Assalamualaikum pembuka kata ..
Apakah yang anda faham dengan kampung halaman??..adakah bila di sebut
'kampung' maka penuh dengan semak samun, belukar, longkang dan parit yang berbau..
secara tdk langsung tergambar dalam minda.. keadaan yang banyak nyamuk bila waktu malam?..atau pun dari sebelah pihak pula..bila dikatakan 'kampung' maka selesa,nyaman,ketenanagan dirasai..bila selesa dan suka,,maka semua yang tak ok..
jadi ok..no problem, katanya..
'Akar permasalahan' kali ini ialah..Adakah anda meletakkan Ibu bapa itu adalah yang Utama?? atau hanya penghibur sampingan di waktu kesusahan dan kedukaan?
'Akar permasalahan' kali ini ialah..Adakah anda meletakkan Ibu bapa itu adalah yang Utama?? atau hanya penghibur sampingan di waktu kesusahan dan kedukaan?
Ingatlah..bahawa Ibu bapa adalah insan yang pertama2 kali kita kenal..dari mereka bermulanya kehidupan kita di dunia,,dari mereka bermulanya perasaan sayang menyayangi..bila mereka tiada, kita resah dan gelisah keran tiada tempat bergantung..
Bagaimana pula bila kita sudah semakin besar, dan umur semakin meningkat ..
adakah sifat dan perasaan kita terhadap ibu bapa itu seperti dahulu?
atau pun sudah kian malap dan pudar dalam sanubari...
ini berlaku kerana faktor sekeliling..
faktor keseronokan yang dikecapi dari keadaan sekeliling..
Ingatlah bahawa Ibu bapa sentiasa teringatkan kita setiap detik dan waktu..
" macam mane la keadaan si A ni,,dh makan ke belum..sihat ke tak,,
cukup ke tak duit yang dia ada tu"..itu lah kata2 yang wujud jauh di sanubari mereka..
sedangkan kita adakah kita ingatkan mereka??
kebanyakkannya kita mengingati ibu bapa,jika kita dalam kesunyian dan kesusahan..
"ala duit dah nak habis,,nk telefon mak, minta mak masukkan duit.,
klu tk cukup, susahlah hidup"..
Jika sebelum ini, kita tidak pernah memperuntukkan masa untuk
mengingatinya, tanya khabarnya, mengucapkan kata2 sayang dan cinta padanya..
maka mulakanlah..kerana Ibu bapa juga mempunyai hati dan perasaan..
Mereka juga mengharapkan jawapan/respon dari anak2 mereka,,
akan segala usaha dan pengorbanan yang tlh mereka lakukan..
bukannya mereka hendakkan harta/wang ringgit kita..
mereka hanya mengharapkan kasih sayang dari kita..
dan sedikit masa untuk kita dan ibu bapa kita bersama..
Mohonlah ampun dan maaf setiap kali kesalahan yang kita lakukan
kepada mereka,,sengaja atau tidak sengaja..
"jangan tunggu sampai hari raya, baru nak minta ampun zahir dan batin.."
ketahuilah bahawasanya hidup dan mati tidak dapat diramalkan..
sekiranya umur mereka tidak panjang, alangkah rugi, serugi2nya kita
kerana tidak dapat berjumpa dan memohon ampun padanya..
ingatlah..Jika ada sahaja masa yang terluang,,utamakanlah Ibu bapa dan keluarga kita
dari segala hal..kerana mereka adalah darah daging kita..dan saudara kandung..
"ingatlah insan yang tersayang, hargailah dan luangkanlah masa bersama mereka
selagi hayat di kandung badan"..
"كل نفس ذائقة الموت"
Setiap manusia pasti akan mati..
Ajal dan maut di tangan tuhan..sebagai hamba kita
Ajal dan maut di tangan tuhan..sebagai hamba kita
tidak dapat meramal atau menduganya
"رضا الله رضا الولدين"
redha Allah terletak pada redha Ibu Bapa
"رضا الله رضا الولدين"
redha Allah terletak pada redha Ibu Bapa
tanpaku sedari air mata ku mengalir...
baru kini ku sedari, ibu bapa ku adalah insan yang benar2..
menyayangiku, tanpa mereka di muka bumi ini..
aku tidak bisa berdiri dengan teguh
tanpa bimbingan, asuhan, didikan dari mereka..
Hasratku ini..Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang..Kucurahkan rasa hati
Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi
Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang
Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda
"buat pedoman dan ingatan kepada sahabat2 yang masih memiliki
ibu bapa yang masih bernyawa..maka rebutlah peluang,,
jika ada masa terluang,,maka peruntukkanlah untuk mereka..
semakin lama umur mereka semakin meningkat..
tanpa kita sedari..mereka semakin lama menjauhi kita..
kerana alam barzakh pula menyusul bagi kita semua.."
p/s : umi dan abahku masih hidup..
No comments:
Post a Comment