Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan para blogger sekalian,
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat illahi, kerana masih diberi nikmat iman
dan Islam .
Bersyukur juga kerana ada dikalangan kita masih mempunyai kedua ibu bapa,
dan tidak kurang juga, terdapat juga sebahagian dari sahabat-sahabat kita yang sudah kehilangan orang tua mereka..
Subhanallah, betapa indahnya kasih dan sayang itu,
Allah curahkan sifat Maha Rahman dan Rahim kepada seluruh hambanya..
segala sifatnya dibiaskan kepada mahkhluk-makhluknya.. sifat kasih dan sayang yang kita kecapi, dan rasai ini hanyalah secebis cuma.. Kerana Limpahan Kasih dan RahmahNya begitu luas..
Pada kali ini, terdapat satu perkongsian menarik yang ingin dikongsikan bersama sahabat, iaitu Peranan dan Kasih Seorang Bapa. Perkongsian ilmu yang diperoleh dari program Hal Ehwal Perdana Islam yang bertajuk 'Bingkisan Buat Ayahanda'
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلائِكَةٌ غِلاظٌ شِدَادٌ لا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Maksudnya :
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (surah al-tahrim : 6)
"Peliharalah anak dan isteri kamu dari Neraka Allah.."
Apa yang hendak saya kongsikan adalah Peranan Bapa!..
Sememangnya pada hari ini zaman keruntuhan akhlak dan moral sudah berleluasa dan sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat kini tidak kira lelaki mahupun wanita.
Apa yang lebih membimbangkan adalah institusi keluarga itu diketuai oleh Bapa yang tidak dapat memandu dan membimbing anak dan isteri ke arah jalan yang diredhai oleh Al-Khaliq (Maha Pencipta sekalian Alam).
Kaum Bapa juga perlu membaca buku dan menambah ilmu, kerana ia menjadi tempat
rujukan anak dan isteri,
Jika bapa kurang ilmu dan pengetahuan, maka si bapa tidak dapat mendidik
agama anak dan isteri dengan acuan yang betul dan dikehendaki syara'...
Peranan Ayahnda boleh diringkaskan kepada 4 perkataan iaitu (P.L.K.N) :
P - Pimpin - dia perlu menunjuk jalan pada anak dan isteri menuju jalan yang lurus dan diredhai Allah 'azzawajalla (membina biah solehah dalam rumahtangganya solat berjemaah bersama isteri dan anak-anak, menunjukkan qudwah hasanah (contoh dan teladan yang baik kepada mereka).
L - Lindung - Si bapa yang melindungi anak-anaknya dan isteri tercinta, bukannya haruan makan anak, Harapkan pagar, pagar makan padi, bapa lah menjadi tempat mereka mendapat keamanan dan ketenteraman. Care n safety . Bapa seperti safety guard, kekuatan yang dimiliki untuk menjadi pahlawan dan pelindung kepada keluarganya. Si bapa juga perlu kisah akan hal anak-anaknya, agar anak-anaknya sentiasa dalam pemantauannya. Ke mana anak pergi, dengan siapa dia berkawan ini adalah untuk memastikan keselamatan dan surrounding si anak dalam keadaan yang baik sentiasa. (Jika tempat utama sudah tidak selamat, ke mana mereka hendak berlindung!)
K - Ketegasan - Kasih sayang ini diluahkan dengan memberi nafkah kepada anak dan isteri, menjaga makan,minum, pakai mereka. Ketegasan ini perlu untuk memastikan keadaan sentiasa dalam keadaan yang terkawal, jika si bapa tidak waras, mana mungkin dia dapat memastikan keadaan keluarganya dalam keadaan yang terkawal.
N- Nasihat/ Nafkah - Mencari rezeki untuk anak dan isteri. Jika si bapa seorang yang goyang kaki di rumah, maka ini 'kiamat' namanya. (Al-Rijal Qawwamun al-Nisa' ) lelakilah yang berada dihadapan dan mendahului wanita dalam konsep kepimpinan .Walaupun tidak dinafikan wanita juga boleh menjadi pemimpin, tetapi lelaki itulah pemimpin kepada wanita. Si Bapa juga perlu sentiasa memberi peringatan dan nasihat kepada anak-anak dan isteri. Sentiasa mencurahkan ilmu baru atau perkongsian baru kepada anak dan isteri untuk penambahbaikan iman dan akhlak untuk kesejahteraan institusi sesebuah keluarga.
''Sebaik-baik bapa adalah yang baik dengan ahli keluarganya..''
(Rasulullah s.a.w menunjukkan teladan mengenai kasih sayang kepada masyarakat Arab pada masa itu yang tidak biasa dengan apa yang dilakukan oleh Rasulullah ) Seperti yang kita ketahui
''Rasulullah s.a.w di utuskan adalah untuk menyempurnakan Akhlak. ''
Ketika Rasulullah s.a.w meriba cucunya Hasan dan Husin, baginda di datangi oleh seorang sahabat dan bertanyakan mengapa baginda meriba cucunya? Katanya :Aku tidak pernah meriba anak-anakku dari yang pertama hingga kesepuluh.. Rasulullah s.a.w menjawab : '' Ucapkanlah dan luahkanlah rasa kasih dan sayang dan tunjukkan kasih dan sayang itu kepada anak-anak dan isteri. ''
Sekali-sekala, ucapkanlah rasa kasih dan sayang kepada anak dan isteri, kita tahu kebanyakknya lelaki ego untuk mengucapkannya, tapi luahkanlah ia dan tunjukkanlah rasa kasih dan sayang itu.. terutama sekali kepada si isteri kerana telah melahirkan zuriatnya, kerana telah bersusah payah sepanjang tempoh menjaga kandungannya. Si isteri memerlukan kata-kata semangat dan luahan rasa kasih dan cinta dari suaminya..
'' Orang yang tidak amanah, adalah orang yang tidak ada agama pada dirinya..''
Mendengar sahaja nama ayah, Sudah terlintas di fikiran dan minda,
ayah adalah satu icon yang digambarkan sebagai seorang yang tegas,
garang tapi penyayang.. Allah.. betapa hebatnya Allah mencampakkan
rasa kasih dan sayang kepada bapa dalam masa yang sama ketegasan
itu seiring. Jika Ibu pula, sifat kasih sayang seiring dengan kelembutan
dimiliki oleh kaum ibu, kesabaran yang tinggi sinonim pada kaum ibu,
setiap kata-katanya adalah doa. Terdapat juga sifat sabar pada
seorang Bapa, namun jarang kita lihat. Di sebalik ketegasan bapa,
sebenarnya terselit dalam sanubarinya untuk berlemah lembut
dengan anak-anaknya. Namun ini tidak menjadi masalah kerana ibu
dan bapa mempunyai sifat tersendiri yang telah Allah campakkan kepada
mereka dan yang penting, kedua-dua mereka bersama-sama
menyayangi zuriat-zuriat mereka. Tidak dilupa juga, Doa bapa
juga adalah doa yang tidak akan ditolak oleh Allah s..w.t.
Kisah Di rimba:
Si bapa ayam berkokok di subuh hari setiap pagi,
ini menunjukkan bahawa si bapa ayam begitu komited dalam
membimbing anak dan isteri, dengan mengejutkan mereka bangun bagi..
semata-mata untuk solat subuh berjemaah..
(sedangkan bapa ayam begitu peka dan komited dgn tanggungjawabnya, apatah lagi kita sebagai manusia yang punyai akal). Jika 'Bapa Ayam' lain pula bunyinya..
Bapa, besar peranannya.
Bapa, besar tanggungjawabnya,
Bapa, dia yang memandu anak dan isteri,
Bapa, dia yang melindungi anak dan isterinya,
Bapa, dia yang memberi nasihat dan tunjuk ajar pada anak dan isterinya
Bapa, dia juga menyerahkan amanah dan tanggungjawabnya itu kepada menantunya untuk menyambung peranannya..
(cthnya : semasa akad nikah, aku nikahkan dikau si polan binti si polan dengan mas kahwinnya RMxxx tunai..) maknanya si bapa telah menyerahkan amanahnya kepada menantunya untuk menyambung perjuangannya..
Semuanya harus memainkan peranan masing-masing, si ibu dengan tanggungjawabnya dan si anak dengan tanggungjawabnya dan bapa juga dengan tanggungjawabnya. Jika kesemua memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing maka semuanya akan menjadi mudah, namun 'Bapa itulah tonggak utama dalam meneraju nakhodanya ke timur atau barat, utara atau selatan..'
*Untuk memastikan anak dan isteri dalam keadaan yang diredhai oleh Allah,
perlu juga meneliti dalam pemilihan menantu, kerana ini satu amanah yang besar dan berat,
untuk meneruskan perjuangan.
Kepada sahabat-sahabat yang bakal bergelar bapa, dan sudah pun menjadi seorang bapa,,
maka inilah peranannya. Institusi keluarga adalah satu pembentukan utama dalam membentuk acuan bagaimana yang dikehendaki untuk membentuk zuriat-zuriat dan generasi kita, dan paling awal adalah pemilihan pasangan itu sendiri.
(segala kebaikan dari Allah s.w.t dan segala kekurangan dan kelemahan dari diri yang kerdil dan hina ini..)
Wallahua'lam..
- Hasil Nukilan : Saeidah-