Salam sejahtera kepada semua..entry kali ini berkisarkan kematian,,
Acapkali kita mendengar tentang kematian,,tetapi jarang yang kita ketahui apa perkara yang kita akan tinggalkan di dunia ini,,setelah meninggal dunia,,
harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama,,
apalagi yang ditinggalkan selain nama??mari kita lihat satu persatu,,
tidak semua orang mengetahui perkara2 yang akan ditinggalkan selepas mati,,malah ramai
yang tidak menitikberatkan hal ini,,
3 Perkara yang ditinggalkan selepas meninggal dunia
Berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Apabila mati anak Adam, maka putuslah amalannya kecuali tiga iaitu, anak soleh yang mendoakan untuknya, ilmu yang dimanfaatkan dan sedekah amal jariah yang ditinggalkan."
1. Anak yang soleh.
Anak yang soleh tidak semestinya seorang ustaz atau Al-hafiz, tetapi jika anak itu dapat menghafalkan Al-Quran adalah yang terbaik bagi ibu bapanya. Seterusnya seorang anak itu taat kepada perintahNya, meninggalkan semua laranganNya dan melaksanakan segala suruhanNya.Mereka juga akan menghadiahkan ayat-ayat suci al quran kepada ibu bapa mereka sebagai tanda ingatan dan kasih sayang anak kepada ibu bapa mereka semasa ketiadaan mereka nanti..dan menjaga nama baik keluarga,diri dan agama
selama hidup di muka bumi ini..
2. Ilmu yang ditinggalkan
.
Segala Ilmu yang ada di dada dan kita sampaikannya kepada orang lain,,selama mana ilmu itu saling disampaikan satu sama lain,,selama itulah si pengajar dan si penyampai mendapat saham,,pahala dan manfaatnya dari ALLAH,,
Jadi dengan blog ini saya menggunakan manfaat sepenuhnya untuk menyampaikan segala ilmu agama yang dipelajari. Dengan blog ini juga sekiranya saya tiada nanti, maka pembaca-pembaca akan terus membaca dan mendapat manfaatnya.
3. Sedekah Amal Jariah.
Sedekah kepada orang susah dan anak-anak yatim dan golongan2 yang layak mendapatnya.Sekiranya kaum kerabat dan juga keluarga kita sendiri memerlukannya,,wajib kita mendahulukan mereka kerana mereka adalah orang yang terdekat dengan kita,, Sekiranya mempunyai rezeki yang lebih boleh juga kita menyumbangkannya atau mewakafkannya dengan membina dan membangunkan pusat2 keilmuan,ibadah,dan masjid atau surau untuk kebaikan masyarakat setempat dan sumbangan kita kepada agama Islam untuk kebajikan.
Moral topik;
++kita perlu mendidik dan memberikan didikan agama yang sepenuhnya kepada
anak2 kita,,
++kita juga haruslah menjadi pemurah dan baik hati dalam menyampaikan
sesuatu ilmu,,jika kita tamak dan kedekut ilmu,,makin lama ilmu yang kita tahu itu semakin hilang,,tetapi jika disampaikan makin kuat ingatan dan hafalan kita terhadap sesuatu ilmu itu,,jgnlah kita jadi seorang yang bakhil,,
++ lastly,,sedekah lah walau sedikit,,kerana dalam harta yang kita miliki,,
mempunyai hak orang lain,,sekiranya kita
tidak menagih2kannya,,kita dikira memakan harta orang lain,,
MasyaAllah,,!!
marilah kita memohon keberkatan dan kerahmatan selalu dariNya di atas segala nikmat yang kita kecapi selama ini,,
Semoga Allah SWT tetapkan iman dan hidup kita semua di landasan yang betul dan lurus,,
dengan bimbingan dan petunjuk hidayahNya sentiasa..
Wasallam.
"kelalaian itu kegelapan
kejahilan itu kesesatan
kesabaran itu ketenangan
kemaafan itu kekuatan
kepandaian itu kekayaan
Istiqamah itu bukti kehambaan"
2 comments:
huhu btol tu
kalau cmtu bila dah meninggal pun inshaAllah pahala kita non-stop datang ;D
macam Allahyarham Asri Rabbani.. walaupun beliau dh meninggal tapi kadang2 ikim.fm ada bukak zikir yg dibacakan oleh beliau ;D
jalan mati??
huhu
Post a Comment