Pages

Wednesday 26 January 2011

Hukum Tarikan (Law of Attraction)



Assalamualaikum w.b.t kepada pembaca2 yang dirahmati dan disayangi sekalian,,
Malam ni,,ada satu perkongsian yang hendak dikongsikan..
Apa itu?? Hukum Tarikan yang sudah lama wujud dalam diri kita..
tetapi adakah kita sedar kewujudannya dan apakah kita tahu bagaiamana hendak mengawal
hukum tarikan ini??



Law of Attraction (LOA) atau Hukum Tarikan adalah satu hukum Allah yang menyatakan bahawa “kita menarik apa yang kita fokuskan”.
Mengikut sains, setiap benda terdiri dari atom yang mempunyai elektron.  Semua elektron mengelilingi atom pada orbit dan frekuensi yang tertentu.   Frekuensi (getaran) yang sama akan menarik perkara yang mempunyai frekuensi yang sama.  Ini boleh difahami jika kita melihat bagaimana lilitan-lilitan logam dalam kipas menjadi magnet apabila tenaga elektrik dialirkan.
Apabila dikaji, hukum ini menepati hukum Allah swt, seperti yang dinyatakan oleh Hadith Qudsi berikut:
Aku bertindak sebagaimana sangkaan Hamba-Ku. Dan Aku akan selalu bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku.  Kalau dia mengingati-Ku didalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diriku. Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk).
Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya (lebih dekat lagi) sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa. Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan setengah berlari”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 Dalam hadith Qudsi di atas, Allah menyatakan bahawa Dia akan bertindak sama dengan sangkaan hamba-hambaNya.  Jika hamba-hambaNya bersangka baik terhadapnya, maka Allah akan memberikan perkara yang baik-baik kepada hambaNya itu.  Sebaliknya, jika hamba-hambaNya bersangka buruk terhadapNya, maka Allah akan menganggap ia sebagai satu doa dan mengabulkan doa-doa itu sesuai dengan permintaan hamba-hambaNya.
Bukankah ia sama dengan LOA? Perkara yang baik akan menarik perkara yang baik-baik.  Begitu juga sebaliknya.  Inilah antara sebab utama agama sering menekankan sikap bersangka baik atau husnuzzon, kerana LOA adalah DOA.
Pernahkah anda berada di tempat orang yang sedang bergembira dan anda juga dapat merasakan perasaan kegembiraan? Begitu juga apabila anda berada di dalam kumpulan yang sedang bersedih, tiba-tiba jiwa anda diruntun kesayuan dan merasakan suasana emosi tersebut. Atau pernahkah anda turut juga menguap apabila rakan anda di sebelah mula menguap? 


Hukum Tarikan memberi tindak balas pada segala perkara yang saudara pancarkan dengan menghasilkan getaran (fikiran dan perasaan) yang lebih banyak, samada positif mahupun negatif. Hukum itu hanya bertindak balas dengan getaran saudara. Dengan perkataan lain, 'ketika kita memikirkan sesuatu' hukum itu mengatakan 'kita sedang menarik sesuatu kearah diri kita.'

Erbe Sentanu, seorang penulis, mengatakan melalui Hukum Tarikan, saudara menarik apa yang sering saudara fikirkan, samada saudara menginginkan ataupun tidak. Jadi, jika saudara selalu memikirkan perkara-perkara yang saudara suka, kehidupan saudara akan dipenuhi dengan perkara-perkara itu. Sebaliknya, apabila saudara memikirkan perkara yang tidak saudara sukai, perkara itu bakal memenuhi kehidupan saudara.

Justeru, kita mesti berhati-hati ketika memikirkan mengenai kehidupan. Jika kita fikir yang kita tidak mungkin mendapat kebahagiaan dalam kehidupan hanya kerana kita dilahirkan dalam keluarga miskin, persekitaran kita bertindak balas pada ucapan kita itu. Tanpa disedari, kita mengundang tenaga negetif memasuki alam ketidaksedaran kita. Akibatnya, kehidupan kita tidak mengalami apa-apa perubahan dan kita terus hidup dalam kemiskinan. Kita tidak mahu perkara ini berterusan dalam hidup kita, bukan?

Saya mahu memberi satu contoh yang dapat menunjukkan Hukum Tarikan itu wujud dan nyata. Mungkin ada di antara kita yang pernah mengalami kejadian seluk saku di pasar ataupun di pusat-pusat membeli belah. Selalunya kejadian ini berlaku kepada kaum wanita. Ini kerana, sebelum keluar dari rumah, kita selalu membayangkan dan fikiran kita dihantui bayangan penyeluk saku. Tanpa disedari, kita mengundang penyeluk saku mendekati kita dan akhirnya kita pun menjadi mangsa penyeluk saku itu. (Semuanya ini atas kehendak Allah jua). 

Sekiranya kita mengimpikan sesuatu perlulah amalkan 3 perkara:

1. Menggunakan sepenuhnya doa untuk berkomunikasi dengan Allah swt yang merupakan sumber segala tenaga & kekuatan. Pohon pada Yang Maha Kuasa apa jua keinginan yang positif dalam hidup. Sehubungan itu kita perlu mengetahui beberapa aspek doa dan adabnya supaya segala hasrat impian kita dimakbulkan. Tidak kiralah impian anda itu nak jadi kaya, senang, sihat, lapang dan sebagainya asalkan ia positif di sisi tuhan. Kuasa doa ini sebenarnya hebat dan sepatutnya menjadi senjata bagi orang-orang mukmin. Jika anda berdoa perkara baik dan sepenuh hati beserta adab sebagai hamba tuhan sudah tentu pasti dimakbulkan segala impian saudara.
Solat Dhuha ibarat magnet rezeki dan amalan bersedekah akan menggandakan kehadiran rezeki ke dalam hidup kita.

2. Menghidupkan rasa syukur dalam hati agar dapat menikmati kebahagiaan dan ketenangan. Syukur ini mempunyai kuasa yang hebat pada manusia. Apabila kita bangun di pagi hari, celik je mata dapat melihat betapa indahnya dunia ini maka itu adalah antara nikmat besar hidup yang kita miliki berbanding mereka yang buta tidak nampak segala, gelap dan tidak mampu menikmati keindahan alam ini. Begitu juga nikmat kesihatan yang baik, yang mana memudahkan kita melakukan kerja, urusan hidup, membuat bisnes, membuat segala pekerjaan dgn sempurna juga perlu kita memanjatkan kesyukuran pada tuhan.. sekiranya Allah tarik balik nikmat sihat dan kita terpaksa terlantar di katil dalam keadaan sakit sudah tentu ia cukup memeritkan. Bersyukurlah dan Allah akan gandakan nikmatnya nanti. Dgn syukur kita menjadikan diri sebagai magnet kebahagiaan. Kita merasakan dunia ini luas dan penuh keistimewaan. Menyebabkan kita yakin diri dengan Allah bahawa segala rezeki itu datang dariNya. Maka sentiasalah menghulurkan derma / sedekah dengan hati yang ikhlas sebagai tanda kita bersyukur dan mengasihi orang lain

3. Gunakan tenaga sabar sebagai penentu kejayaan kita. Tidak banyak orang yang bersabar di dunia ini. Semuanya mahu cepat, senang dan mudah sahaja sebaliknya sedikit yang mampu bersabar sebelum berjaya. Sptmana kata mentor saya, sabar itu banyak hikmahnya. Orang yang bersabar itu mampu menempuh apa jua cabaran hidup. Bila dilanda musibah dia akan bersabar dan tidak melenting atau menyalahkan orang lain. Bila diuji dengan masalah maka dia akan tenang dan bersabar untuk menyelesaikan satu persatu masalahnya dengan penuh kesabaran. Bila sabar itu lekat di hati, maka tidak perlu risau apa jua yang menghalang di depan mata... Tidak perlu risau dengan kegagalan kerana berkat kesabaran dan istiqomah kita itu akan dibalas jua dengan kejayaan...

Cara di atas boleh digunakan untuk mempraktikkan Hukum tarikan atau Law of Attraction. Jika diperhatikan ia sebenarnya adalah elemen-elemen kualiti 'attitude' seseorang. Jika mahu berjaya maka gunakan sepenuhnya 3 cara di atas sebaik mungkin.


sumber : google

3 comments:

Raji and Yeen said...

yeahhh as long as we stay with Him
He will always be close to us kan? ;D

arjunasetia said...

Salam ziarah,

"Saya menarik kedalam realiti hidup saya, segala apa yang paling banyak saya berikan fokus, tumpuan dan perhatian, tak kira samaada perkara positif ataupun negatif" :)

Unknown said...

Sentiasa berfiran baik dan ikhlas pd Nya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...