Bismillah pembuka bicara, sebutlah namaNya setiap kali melakukan sesuatu perkara,..
untuk mendapat keberkatan dan keredhaan darinya..
"Umpatan" atau disebut sebagai "ghibah" dalam bahasa arab perkara ini sudah menjadi kelaziman dan kebiasaan kita tetapi sekiranya ada yang tidak melakukannya Alhamdulillah teruskan tindakan itu..umpatan adalah bercerita mengenai orang atau sesuatu.Tindakan yang berkaitan dengan umpatan ini contohnya apabila kita melihat sahaja sesuata benda atau perkara,pasti kita hendak mengulasnya,atau membuat kesimpulan itu dan ini,,ini juga dikatergorikan sebagai mengumpat,,kerana kita bercerita tentang perihal orang lain,,di belakang pengetahuannya,,hari ini saya hendak kongsikan bersama blogger2 yang dirahmati
ilmu yang saya pelajari di sekolah semasa tingkatan 4,,dalam mata pelajaran Pendidikan Al-quran dan As sunnah.
kita harus mengelakkannya dari mengumpat
"lebih baik diam dari berkata2 perkara yang tidak berfaedah.."
"lebih baik menyampaikan sesuatu ilmu dan kebaikan dari berdiam diri,,"
6 PERKARA YANG DIBOLEHKAN MENGUMPAT:
Sebagaiamana kita sama maklum bahawa hukum mengumpat adalah haram. Mengumpat ialah menceritakan tentang aib atau keburukan seseorang yang apabila orang tersebut mendengarnya maka ia akan marah dan benci.
Dalam hal ini Imam An Nawawy dalam kitabnya Riyadhus Salihin berkata: Ketahuilah bahawa mengumpat adalah dibolehkan atas sebab-sebab tertentu dan mengikuti lunas-lunas syara’ (agama), jika sesuatu yang penting tidak mungkin tercapai kecuali dengannya. Mengumpat yang dibolehkan agama itu ada enam jenis:

6 Perkara tersebut ialah:
Pertama: Orang yang dizalimi.
Pertama: Orang yang dizalimi.
Maka harus bagi orang yang dizalimi mengadu kezaliman yang dilakukan ke atasnya kepada pemerintah, qadhi dan sebagainya yang menjadi penguasa atau mempunyai kekuatan untuk menghentikan kezaliman orang itu. Contohnya, dengan menyebut : “aku dizalimi oleh fulan seperti ini... “.
Kedua: Minta tolong untuk mengubah kemungkaran atau menunjukkan ahli maksiat kepada kebenaran.
Kedua: Minta tolong untuk mengubah kemungkaran atau menunjukkan ahli maksiat kepada kebenaran.
Caranya dengan menyampaikan kepada sesiapa yang mempunyai kekuatan atau kemampuan untuk membetulkan kemungkaran tersebut. Contohnya, dengan menyebut : “ fulan itu melakukan begini.. “. Maka boleh disampaikan dengan tujuan untuk mengubah mungkar. Jika bukan dengan tujuan itu adalah haram.
Ketiga: Meminta fatwa.
Ketiga: Meminta fatwa.
Contohnya, kita bertemu mufti dan berkata : “ aku dizalimi ayahku atau saudaraku atau suamiku atau fulan dengan begini. Maka apa pandangan mu (mufti )?”. Pertanyaan itu bertujuan untuk meminta pandangan untuk selesaikan masalah tersebut. Tetapi, baik juga jika nama identiti individu tersebut tidak disebut secara terperinci kecuali dengan menyebut kesalahannya sahaja.
Keempat: Memberi peringatan kepada kaum Muslimin daripada kejahatan dan menasihati mereka.
Keempat: Memberi peringatan kepada kaum Muslimin daripada kejahatan dan menasihati mereka.
Contohnya apabila kita mengetahui adanya orang yang diambil menjadi saksi dalam sesuatu kes, tetapi kita tahu kefasiqannya, maka wajib mendedahkannya demi kemaslahatan umat Islam. Ataupun seorang perawi hadith yang diketahui mempunyai masalah di sudut thiqah atau adilnya, maka boleh didedahkan kerana untuk menjaga kepentingan ramai daripada menerima hadith yang diriwayatkannya.
Ataupun dalam bab perkahwinan, dibenarkan kita menyebut keburukan seseorang jika ada orang yang ingin mengahwininya datang bertanya tentang diri individu itu pada kita, atau dalam urusan untuk berpakat berniaga, maka dibenarkan kita menyampaikan keburukan seseorang yang ingin melakukan kerjasama dalam perniagaan agar terselamat dari amalan buruknya, atau dalam urusan menyimpan barang, maka boleh kita maklumkan keburukan seseorang yang kita tahu dia tidak amanah dan sebagainya dan lain-lain.
Atau kita memaklumkan kepada orang ramai agar tidak berguru dan berhati-hati dengan seseorang yang kita tahu dia sering berulang-alik belajar dari guru yang bid’ah. Atau ilmunya diambil dari orang yang fasiq kerana kita bimbang akan timbul mudarat darinya nanti. Ataupun kita memaklumkan pada orang ramai tentang keburukan seseorang yang ingin diangkat menjadi pemimpin kepada satu kaum, tetapi dia fasiq, lagha (lalai) dan sebagainya. Maka wajib memaklumkan pada orang ramai.
Kelima: Orang yang melakukan maksiat atau bid’ah secara terang-terangan

seperti minum arak, mengambil cukai (peras ugut dan sebagainya), ambil harta orang secara zalim, menjadi kepala utama dalam melakukan kejahatan, maka harus didedahkan kejahatan mereka ini. Namun, perbuatannya jahat yang dilakukan secara terang-terangan itu sahaja perlu disebut, bukan selainnya.
Keenam: Pengenalan diri .
Keenam: Pengenalan diri .
Apabila ada manusia yang dikenal dengan gelaran seperti mata berair, tempang, pekak, buta, juling dan sebagainya, maka harus memanggil mereka dengan gelaran itu dengan tujuan untuk mudah dikenali. Jika bukan dengan tujuan untuk mudah mengenali, sekadar untuk menghinanya, maka hukumnya haram. Adapun, jika gelaran-gelaran itu tidak diredhoi oleh mereka, maka tidak dibenarkan memanggil gelaran itu dan usahakan dengan panggilan lain jika ingin mudah kenal sekalipun.
(Bersama2 lah kita muhasabah diri dan perbetulkan kembali tabiat kita yang tidak elok,,
semoga kita mendapat keampunan dari segala dosa2 yang pernah kita lakukan selama ini,,
wallahua'lam..sekian yang baik itu datang dari Allah,,yang tidak baik itu dari kelemahan saya sendiri.)
5 comments:
entry yang berguna..,masyeh cos berkongsi ye
slm singgah bc n3.tq ye 4 this nice n3.semua patut bc ni!
fuhhh..sy x ngumpat pun..hehe
tringat dlu vid psl mengumpat ni.ibarat mkn daging sedara sndiri.dlm video tu pelakon2nya mkn daging berdarah2 utk mengumpamakan mengumpat dgn mkn dging sedara sndiri.
bykkn post cmni..leh sme2 beringat..nti leh la kiwi dtg bce slalu..hihi
Post a Comment