. Bilal daripada seorang hamba bertukar menjadi "raja". Beliau hanya sang muazin, istiqamah menjaga widhuk, dan solat dua rakaat. Amal yang dikerjakan dengan ikhlas itulah akhirnya menjamin dirinya sebagai penghuni syurga. Subhanallah!.


Iblis juga Takut!..


(surah al-hijr ayat 39-41)
Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan (menjadikan mereka memandang baik) segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,,Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu (ikhlas) yang dibersihkan hatinya dari sebarang syirik.Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya."


Mukhlis adalah manusia-manusia yang diberi taufik untuk terus mentaati segala petunjuk dan perintah Allah s.w.t. Mereka inilah manusia yang berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhiratnya.


Masalah seberat manapun tidak akan menjadikan insan-insan yang mukhlis ini  terasa beban kerana kuasa positif daripada sebuah keikhlasan akan menjaga diri kita daripada pelbagai masalah. Bukankah Allah s.w.t telah berjanji akan menjaga hamba-hambanya yang ikhlas seperti yang telah difirmankan oleh-Nya : " Inilah jalan yang lurus, yang aku akan memeliharanya (menjaganya) ".








Kesimpulannya


Ikhlas adalah KUNCI segala AMAL..
Mungkin kita pernah memberikan sesuatu kepada sahabat atau teman bahkan orang yang terdekat dengan kita. Mungki apa yang kita berikan itu merupakan harta kesayangan atau harta yang tidak kita perlukan lagi. Dan setelah memberinya, kita tidak lagi terkenang-kenang dan berharap apa yang diberikan  itu dibalas dengan imbalan yang sama atau lebih besar. Di saat kita dapat melupakan apa yang kita pernah sumbangkan atau berikan kepada orang itu, maka di situ bermulalh keikhlasan..




ikhlas bukan hanya untuk memberi dan mengeluarkan harta, ikhlas merupakan sifat yang wajib dimiliki setiap insan..


ikhlas ketika menerima ujian dan musibah daripada ALLAH akan membuatkan kita muhasabah diri dan mengenang kembali apa yang telah kita lakukan.


Ikhlas menerima kehormatan dan pujian daripada orang lain akan membuatkan kita rasa lebih dekat dengan Allah atas semua mikmat yang diberikan.


Ingatlah ikhwah sekalian, kincu bagi segala amal perbuatan  ialah ikhlas. Letakkan ikhlas apada tempatnya, ikhlas menerima kritikan kerana daripada kegagalan membuatkan kita lebih berusaha daripada orang lain. Namun jangan ikhlas menerima penindasan kerana tiada ikhlas dalam sebuah kezaliman.


Jadilah RAJA  di hati setiap manusia. Sesiapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah maka Allah akan menyempurnakan hubungannya dengan manusia. Sesiapa memperbaiki apa yang dirahsiakannya, maka Allah akan memperbaiki apa yang dilahirkannya (terang-terangan).


Semoga kita menjadi hambanya yang mukhlis.. Insya-Allah..


"IKHLAS MERUPAKAN PERJUANGAN YANG TIDAK AKAN SELESAI, 
KITA HENDAKLAH SENTIASA MUHASABAH DIRI SAMA ADA KITA IKHLAS ATAU TIDAK"









sami yusuf- in every tear he is there..

2 comments:

Anonymous said...

saied,pnjgnye>>.ksimpulan pn pnjg nmpk nye..
adkh keluhn ini bermakna saya tdk ikhlas mmbace???

SaEidah SyamIelah said...

Anonymous..
waa..memang panjang entry kali ni,
kerana huraian dipanjangkan..minta maaf sekiranya mengambil masa sedikit untuk pembacaan entry ini..

kesimpulan di situ untuk mengulas kembali..

keikhlasan terletak dilubuk hati,,dan ikhlas itu adalah batiniyah..
hanya empunya diri dan Allah shj yang mengetahui hakikat keikhlasan itu..

Sekiranya kita bersedia membaca entry yang di sampaikan insyaallah kita tdk kisah sama ada panjang atau pendek..

tetapi jika kita tidak sabar2 dan
hendak segera maka,
tidak dpat bersabar dengan huraian dn petikan yang panjang,,

ini pandangan saiedah,,
yang penting adalah ikhlas dan kesediaan utk menerima sesuatu,,
jika kita belum sedia dan ikhlas

maka akan berlaku seperti ini..
seperti juga menuntut ilmu
di luar sama juga dalam melakukan apa jua perbuatan (amal)...

peringatan terutamanya utk diri dan sahabat y lain..
pembaikan dalam diri itu perlu,,
kerana Islam itu sentiasa maju..

hari ini lebih baik dr semalam,,
dan esok mesti lebih baik dr hari ini,,jika hari ini semalam dan esok sama shj,,maka kita rugi dan tidak maju,,kerana tidak ad peningkatan..

Kritikan juga diperlukan utk
membaiki dan memperelokkan diri..utk ke arah y lebih baik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...