Pages

Saturday 27 November 2010

Rasulullah tidak 'Ummi ( Buta huruf)






Assalamualaikum w.b.t salam sejahtera kepada pembaca yang dihormati semua..
Kali ini saiedah hendak berkongsi dengan hadirin dan hadirat sekalian..
berkenaan dengan terjemahan ayat 2 surah al- Jumu'ah..
Apakah perkara yang berkaitan dengan surah ini?
Di dalam terjemahan surah ini jelas menunjukkan bahawa
Nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
bukan seorang yang 'ummi (buta huruf)....


DARI kecil, iaitu sejak kita mula mengenal membaca dan menulis telah sering ditekan mengenai sebuah ‘ajaran’ bahawa junjungan besar Nabi Muhammad SAW seorang yang buta huruf! Malah kita sanggup mempertahankan ajaran itu apabila ada pihak cuba mengatakan yang sebaliknya, mustahil Nabi Muhammad seorang yang buta huruf!
Adakah ini kerana jika mengatakan baginda sebenarnya tahu membaca dan menulis maka itu tidak memberikan satu pengesahan bahawa baginda seorang Rasul, utusan Allah? Benar, yang dimaksudkan dengan perkataan ummi’ adalah seseorang yang tidak tahu, tidak mempunyai kepandaian dan kemahiran untuk membaca dan menulis.



'ummi ( عمي ) dalam bahasa arabnya adalah buta 
tetapi baginda adalah seorang yang cerdik pandai yang telah
diutuskan oleh Allah s.w.t untuk mengajar dan mendidik umat yang 'ummi (buta huruf)...







kerana itu gelaran baginda adalah Rasul yang 'ummi...
Gelaran itu diberikan kerana baginda mengajar orang yang 'ummi...maka
gelarannya adalah rasul 'ummi...
Sebagai contoh yang lain... seorang doktor yang merawat haiwan...
di gelar Doktor haiwan.,,,tetapi adakah doktor itu haiwan???
tidak....itu hanyalah gelaran ...
Ingatlah wahai hadirin sekalian bahawa Nabi Muhammad s.a.w....bukanlah seorang yang buta huruf ( 'ummi).
tetapi baginda seorang yang bijaksana, seorang pemimpin, ahli perniagaan dan ketua tentera dan banyak lagi...Baginda adalah seorang yang cerdik pandai dan tidak buta huruf..
Oleh itu kita, sebagai umatnya yang telah jauh bertahun2 dariNya,,maka dengan keyakinan kita akan keperibadian dan akhlaknya serta keteguhan keimanannya dan ketaqwaannya yang menjadi inspirasi dan semangat untuk umatnya beriman dan percaya pada Rasulullah s.a.w. kerana percaya kepada nabi dan rasul adalah sebahagian rukun iman..jika salah satunya tidak ada,,maka tidak sempurnalah keimanan kita..




62:2

Maknanya:

Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.




Sebahagian Buktinya:

Nabi sebenarnya seorang yang amat pintar. Jadi bagaimana kita dapat kaitkan seorang yang ummi itu sedangkan ketika usia mudanya pernah menjalankan perdagangan malah membawa balik keuntungan yang sangat besar. Kejayaan baginda melakukan transaksi perniagaan ini menjadi satu petunjuk bahawa baginda seorang yang mampu membaca dan menulis.
Malah dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit bahawa Nabi pernah bersabda:
“Jika kalian menulis kalimat Bismillahirrahim, maka perjelaskanlah huruf sin di situ”.




Ini menunjukkan baginda seorang yang bukan sahaja mengenal huruf tetapi baginda tidak mempunyai masalah dalam aspek tulisan dan penulisan. Ini seperti gambar yang dipaparkan di ruangan ini antara surat-surat yang ditulis oleh baginda bagi menjayakan misi dakwah terutama kepada pemerintah-pemerintah sesebuah kerajaan.

Jadi, mustahil seorang Rasul seperti baginda seorang yang bodoh. Apatah lagi mengingatkan kepada kita salah satu sifat wajib yang ada bagi seorang Rasul itu adalah fathonah, iaitu cerdas dan pandai.
Salah satu pendapat bagi menafikan baginda seorang yang ummi iaitu faktor budaya masyarakat Arab Jahiliah itu sendiri. Orang Arab ketika itu dikatakan tidak mempunyai budaya membaca dan menulis yang kuat kerana mereka mempunyai kelebihan dalam mengingat kalimat-kalimat dengan begitu sempurna. Tanpa ada sebaris ayat atau perkataan yang tertinggal.
Bagi mereka, menghafal 100 bait-bait puisi dan syair gurindam sudah cukup dengan sekali mendengar! Kalau mereka mempunyai kebolehan yang sehebat itu maka tidak perlulah lagi mereka menulis. Malah dikatakan jika semua apa yang mereka semat dan hafal dalam ingatan itu ditulis, maka akan terdapat beribu-ribu lembaran buku dihasilkan bagi menampung semua yang dihafal itu.
Begitupun faktor ini tidak mempunyai kekuatan malah yang sebenarnya masyarakat Arab walaupun jahil (tidak mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah) tetapi mereka terkehadapan dalam aspek membaca dan menulis itu sendiri. Setiap tahun mereka akan menganjurkan sayembara atau festival pembacaan natsar (prosa) dan syair (puisi) di pasar raya Ukaz. Lalu, karya-karya yang memang dan dianggap terbaik akan mendapat penghormatan lalu akan ditulis dan ditampal di dinding-dinding Kaabah.
Fakta ini membuktikan masyarakat Arab zaman itu termasuk suku Quraisy, iaitu keturunan baginda mahir membaca dan menulis.

"Keyakinan dan kepercayaan adalah teras keimanan..
Jika goyang dan rapuh keyakinan dan kepercayaan kita 
walaupun pada Rasul dan Nabi,,
Maka Goyanglah keimanan kita.."

>>>  Perbaikilah dan muhasabah kembali di mana tahap keyakinan, 
kepercayaan dan keimanan kita terhadap Rasul kita.. <<<
Wallahua'lam..

5 comments:

ZR said...
This comment has been removed by the author.
شاح اندرني said...

Salam.. Wa'Allahualam.. Tapi peristiwa penurunan wahyu pertama jelas mununjukkan Rasulullah Ummi yakni tidak pandai dan juga boleh dikatakan buta huruf.. Bukan bermakna tidak pandai membaca tapi tidak mengaji kalau orang kampung kata.. Rasulullah memang hebat dan beliau yang memajukan perniagaan siti khadijah khuwailid.. Beliau mungkin sudah tahu pasal perniagaan atau lebih tepat urusan jual beli melibatkan harga dan nama barang cuma Ummi ini yang di maksudkan tidak mengenal isi Al-Quran.. Dan tak silap Ana ada surah mengatakan Rasulullah adalah seorang Ummi cuma Ummi yang bagaimana itu tidak dijelaskan.

Try buka :

Ini biasa yang diperdebatkan

http://tayibah.com/eIslam/UMMI.HTM

Anonymous said...

iz:
perkara ni byk dibahaskan ulama2 silam n kontemporari.

ulama berselisih mengenai maksud " alummi ". kesimpulannya ada 3 pendapat mengenai kebolehan nabi membaca dan menulis..

1- nabi sememangnya tidak reti baca tulis.
2- nabi reti baca tulis.
3- nabi tidak reti baca tulis, tetapi setelah dibangkitkan menjadi rasul, baginda reti membaca dan menulis..

kesemua pendapat diatas didasari hujah yg kukuh.. ^_^

cume kat sini sy nak bg tau..kalau muhammad reti baca & menulis, atau TIDAK reti baca & menulis, Alquran tetap authentic!

sy nk terang sikit pendapat yg KEDUA,

golongan ini berpendapat ummi bermaksud belum menerima sebarang kitab dari tuhan.. dalilnya berdasarkan surah ali imran 75 n ankabut 48. n byk surah2 yg lain.

sekalipun muhammad BERKEBOLEHAN membaca dan menulis, lantas kebolehannya itu digunapakai utk mencipta alquran, hal itu adalah sesuatu yg MENAKJUBKAN !

krn, BELUM ada seorang pun manusia melainkan muhammad ketika itu mampu menulis karya yg mengandungi fakta sains yg tepat contohnya embriologi kejadian manusia, unsur sejarah lampau yg benar cthnya kisah2 nabi terdahulu, gaya bhs yg indah serta keajaiban2 yg lain.

tetapi perlu kita fahami, keajaiban fakta yg ada dlm karya muhammad itu semestinya bukan berasal dari fikiran dan nafsu baginda, tetapi keajaiban fakta2 itu datang dr Tuhan..ya! datang dari Tuhan walaupun muhammad menulis menggunakan tgn nya..

sekiranya quran itu diilhamkan 100% dari muhammad, maka Muhammad lah TUHAN ALAM INI ! ( kata pengkaji alquran di barat )

jika yahudi dan nasrani klaim muhammad menciplak isi taurat dan injil, maka Muhammad terbukti sekali lagi MENAKJUBKAN! bukan hanya baginda mampu menulis karya yg SANGAT TEPAT faktanya, bahkan baginda mampu memperbetulkan kesalahan2 yg SERIUS yg berlaku dlm injil dan taurat!

sbg contoh, di dlm bible menyatakan bumi ini mendatar, tetapi muhammad menyangkal fakta itu dgn menyatakan bumi ini bulat atau berbentuk sperti telur..

kesimpulannya, jelas sekali bhw alquran itu bebas dari sebarang ilham2 kemanusiaan, sebaliknya dtg dari Tuhan.

Anonymous said...

Assalamualaikum. Apabila kita berbincang soal agama, seumpama kita telah meletakkan diri kita di jurang neraka. Jikalau betul dakwaan kita, maka satu rahmat bagi kita. Jikalau salah dakwaan kita maka kita telah membawa satu fitnah kepada agama. Nasihat saya, jikalau kita bukan ahli agama, rujuklah dengan ahli agama yakni para alim ulama. Kita tak layak berbahas ttg agama jika x cukup ilmu. Hanya Allah SWT dan RasulNya mengetahui. Wallahua'lam.

Anonymous said...

meletakkn pentingnya ilmu hanya pd sesetengah pihak adalah satu tindakan jumud.kte seharusnya sendiri mencari ilmu itu.sejarah juga boleh digunakan sebagai ilmu untuk kte perbaiki.tetapi sejarah islam itu sendiri dah byk diubah2 sehingga kita sendiri tidak tahu mana kesahihannya.inikan sejarah nabi kita muhammad.tentu sekali byk telah diubah selama seribu tahun lebih nabi meninggalkan kita.wahyu yang pertama diturun adalah "bacalah".kalau ada seseorang yang tak dikenali datang kepadamu dan disuruhnya kamu baca.agak2 apa yang kamu nak baca? sedangkan tiada tulisan yg hendak dibaca?.tentu sekali kte sendiri akan mengatakan "tak tahu nak baca apa".tapi ayat tu diteruskan lagi dengan (al-alaq 96: ayat 1) "bacalah dengan menyebut nama tuhanmu yang menciptakan".jika kalian buang perasaan malas dan membuat sedikit kajian sejarah nabi muhammad.tujuan nabi bertahanus di gua hira kerana mahu memikirkan bagaimana ingin menyelesaikan masalah2 masalah2 yang berlaku ketika itu.tetapi turun pula wahyu yang menyuruh baginda membaca keadaan itu dengan pandangan Allah menurut wahyu2 yang diturunkannya.sebab itu (al-jumuah:ayat 2) mengatakan Allah mengantar rasul kepada orang yg buta huruf.buta dari melihat dunia melalui apa yang Allah mahukan dan perintahkan didalam wahyunya.jadi sebenarnya ayat itu perlu dirasai oleh kte sendiri yg membaca Alquran itu.kerana Alquran itu sendiri dirurunkan utk semua manusia.hari ini kte juga telah buta dari melihat intipati alquran trsebut.knapa ia diturunkan? untuk apa?.tetapi malangnya kita lebih suka mendengar scientist2 yg mengkaji alquran masuk agama islam setelah mengkajinya.tetapi kita sendiri tak pernah duduk mengkaji dan memahami ayat alquran itu apa?.jadilah kita kaum yang ummi (buta huruf)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...