Pages

Wednesday 24 November 2010

tudung singkat..






Assalamualaikum..para hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian..
Kali ini adalah isu pemakaian tudung...
Memang ramai yang memakai fesyen tudung seperti ini zaman ini..
malah cara pemakaian tudung ini sudah menjadi trend masa kini..
dan masyarakat tidak pernah menolaknya,,malah permintaan tudung ini dr sehari ke
sehari semakin meningkat..
Mungkin terdapat segelintir yang tidak mengetahui hukum yang sebenar2nya tentang pemakaian tudung dan konsep menutup aurat..
Tetapi bagi mereka yang memahaminya masih juga buat2 tidak mengerti...
Malah mereka berasa bangga kerana diri mereka dirasakan telah mengikuti peredaran zaman..
Berfesyen dalam pemakaian tidak salah,,,yang salah adalah fesyen yang tidak menepati syarak...

Tudung terlalu singkat dan tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk badan..

Inilah fesyen bertudung zaman sekarang yang anda banggakan/orang sekeliling anda banggakan!!!
Moga selepas anda membacanya,bakal mengukuhkan jiwa anda supaya bertudung seperti Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w perkatakan BUKANNYA semata-mata berfokuskan kepada fesyen dan ingin menunjukkan bentuk tubuh anda kepada KHALAYAK RAMAI...Kepada sesiapa yang masih ingkar perintah ALLAH S.W.T dan tidak mengenakan pakaian yang menutup aurat dan bentuk tubuh anda 100%,mulakanlah langkah pertama anda KERANA sesungguhnya manusia pada hari ini lebih teruk berbanding apa yang berlaku pada zaman Jahiliyah dahulu...
(contoh ringkas:wanita di zaman Jahiliyah dulu,perempuan sudah tiada maruah dan menayangkan bentuk badan kepada semua LELAKI SEMATA-MATA INGIN MENARIK PERHATIAN....Benarkan,zaman Jahiliyah kembali mengungkap sejarah pada zaman KITA KETIKA INI???zaman Jahiliyah dulu anak perempuan akan ditanam hidup-hidup,TETAPI KINI tak kisah anak perempuan atau anak lelaki dibuang bertempiaran......)

Isu yang saya hendak fokuskan bukannya kepada wanita yang tidak menutup auratnya(tidak memakai tudung) kerana isu tersebut kita sudah pun tahu apakah hukuman di akhirat kelak kepada manusia yang tidak menutup aurat apatah lagi sengaja mendedahkan aurat TETAPI isu yang saya hendak kaitkan disini ialah ISU PEMAKAIAN Tudung Rahib Kristian=Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Wanita Moden.

Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila kedatangan Islam,setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.


Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" – riwayat Abu Daud. 

RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA... 
Agenda Kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam.. 
Adakah ini suatu kebetulan?Ini sememangnya agenda Kristian yang amat KURANG AJAR untuk menjahanamkan umat Islam..
Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya...sebar-sebarkanlah..
selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Allah,Lindungilah kami..
Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati Kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian...



“Katakanlah kepada wanita yang beriman:
 “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, 
dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, 
kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. 
Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, 
dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, 
atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka,
 atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka,
 atau putera-putera saudara lelaki mereka, 
atau putera-putera saudara perempuan mereka, 
atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, 
atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan 
(terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
 Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan 
yang mereka sembunyikan. 
Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,
 hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31).


Wallahua'lam...



P/S : petikan di ambil dari facebook..




Gratisan Musik

8 comments:

omurice said...

yela...orang sekarang memang pelik...pakai tudung tp lengan pendek..xbaik la memburukkan islam..kat malaysia ni, org islam nyer berlumba2 nak out dr islam tp islam luar negara berlumba2 nak tambah ilmu islam...Omu pun kadang2 malu tgk...nk tegur sape la kita, doa jer supaya dibukakan hati..penerangan yg bagus..lengkap..

SaEidah SyamIelah said...

Omurice:
betul tu,,Membina Insan Mendiri Masyarakat..bukan senang hendak membentuk peribadi yang soleh/ah,,ia memerlukan didikan yang berterusan tanpa putus2..

Kerja-kerja meluruskan apa yang berada di dalam diri kita merupakan asas kepada kerja-kerja islah yang diusahakan di peringkat luaran. Rasulullah mengatakan di dalam diri anak Adam terdapat seketul darah, sekiranya ianya baik maka baiklah jasad itu seluruhnya, sekiranya ianya fasad (buruk), maka fasadlah jasad itu seluruhnya, iaitu ianya adalah hati.

Kebaikan luaran ini merupakan pantulan cahaya dari kebaikan dalaman, keburukan luaran ini merupakan merebaknya kegelapan dari kejahatan dalaman.

"barang sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangan, sekiranya tiada berupaya maka ubahlah dengan lidah, sekiranya tiada upaya maka ubahlah dengan hati, dan itulah sedaif-daif (selemah- lemah) iman",

Kita mencegah kemungkaran bukan kerana kita merasa kita lebih baik dari orang yang kena cegah, kerana itu adalah sifat takabbur. Kita tidak pula mngintai-intai keaiban orang lain, kita juga tidak berniat untuk membuka aib orang lain. Kesemua ini adalah maksiat yang besar. Tetapi kita mahu menjunjung tanggung-jawab kita terhadap Allah . Jadilah ketika itu marah kita, reda kita, sokong kita, bangkangan kita semata-mata murni kerana Allah.

Allah mengajar kita di awal surah al-Baqarah tentang sifat-sifat orang yang mempunyai penyakit di dalam hati-hati mereka:
Ketika dikatakan kepada mereka "janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi", mereka menjawab "sesungguhnya kami adalah golongan yang membuat pengislahan", yang sebenarnya mereka adalah golongan pembuat kerosakan tetapi mereka tidak sedar.

Wallahua'lam..^^

azwa amani said...

syukran...satu perkongsian yang baik..mohon untuk copy dan sebarkan..boleh???

pensel kayu said...

awat perempuan susah nak faham bab ni?awat depa kata tdg labuh tu kena ustazah..pakai stokin tu ustazah..pastu klu org pakai tdg labuh wat masalah terus kata hipokrit..hmmm..nobody perfect la..tp tu la,susah..mintak solusi dr puan penulis!

jazakillahu khoir atas tulisan yg menarik!

Anonymous said...

الحاجة للحفاظ على اختبار بلدي بلوق. لا تعمل كما أريد لها حتى الان. تشك لهذا الموضوع. ربما هذا سيحصل الألغام لتبدو أفضل.

SaEidah SyamIelah said...

azwa:
'afwan...boleh...^^


zahari :
Ketahuilah, semua ini berlaku dek kejahilan dan ketidakmahuan mempraktikkan ajaran agama oleh orang agama itu sendiri...
itu semua berpunca dr tuan badan itu sendiri..
afwan ^^..

Anonymous said...

ممتاز آخر. استمتعت حقا قراءة بلوق وظيفة الخاص بك.

Anonymous said...

إليكم بعض النقاط لطيف هناك. قمت بالبحث في الموضوع وجدت الناس أساسا لن تقبل مع بلوق الخاص بك.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...