Pages

Saturday, 8 January 2011

sayangilah ia




Tumbuh-tumbuhan dan tanam-tanaman semua mahukan perlindungan dan hak kehidupan di muka bumiini..oleh itu,sayangilah bumi kita
peliharalah tanaman2 ini sebaik2nya,,agar ekosistem bumi kita ini kembali stabil,,
banyak sumbangan tanaman2 ini dalam kehidupan kita,,,.(^^,)


Sebutir benih gugur ke bumi 

Menjadi pepohon yang hijau merimbun 
Mewarnai alam dengan keindahan 
Untuk dinikmati oleh semua insan 
Yang rindukan ketenangan jiwa

Luasnya alam yang indah terbentang 
Lambang kebesaran dan keagungan Ilahi 
Burung berterbangan di langit tinggi lambang kebebasan 
Angin bertiupan mengumpul awan menurunkan hujan 
Membasahi bumi menyubur tumbuh-tumbuhan

Naluri insan suka keindahan 
Mengubat resah di jiwa dan di minda 
Kurniaan Allah untuk semua insan 
Yang mahu berfikir pada keagungan dan kehebatan 
KuasaNya Tuhan

Tetapi ada yang suka menghancurkan 
Memusnahkan alam dengan tangan yang kejam 
Usah dicemari keindahan alam ciptaan Tuhan 
Haruslah di jaga dan di pelihara bersama-sama 
Sebagai tanda kesyukuran kita pada-Nya

Keindahan alam adalah bayangan 
Pada syurga yang lebih kehebatannya 




Betapa keindahan menanti di syurga 
Indah di dunia hanya sementara 
Tetapi di syurga kekal selamanya



"jagalah alam sekitar" 
"sayangi bumi kita"

2 comments:

kiwi said...

btol 2..klau x de tumbuhn x de la oxygen..sayangilh dia ^^

SaEidah SyamIelah said...

kiwi:

seusungguhnya makhluk ini, saling memerlukan antara satu sama lain,,
sekiranya kitaran itu tidak lengkap maka berlaku ketidak seimbangan hidup kita...(^^,),,setiap apa yang diciptakan..Allah lebih mengetahui..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...