Assalamualaikum w.t.b..pembuka bicara dan pembuka kata,
kali ini perkongsian mengenai sekeping gambar yang
menyebabkan pelbagai tafsiran dan pandangan
dari kalangan kita sendiri, di sebabkan pemikiran
kita yang berbeza-beza antara satu sama lain..
Rentetan pendapat2 yang mengemukakan pandangan mereka:
1) Saya x nampak gambar ni ada kaitan ngan agama... Ni lah fitrah semula jadi manusia tuk berbuat baik sesama manusia . Sape yg melawan fitrah,maka ia tidak berperikemanusian. Agama membimbing manusia ke jalan kebenaran dalam beribadah kpd Tuhan,tapi fitrah manusia adalah berakhlak mulia .. :D
2) Bukan semua yahudi itu zionist, malah ade org yahudi yg mmbnth dgn tindakan zionist
3) sy nampak ianya berkaitan dgn agama :) kita scr umumnya tw ape yg israel dah lakukan trhdp org islam,tp tdk bererti yahudi tdk dpt berkwn dgn islam
4) apa yg kitew uat sumewnye bekaitan nan agama..makan tido bkawan sumewnye kana allah..agama xpewnah tkecuali..
5) Benar stetement itu. Tetapi,Jika semuanya berkaitan dengan agama,terangkan kenapa masih ad org ahteist ( xde agama dan percaya tuhan) yg berakhlak mulia? Mengapa org yg tidak kuat berpegang kpd agama masih lg berakhlak mulia? Ini semua adalah fitrah manusia. Islam adalah agama fitrah. Dan kita sebagai umat Islam wajib ikut fitrah manusia yg telah Allah jadikan manusia dalam sebaik2 ciptaan. Hmm..xpelah. Baik saya tinggalkan perbincangan ni. :)
6) Fitrah manusia untuk berbuat baik terhadap sesama manusia. Tetapi kita semua tahu sebahagian besar Yahudi seolah-olah telah kehilangan fitrah mereka sebagai seorang manusia terhadap orang Islam,kisah mereka juga disebut didalam Al-Quran. Tetapi gambar ini membuktikan,bahawa masih wujud lagi orang Yahudi yang masih lagi berperikemanusiaan (sama seperti yang disebut didalam Al-Quran,bahawa ada "sebahagian kecil" antara mereka mentaati Allah),malah fitrah mereka mendorong mereka untuk berbaik dengan orang Islam yang sebenarnya tiada sebab untuk mereka membenci orang Islam. Maha Suci Allah.
7) bkan semua yahudi masuk dalam aliran zionis...sye percaya masih ramai lagi bangsa yahudi yg baik dan tidak memusuhi islam...
Kesimpulan yang dapat di buat adalah
1)sifat yang murni dan yang tidak melanggar fitrah (apa yang telah ditetapkan) adalah untuk kesejahteraan umat. Islam itu sendiri merujuk kepada makna selamat, sejahtera, aman. sekiranya kita melanggar fitrah manusia dan syariat Allah maka keburukan, kesengsaraan dan kebinasaan akan menimpa diri kita akibat akan dosa dan kesalahan yang kita lakukan. Secara tidak langsung kifarah sudah berlaku (penghapus dosa),
2)Sekiranya kita masih melakukan dosa itu, maka bertaubatlah dan
memohon keampunan padanya adalah yang utama, Taubat padaNya dan menyesal akan segala kesalahan yang kita telah lakukan.
3)Sesungguhnya Islam itu agama yang suci dan murni dan menyeluruh dalam segala aspek,
Islam itu sentiasa mengutamakan sikap hormat -menghormati antara satu sama lain,
sekiranya orang kafir yang menginginkan keamanan dr negara Islam, maka keamanan dan perlindungan di berikan. Jika orang kafir itu mahu memerangi Islam, maka wajib kita mempertahankannya.
" إن الله يحب التوبين ويحب المتطهرين "
Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan
bersuci (suci dari segala dosa/noda/maksiat ) padaNya..
wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment