Pages

Friday, 21 January 2011

Wanita



SEDarlah..
Ramai orang cakap susah jadi wanita Islam,
lihat saja peraturan di bawah :

  • Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
  • wanita perlu meminta izin suami jika hendak keluar rumah, tetapi lelaki tidak perlu melakukan begitu.
  • wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
  • wanita perlu menanggung kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
  • wanita menerima wasiat kurang daripada lelaki.
  • wanita wajib taat kepada suami tetapi suami tidak perlu taat kepada isteri.
  • Talak terletak di tangan suami.
  • wanita kurang ibadahnya kerana mengalami haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.


Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai, serta disimpan di tempat yang terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan bersepah. Itulah bandingannya dengan seorang wanita..


  • wanita perlu taat kepada suaminya , tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibunya seorang WANITA..
  • wanita menerima pusaka kurang daripada lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki perlu menggunakannya untuk isteri dan anak-anaknya.
  • Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh kejadian di muka bumi ini dan jika matinya kerana melahirkan anak maka ia dianggap mati syahid.
  • Di akhirat kelak, seorang lelaki dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita iaitu ibu, isteri, anak perempuan dan saudara perempuannya. Manakala wanita pula tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki iaitu suami, ayah, abang dan anak lelakinya.
  • Seorang lelaki perlu berjihad fisabilillah, tetapi wanita jika taat kepada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya akan menerima pahala seperti orang yang pergi berperang tanpa perlu mengangkat senjata.




"SETIAP YANG ALLAH S.W.T JADIKAN ADA HIKMAHNYA YANG TERSENDIRI...JADI JANGANLAH MENGELUH..SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T ITU MAHA MENGETAHUI...."

WALLAHU'ALAM.... 

p/s : sumber dari Fbook..

2 comments:

Mr.NS said...

tp wanita jugak senang masuk syurga..

follow u...

SaEidah SyamIelah said...

honey:
sesungguhnya Islam itu memelihara martabat seorang wanita, wanita perlu dihormati dan di sayangi..serta dilindungi..betapa indahnya Islam itu...^^



Mr Ns:
^^,, sesiapa yang beriman dan bertaqwa kepadaNya,akan masuk ke syurga...^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...