Pages

Sunday 5 December 2010

pendamping diri


Bismillah pembuka bicara,,
Assalamualaikum kepada semua pembaca yang baru menerjah ke mari dan 
masih setia lagi bertandang ke mari..
Sebelum bermula bicara dan kata..
kali ini hendak berkongsi tentang '4 pendamping diri'..
ha..mesti dah fikir pendamping yang lain...
bukan,. pendamping di sini bermaksud pendamping inilah yang memang
melekat, setia dan tidak pernah lekang dari diri kita..
walau sesaat,, cuma ada satu pendamping sahaja yang kekal dengan kita
dan dia menjadi peneman kita, walaupun kita masuk ke dalam kubur..
'kita bermula dengan pendamping yang paling tak famous dan tak setia..
'pendamping diri'
4. perhiasan/penampilan
3. harta
2.ibu bapa/ keluarga
1. amalan kita





kesemua ini memang setia dan tidak pernah lekang dari kita..
seperti isi dan kulit..saling memerlukan..

Cuma yang membezakan antara kesemua ini adalah yang mana pendamping yang betul2 memberi manfaat kepada kita, bila kita meninggal kelak..
sekiranya pendamping kita perhiasan dan penampilan..
contohnya make up, baju, selendang, seluar jeans, serta accessories yang lain
bila meninggal, semua itu akan dilepaskan dan ditinggalkan..mereka ini tidak dapat menemani anda di dalam kubur nanti..

minda-13-1

Begitu juga dengan harta yang banyak ataupun sedikit,,jika tidak berharta,, anda masih di kira berharta lagi iaitu ( anak2 dan keluarga)
harta kita ini juga, tidak akan dapat dibawa masuk ke kubur..
Cuma,, jika kita mempunyai harta yang banyak...perbanyakkanlah menginfakkan dan bersedekah kepada yang berhak dan orang yang memerlukan..
kerana di akhirat kelak harta yang kita ada di sumbangkan ke mana??
itu yang akan dipersoalkan oleh Allah s.w.t kepada kita..
Apakah sumbangan yang kita berikan kepada Islam.. semua yang kita lakukan adalah semata2..mengharapkan keredhaan Allah..

Seterusnya ibu bapa/ anak2.. mereka ini juga tidak dapat menemani kita di alam barzakh nanti..paling setia dan dekat dengan kita,,mereka akan hantar kita sampai di tepi kubur kita sahaja..walaupun mereka berat hati, sedih dan pilu dengan pemergian kita..mereka tetap tidak boleh menemani kita..


46
(surah al kahfi: 46)

Maksudnya: Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan


Akhirnya,,,kita temui jawapannya..pendamping paling setia dan kekal di samping kita walaupun di dalam kubur,,adalah amalan kita.. sekiranya banyak kebaikan yang dilakukan di muka bumi ini...maka kubur kita akan menjadi lapang..terang dan selesa di dalam sana.
Jika kejahatan yang paling banyak kita lakukan..maka kesempitan dan kegelapan serta kala jengking dan binatang berbisa akan menjadi teman dan sahabat kita di dalam sana..

Segala kesan pembalasan yang trdpt pada si mati di dalam kubur,, seperti mana yang kita dengar dan lihat sebenarnya adalah disebabkan oleh amalan2 mereka .. 
di dalam kubur belum ada siksaan lagi dari Allah..
seksaan yang dtg dr Allah adalah di akhirat kelak..
selepas kita dihimpunkan di mahsyar nnt..akan dibuka buku amalan kita..
kemudian di timbang amalan..dan ditentukan di syurga atau neraka..
barulah kita akan diseksa semahu2nya sekiranya nereka kediaman kita (nauzubillah)
sekiranya syurga kediaman kita maka kenikmatan adalah ganjarannya..

minda-13-3

segala kesan dan akibat yang kita lihat selalunya pada si mati yang telah dikeluarkan dari kubur..sebenarnya adalah kesan drpd amalan mereka sendiri yang berhubung dengan mereka..siksaan sebenar adalah di akhirat kelak..

wallahua'lam..

16 comments:

Kalamhati said...

salam ziarah..

syukran..tazkirah yang bermanfaat..walau semua tahu tp hati kita manusia perlu sentiasa diingatkan dan dipesan..=)

azwa amani said...

tq for sharing this...suke entry ni.. :)..mohon copy untuk simpanan peribadi..

SaEidah SyamIelah said...

kalam hati :

'afwan..^^ betul tu..
walaupun kita sudah tahu..
kekadang kita terlupa apa yang telah kita pelajari sebelum ni..
kerana manusia itu harus sentiasa
diperingatkan selalu..
agar kita tidak leka dan lalai...

SaEidah SyamIelah said...

azwa:

welcome ^^..
silakan...sebarkan kepada yang lain
semoga kita semua mendapat pahala dan
manfaatnya bersama
serta usaha yang kita lakukan
membuahkan hasil dan mendpt pahala
yang berterusan drNya...^^
Insyaallah..

Unknown said...

terima kasih..

SaEidah SyamIelah said...

diana:
same2...^^

Anon said...

Salam sis,

first time kat sini.heee..nak tmbah sikit ni.

**

selalu kan,pendamping yang paling utama itulah yang sering manusia lupa.

macam solat.kita berusaha buat solat2 sunat but at the same time,kita pandang enteng dgn solat fardu.asal buat, sudah.

kita fikir quantiti lbh penting drpd quality.

tapi bukan bermaksud tak perlu solat sunat cuma dr segi keutamaannya ialah solat fardu.

:)

SaEidah SyamIelah said...

najiha:

waalaikumussalam...
selamat datang ^^...hehe

betul tu..memang susah manusia nk
berpegang pada pendamping utama tu..
tepat tu..solat fardhu dgn sunat..itu masa dikira ok lagi...sampai yang ada..solat 5 waktu pun belum tentu cukup...inikan lagi perkara sunat..
semoga kita sentiasa saling diperingatkan agr tidak terleka dan lalai dan alpa..klu dh tersasar matlamat utama..semoga cepat2..berpatah balik ke jalan yang lurus..

terima kasih menambah dan berkongsi pengetahuan...^^

.::: Princess MOMOY :::. said...

nice entry dear
bersama ingat-mengingati
ramai yang terleka...
ramai yang terlupa...
tapi ramai juga yg buat-buat lupa...
MY RECENT POST : MAKE_UP CATS - Mana Pilihan Korang ?

ayulunera said...

thanx dear...tazkirah di hgari sabtu....

ayulunera said...

thanx dear...tazkirah di hgari sabtu....

SaEidah SyamIelah said...

same2...^^
berkongsi ilmu...
bertambah pahala..

martos said...

salam kenal. bw
blognya bagus sangat

SaEidah SyamIelah said...

martos:
^^...terima kasih..

MUHAMMAD SUKRI SUPI said...

assalamualaikum...pengisian yang bermanfaat utk santapan rohani semua..Entri terbaru..Kisah Berpisah Roh Dari Jasad...

SaEidah SyamIelah said...

sukri;
terima kasih ^^..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...